Monday, November 22, 2010

peliks.....debabs

ramai pelik kan tgk perubahan dari aku ni...dl aku memang gemok pastu...aku join dengan budak2 bola....abis kena lanyak....sebab tu la berat badan aku turun mendadak,bleh plak ada org kata aku sakit sebab isap dadah agak-agak la skit....sejak aku berjinak dengan besi-besi ni..badan aku mula bertambah,makan plak sentiasa hehe patut la debab....dulu masa aku kurus aku kena penyakit gastrik terok ni beb,brape kali masuk kecemasan.X tahan punya pasal aku sentiasa makan la ni

Bola sepak sukan yang aku minat...aku stop trus sukan ni...sebab petang-petang aku ada keje malbat sebab tu la aku tukar sukan....trus pegang besi-besi,bola tampar masih lg main walaupn keje malbat aku curik2 nk main hahahaha

cukup smpai tahun ni aku kuat mkn...tahun baru ni aku akan ubah diet aku,lebih kan cardio...joging sama abis & jemir jer la..adik bradik la banyak mengajar psl marathon...tggu2..i will come back.....

tggu tau penampilan saya...wat masa skang ni...kerang tgk aku debab..xpe aku x kisah sebab aku pernah mengalami kutukan tersebut...aku x kisah pn hehe

setahun sudah

alhamdullillah pada tarikh 20.11.2011 genap la setahun aku bernikah dengan mariam binti nordin,rasa-rasa cam baru jer nikah semlm hahahaha.Aku bersyukur bebanyak la,aku menyambut dengann kadar sederhana jer kat kampung buat doa selamat.Banyak dugaan yang aku pelajari dalam tempoh menjadi suami ni,tempoh satu tahun ni bagi aku masih baru.Aku perlu belajar selok belok kehidupan ini,aku berharap kebahagian ni sampai bila-bila aminnn

Thursday, November 18, 2010

Hindari penyakit riak

Hindari penyakit riak


E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

MAHA Besar dan Maha Berkuasanya Allah dapat kita lihat dengan kejadian manusia yang pelbagai rupa dan kelakuan. Walaupun rambut sama hitam, tapi warna kulit, bahasa, tingkah laku dan agama tidak sama antara seorang dengan seorang. Begitu juga kalau kita lihat dalam kehidupan manusia di bumi ini. Ada yang miskin ada yang kaya. Ada yang baik hati, ikhlas, jujur, amanah dan terdapat juga mereka yang busuk hati, sombong, dengki, kedekut dan riak.

Apa saja sifat yang boleh mendatangkan keburukan, kebinasaan atau kecelakaan dalam hidup seseorang, ia boleh dianggap sebagai penyakit. Perbuatan riak dianggap satu daripada penyakit rohani dan Islam memandangnya sebagai wabak yang mengancam kemurnian akidah orang Islam. Di kalangan orang Islam riak masih wujud dalam kehidupan hari ini walaupun sifat dan perbuatan itu dibenci Allah s.w.t. Ulama Islam berpendapat riak adalah sifat yang tidak baik diamalkan oleh orang Islam. Dalam Islam, riak adalah sifat yang cukup keji kerana ia boleh membinasakan segala kebaikan yang pernah dilakukan selama ini dan merosakkan pahala amal soleh seseorang. Sifat riak sebenarnya boleh dihindari dengan memperkuat atau mempertingkatkan iman dan hati sentiasa takut akan azab dan seksa Allah di akhirat nanti.


Menurut Imam Al-Ghazali, riak adalah mencari kedudukan pada hati manusia dengan memperlihatkan kepada mereka hal-hal kebajikan. Sementara Imam Habib Abdullah Haddad pula berpendapat riak ialah menuntut kedudukan atau meminta dihormati daripada orang ramai dengan amalan yang ditujukan untuk akhirat. Dalam al-Quran Allah berfirman yang bermaksud: “Maka celakalah (azab) bagi orang yang sembahyang, yang mereka itu lalai daripada sembahyangnya lagi mereka itu riak.” (Surah Al-Maun ayat 4-6).

Dalam surah al-Baqarah ayat 264 Allah berfirman maksudnya: “Hai orang- orang yang beriman janganlah kamu batalkan sedekahmu dengan mencerca dan menyakiti seperti orang yang menafkahkan hartanya kerana riak kepada manusia.” Secara mudah kita simpulkan bahawa riak adalah perbuatan yang semata-mata untuk mengharapkan sanjungan, pujian atau penghormatan daripada orang lain. Hal ini amat bertentangan dengan kehendak Islam yang sentiasa menyeru umatnya agar beramal atau melakukan perkara kebaikan dengan hati penuh keikhlasan dan mengharapkan keredaan Allah.


Sekiranya penyakit riak ini dibiarkan terus bersarang dalam hati seseorang, lama kelamaan ia boleh membinasakan orang yang mengamalkannya.


Kemurnian akidah, keluhuran akhlak dan kesempurnaan amal umat Islam akan tercemar dan rosak jika tidak dilandasi keimanan dan keikhlasan hati serta mengharapkan keredaan Allah. Justeru, dalam Islam setiap amal kebajikan yang disertai dengan riak adalah tergolong dalam perbuatan syirik kecil yang boleh merosakkan amal kebajikan, melunturkan kemurnian akhlak dan akan mendapat kerugian hidup di dunia dan akhirat.

Memang ada di kalangan umat Islam yang melakukan sesuatu amalan kebajikan atau mengerjakan ibadah hanya untuk mengaburi mata orang ramai. Mereka melakukan amalan kebajikan atau ibadah untuk menunjukkan yang kononnya mereka baik, pemurah, warak atau rajin beribadah. Mereka lakukan kerana didorong hawa nafsu yang sentiasa berusaha memesongkan mereka yang lemah imannya. Hal ini diperingatkan Allah dalam firman-Nya yang bermaksud: “Dan janganlah kamu turuti hawa nafsu, nanti ia menyesatkan kamu daripada (agama) Allah. (Surah Sad ayat 26).


Dalam surah Muhammad ayat 16, Allah berfirman yang bermaksud: “Mereka itu telah dicap (ditutup) Allah mata hatinya dan mereka mengikut hawa nafsunya.” Adalah sangat jelas umat Islam yang melakukan perbuatan riak akan mendapat balasan buruk daripada Allah. Sementara Rasulullah sendiri sentiasa mengingatkan umatnya supaya menjauhi diri daripada perbuatan riak melalui beberapa hadisnya. Antaranya, Rasulullah bersabda: “Awaslah kamu jangan mencampuradukkan antara taat pada Allah dengan keinginan dipuji orang (riak), nescaya gugur amalanmu.” (Hadis riwayat Ad-Dailami).

Dalam hadis lain Rasulullah bersabda: “Suatu yang paling aku khuatirkan kamu ialah syirik kecil, lalu ditanya oleh sahabat, apakah syirik kecil itu ya Rasulullah? Kemudian baginda bersabda, itulah riak.” (Hadis riwayat Ahmad dan Baihaqi).


Untuk menjauhkan diri atau membersihkan hati daripada perbuatan riak, umat Islam hendaklah mengamalkan sifat muraqabah. Muraqabah dapat memperlihatkan dan menghayati kepentingan dan hak Allah dengan memperhitungkan diri sendiri, berapa banyak kebaikan dan dosa yang telah dilakukan sebagai perbandingan supaya terus berhati-hati dalam setiap perbuatan dan apa jua tindakan yang akan dilakukan.


Bertaubat adalah jalan terbaik bagi mereka yang melakukan dosa atau yang terlanjur perbuatannya. Taubat dan istighfar amat dituntut ke atas setiap orang yang beriman.


Firman Allah yang bermaksud: “Dan orang-orang yang melakukan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun atas dosa mereka. Dan tiada siapa yang mengampuni dosa melainkan Allah dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya sedang mereka mengetahui.” (Surah Ali Imran ayat 135).


Dalam surah lain Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.” (Surah Al-Baqarah ayat 222).

Wednesday, November 17, 2010

Selamat Hari Raya AidilAdha

Allahu Akbar,Allahu Akbar,Allahu Akbar,....alhamdullilah selesai sudah pemyembelihan lembu semlm,terima kasih diucapkan semua penduduk blok 34...fuhh..cam YB la plak hahaha.Kamarudin,Halimah,Azmi,Norhafizah,Nisrina Nabiha,Azlan,Mariam,Azman,Azizan serta Azuan berjaya menumbangkan seekor lembu...ala kita org adik bradik pn bleh wat la haahhaha memang seronok bila dapat berkumpul ni,aku raya haji ni beraya kt KL jer.Ramai gak penduduk 34 turun wat gotong royong kesemua lembu ada 3 ekor jer,tapi dalam ramai penduduk kt situ masih lagi yang berpuak-puan..isk2 pelik la..dah tua pn wat perangai ape la.....arghhh itu aku x pedulik yang penting aku join gotong royong.Yang paling besh anak buah aku Nisrina Nabiha menangis tengok lembu dia kena sembelih ahhahaha..."nape dia potong lembu gegurl"pastu bile ajak pegang lembu menangis"nape busuk lembu tu:..hahahahah lawak btol anak buah aku ni

penduduk kt situ ada wat satu periuk besar sup....pehhhh byk tu..aku rasa skit jer...malas nk byk..padal hal kt umah aku dh bedal nasi himpit byk hahaaha...abah bukan main lg makan...aku tegur agak skit makan..nanti balik umah pening2...sah btol tekaan aku..balik trus minta PCM,aku klu sape yang mkn byk2 sup ni aku tegur memang la sedap tapi kesihatan tu kena jaga.Banyak gak daging kita org dapat...pastu mak agih2 kat sape yang dia kenal wat amal jariah hehehe...giler derr..banyak tu..klu skit xpe la....aku pn nk bwk balik kasi kt kampung skit

tahun nie agak bermakna kita org satu keluarga..kira ni first time tau kita org wat camni...insyaallah next raya haji akan wat lagi.....Selamat Hari Raya AidilAdha semua

Monday, November 15, 2010

2.5 juta berwukuf

Nabi Muhammad S.A.W menyampaikan khutbah terakhir baginda,sambil melaungkan talbaih yang bermaksud "Ya Allah hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu

pemandangan di Arafah bagaikan hamparan putij sejauh 3km,cuba bayangkan aku salah sorang daripada berjalan ramai2 tu...fuhh bangga siot.Aku penah pasang hajat nk pergi ke sana..bila dengar kos nk kesana...pehh mahal siot bukan skit2,aku tgk yang pi ni...hampir 35 tahun wat potongan gaji baru dapat pi la.Pasti sekarang ni..kena amik giliran plak klu nk pi

skang aku dh mula wat potonga gaji kt tabung haji...doakan aku dpt pergi yer.....aku ingat kalau wat potongan dh boleh pergi..rupa-rupanya kita kena daftar dl baru dpt la....aduyai..aku blom daftar lagi la....

salah sorang ahli malbat ada gak pergi sana..camne nk keadaan dia kat sane yer....minta2 la sihat walafiah en kamaruddin...nama dah sebijik dgn bapak aku dah huhuh

tewas dengan megah

syabas..syabas..syabas.....walaupun tewas dengan pasukan iran 1-3,aku bangga sebab pasukan malaysia mempamerkan persembahan membanggakan.Goltunggal dari sepakan penalti norshahrul idlan talaha.Maka berahkir la sukan bola sepak asia ke 16 kali ini,sekalung tahniah diucapkan kepada pasukan malaysia.Sampai suku akhir pn kira bagus la,tapi pelik kan masih ada lagi orang-orang yang suka mengutuk pasukan malaysia.Apa yang perlu dibanggakan dengan EPL tu,kita belum sampai ke tahap tertinggi ,apa-apa pun...aku cukup bangga kalau ada anak inysaallah aku nk ajar dia main bola sepak hehehehe..aminnn

Sunday, November 14, 2010

tinggal 13 jer??

bola...bola..bola ...bola.....aku memang x puas hati dengan pengadil yang adili perlawanan diantara malaysia dengan china,rasa-rasa berapa ribu dia kena sogok tu kan.Kalau boleh semua player malaysia dia nak kasi kad merah.Tahniah la Ben Williams...(reti ker dia bahasa kita) anda telah mencemarkan sukan bola sepak.Hanya 13 pemain jer tinggal yang lain kebanyakkan cedera,skuad simpan ini lah masa korang nk tunjuk kehebatan korang beb,selama ni duduk kat bangku simpanan jer..bile lagi nk tunjuj terer...bukti kan..jangan pi sana hanya bersiar-siar jer..perabis duit kerajaan camtu huhuhuhu

Thursday, November 11, 2010

Melayu

Melayu itu orang yang bijaksana,
Nakalnya bersulam jenaka,
Budi-bahasanya tidak terkira,
Kurang ajarnya tetap santun,
Jika menipu pun masih bersopan,
Bila mengampu bijak beralas tangan,


Melayu itu berani jika bersalah,
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut,
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat jangan mati anak,


Melayu di Tanah Semenanjung luas maknanya,
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu,
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu,
Mamak dan Malbari serap ke Melayu,
Malah mu’alaf bertakrif Melayu,
(setelah disunat anunya itu).


Dalam sejarahnya,
Melayu itu pengembara lautan,
Melorongkan jalur sejarah zaman,
Begitu luas daerah sempadan,
Sayangnya kini segala kehilangan,


Melayu itu kaya falsafahnya,
Kias kata bidal pusaka,
Akal budi bersulamkan daya,
Gedung akal lautan bicara,


Malangnya Melayu itu kuat bersorak,
Terlalu ghairah pesta temasya,
Sedangkan kampung telah tergadai,
Sawah sejalur tinggal sejengkal,
Tanah sebidang mudah dijual,


Meski telah memiliki telaga,
Tangan masih memegang tali,
Sedang orang mencapai timba,
Berbuahlah pisang tiga kali,
Melayu itu masih bermimpi,

Walaupun sudah mengenal Universiti,
Masih berdagang di rumah sendiri,
Berkelahi cara melayu,
Menikam dengan pantun,
Menyanggah dengan senyum,
Marahnya dengan diam,
Merendah bukan menyembah,
Meninggi bukan melonjak,


Watak melayu menolak permusuhan,
Setia dan sabar tiada sempadan,
Tapi jika marah tak nampak telinga,
Musuh dicari ke lubang cacing,
Tak dapat tanduk telinga dijinjing,
Maruah dan agama dihina jangan,
Hebat amuknya tak kenal lawan,


Berdamai cara Melayu indah sekali,
Silaturrahim hati yang murni,
Maaf diungkap sentiasa bersahut,
Tangan dihulur sentiasa bersambut,
Luka pun tidak lagi berparut,


Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan,
Segala yang ada sanggup diberikan,
Sehingga tercapai sebuah kiasan,
“Dagang lalu nasi ditanakkan,
Suami ulang lapar tak makan,
Kera di hutan disusu-susukan,
Anak di pangkuan mati kebuluran”


Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu?
Masihkah tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang,
Jika pantang menghalang kemajuan,
Jangan segan menentang larangan,
Jika yakin kepada kebenaran,
Jangan malu mengucapkan keyakinan,
Jika percaya kepada keadilan,


Jadilah bangsa yang bijaksana,
Memegang tali, memegang timba,
Memiliki ekonomi mencipta budaya,
Menjadi tuan di negara Merdeka..

Wednesday, November 10, 2010

kalah terhormat

Malaysia tewas kenapda jepun 2-0.......melepas aku nk tgk game ni...baca kat paper jer la.Pasukan Jepun memang hebat dimata dunia pun Jepun rangking brape beb,kalau pasukan Malaysia boleh tewas kan Jepun..fuhhhh kenduri sakan la beb.Dalam paper ckp..dalam tempoh 90 minit...pasukan Malaysia memberi tentangan hebat terhadap Jepun.Peluang untuk pasukan Malaysia mara tetap ada lagi,sebab China mempunyai mata sama dgn kita.Sabtu depan pasukan Malaysia akan berdepan dengan China plak,perlawanan ini ibarat perlawanan hidup mati....pasukan Malaysia harus menang

Tuesday, November 9, 2010

Melayu Nan Layu?

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua´alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)
Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara
Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.

Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.

Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut
Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
“Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran”
Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka
-usman awang-

saya kaki bodek bos

pelik kan nape aku cakap camtu,sebabnya sape x pernah bodek bos..tipu la..kalau x pernah wat keje-keje camni,bodek skit2 tu bleh la..kalau lebih2 tu melampau la sangat,meluat org tgk beb wat sakit hati org jer.aku selalu gak tgk org2 perangai camni....mcm2 dialog aku dgr

"bos saya x mau tukar jabatan la,saya x boleh kerja-kerja berat"
"bos saya rajin kerja,macam2 kerja sy dah wat'"(padahal x wat pn)
"saya hari2 dtg kerja awal bos,naik kan pangkat sy bos"

udah2 la tu wat perangai terima jer la....smpai bile la korang nk bodek bos tu...skit2 bos..ape la menyampah pn ada...kerja tu x seberapa...malas bkn main tinggi

Monday, November 8, 2010

Langkah kanan

selamat pagi...tertarik plak aku metro pagi ni...muka surat 47..Malaysia menewaskan Kyrgyzstan 2-1..tabik la pasukan malaysia kita.....gol pendahuluan norshahrul idlan talaha....gol kemenangan S Chanturu....terer gak macha ni....penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat pn hebat gak.Ape2 pon tahniah di ucapkan...............tapi ada yg x besh plak bile nk menentang Jepun...team terer ni........kapten Norhafiz Zamani Misbah...cedera,,,aduyai camne


pasukan Malaysia...bagi permulaan ni memang patut di banggakan....kalau menang akhbar mesti cerita besh2 psl dia org ni..........klu kalah hentam kaw-kaw punyer......xde beri semangat langsung la.....aku memang amik tau psl sukan dalam negara ni..lagi-lagi sukan bola sepak,klu sukan luar negara tu amik tau gak huhuhh..aku ni xde la terer sangat psl bola sepak ni....tapi tau la skit pasal undang-undang dia......skang sukan asia ke 16 kt Guangzhou...hari2 la kena aku beli paper amik tau.....anyway...semoga maju jaya sukan malaysia ni huhu

Sunday, November 7, 2010

forum bina badan

http://www.armleg.com/probuffedbodies/index.php?mforum=probuffedbodies
http://binabadan.8.forumer.com/

ada dua forum yang aku suka masuk...penuh ilmu tentang binabadan...dia org x kedekut ilmu....lg banyak kita tanya..lg banyak jawapan dia...penuh otai2 ni....kira satu malaysia la ni....

hati-hati di jalan raya

hati-hati di jalan raya......pernah dengar ayat tu,aku rasa sekarang x boleh guna ayat ni sangat la,entah la kenapa aku cakap camtu yer.Nak katakan aku bawak motor laju tu xda la sangat...slalu aku pi kerja bawak motor slow jer...maklum la nk menikmati permandangan pagi...aku pi kerja ikut bukit ampang tu....bukit tinggi tu sejok hehehehe...banyak kenderaan lalu situ.....makkk aiii semua laju-laju tu beb...penah aku nk kena langgar oleh seorang pemandu "wanita" aku tengok penumpang dia semua berbaju sekolah..mungkin nak cepat antar pi sekolah...fuhhh nasib aku x mencarut...

hari ni plak..aku nk kena langgar lagi....nk pi minum kt Al-Amal jer..ala bukannya jauh sgt.....pun nk kena langgar...sebab nk cepat hantar bini pi kerja....agak2 skit la bang...bukan abang jer guna jalan ni......langsung xde mood aku pepagi nk makan hahahaha

Kawal jumlah pengambilan makanan

pepagi lagi aku dah baca paper metro,tertarik plak aku pasal tajuk kt atas ni.X abis-abis salahkan nasi,kecian nasi tu tau apa salahnya kalau korang makan jer,nape takut gemuk ker,isk2.....mesti korang tgh diet kan.

Ramai yang menyalahkan nasi sebagai punca kegemukan, tetapi hakikatnya nasi tidak bersalah. Apa yang bersalah ialah kuantiti yang kita ambil. Kuantiti yang mencukupi bagi setiap individu ialah segenggam tangan sendiri. Cuba genggam tangan anda, itulah jumlah atau ukuran nasi yang boleh anda ambil,Segenggam tangan sendiri? Bunyinya seperti sedikit, tetapi setelah dicuba, dicampur sayuran dan ikan, ia umpama hidangan yang logik buat kita. Cukup untuk mengenyangkan dan memberi tenaga.

amat penting setiap perubahan dibuat sedikit demi sedikit. Daripada situ, kita lebih berpuas hati pada pencapaian diri. Mula-mula kurangkan sedikit, kemudian gantikan terus.

Wednesday, November 3, 2010

tahniah siti noraini binti tukimin

pehh siap name penuh tu...tahniah la wat kak ani...dpt baby..penganti tu......nasib baik ada org msg suruh pi tgk...maklum la aku ni dh la duk hujung dunia...mane la org nk cari aku hhahahaha....terima kasih.....anak dia aku tgk jer la...nk pegang x berani beb...pastu aku ni penuh debu2 ..maklum la keje stor..byk kena bahan farmasi..comel anak dia tu..............aduss..kena smbung keje balik ni....

Boleh tak aku bawak adik beradik aku keje satu opis ??

http://www.benashaari.com/2010/11/boleh-tak-aku-bawak-adik-beradik-aku.html

aku suka kata-kata ben ni hehehe...klik dh sila baca

Najib tangguh makan malam rakan online

KUALA LUMPUR, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menangguhkan majlis makan malam istimewa yang dirancang bersama rakan online beliau Jumaat ini, sehingga diberitahu kelak.

“Disebabkan terkena jangkitan cacar air, doktor menasihati saya menjauhkan diri daripada orang ramai dan daripada menghadiri majlis rasmi sehingga saya benar-benar sembuh.

“Saya memohon berbanyak maaf sekiranya pembatalan yang tidak disengajakan ini menyusahkan anda semua, saya sememangnya tidak sabar-sabar menunggu bertemu dengan rakan-rakan dalam talian saya sekali lagi,” katanya dalam blognya www.1malaysia.com.my.

Katanya, sebaik saja tarikh baru diperoleh, semua yang diundang sudahpun mendaftar untuk menghadiri makan malam pada Jumaat ini akan diberi keutamaan untuk pemilihan nanti.


Najib berkata, disebabkan ramai daripada mereka yang mengesahkan kehadiran juga sudah menghantar banyak soalan yang pada asalnya dikhususkan bagi sesi soal jawab di majlis makan malam itu, beliau akan cuba melakukan yang terbaik menjawabnya dalam blog beliau tidak lama lagi.


Ini kali kedua majlis itu ditangguhkan. Pada awalnya ia dirancang pada 4 November tetapi ditangguhkan kepada 5 November disebabkan keadaan tidak dapat dielakkan.

Sementara itu, Datin Seri Rosmah Mansor berkata, Najib kini beransur pulih selepas dijangkiti cacar air.

“Alhamdulillah, beliau pulih agak cepat dan hari ini (semalam) baru masuk hari ketiga, bekas-bekas cacar semua sudah kering,” katanya. - Bernama





bile la PM nk ajak aku join mkn malam ni hehehe...semoga cepat sembuh

Bayibarulahirberlumurandarahdibuangtepirumah

MERSING: “Saya terkejut mendapati ada bayi diletakkan di tepi rumah dengan tubuhnya berlumuran darah selain masih bertali pusat,” kata Siti Zaharah Ahmad, 45, ketika ditemui di kediamannya di Jalan Tekukur, Felda Nitar 1 di sini malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, Zaharah bersama suami, Abd Rahman Omar, 59, serta cucu sedang menonton televisyen apabila dikejutkan dengan jeritan jiran mengatakan ada bayi di tepi rumahnya.


Dia keluar sebelum menemui bayi berkenaan yang berbalut kain batik sedang menangis.

“Bayi lelaki itu mungkin baru dilahirkan berdasarkan keadaannya yang masih bertali pusat serta berlumuran darah.


“Saya membawa bayi itu masuk sebelum membersihkannya,” katanya.


Abd Rahman pula membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mersing.

“Sebelum kejadian, saya melihat kelibat kereta tidak dikenali berlegar di kawasan ini dan mungkin mereka yang menjadi dalang membuang bayi berkenaan.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Mersing, Deputi Superintendan Mohd Nor Rashid berkata, sebaik mendapat maklumat sepasukan polis dihantar ke lokasi kejadian.

“Bayi seberat 2.4 kilogram itu dipercayai berketurunan Melayu selain baru dilahirkan kurang 24 jam lalu.


“Bayi itu sudah dihantar ke Hospital Mersing dan kini ditempatkan di wad kanak-kanak,” katanya


pelik la nape la korang suka buang2 bayi ni....kasi aku la camni....masih lagi ada org x bangang camni kan..pelik2

Monday, November 1, 2010

aku benci hospital kerajaan>>>>HOSPITAL TAMPIN

...ello nk ape......nk buat apa.....jap2 lg bleh x......camtu ker seorang kakitangan kerajaan menjawab sesebuah panggilan.....dh la awak tu..berpangkat...sepatutnya kasi la contoh skit...bila kita tegur...macam2 dia jawap....apa ni....tau la awak tu'SISTER'...bz plak tu..tggu aku nk wat surat repot....kurang ajar btol.....dh la staff...semua nk tunjuk kepala angin jer...apa la..klu semua orang macam "SISTER" ni rosak sesuatu organisasi.......senang cite...pi la pencen awal.......wat sakit hati jer