Thursday, July 3, 2014

Susu kambing NUTRI GOAT MIRACLE 8



Apa itu Nutri Goat Miracle 8 ni? Nutri Goat Miracle 8 ialah susu kambing terbaik yang diperkaya dengan 8 makanan sunnah ajaib! apa yang ada dalam Nutri Goat Miracle 8 ni?

Cara nak minum sangat mudah! koyak sepaket 30g Nutri Goat Miracle 8 dan tuangkan sahaja dalam air suam. Sedap sangat-sangat! Harga yang dtawarkan juga mampu milik, iaitu RM40 sahaja! 

kalau bab rasa......terbaikkkk....BAU HAMIS?? memang xde langsung.....sedap tau...klu sesiapa nk beli beli kt sini https://www.facebook.com/DMieliaBeautyHealth 

Tuesday, July 1, 2014

Khasiat limau gedang



Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Limau gedang atau nama saintifiknya citrus paradisi bukan sahaja sedap dimakan, malah kebaikannya terhadap kesihatan juga tidak dapat dinafikan. Limau gedang dipercayai berasal dari Jamaica. Ðisebabkan bentuknya, kadang kala ramai terkeliru antara buah limau gedang dengan buah limau bali.

Limau gedang tergolong dalam keluarga rutaceae. Ia terdiri daripada pelbagai varieti dan ditentukan oleh warna buahnya. Varieti yang paling popular untuk ditanam adalah jenis isi berwarna merah yang sering dipanggil Red Ruby, putih dan merah jambu. Rasanya juga berbeza iaitu ada yang masam dan ada juga yang rasa sedikit pahit.



Pokok limau gedang boleh mencapai ketinggian sehingga 26 hingga 30 kaki. Buahnya berbentuk bulat. Kulitnya nipis dan berwarna kuning atau kuning bercampur merah jambu. Ia dikenali sebagai grapefruit (Inggeris) kerana ia tumbuh dalam gugusan seperti buah anggur.





Buah limau gedang mempunyai kebaikan dan khasiatnya yang tersendiri. Limau gedang bukan sahaja mengandungi vitamin C yang baik untuk melindungi diri daripada demam dan selsema, tetapi buahnya juga turut mengandungi asid sitrik, gula asli, minyak pati seperti limonene, pinene dan citral. Limau gedang juga mengandungi vitamin A, B kompleks, E dan K.

Limau gedang turut memiliki kandungan mineral seperti kalsium, asid folik, fosforus dan kalium. Zat fito yang terdapat daripada liminoid, flavonoid, lycopen dan glucarates yang dikatakan mampu menentang kanser dan pelbagai jenis penyakit.

Apabila mahu memakan buah limau gedang, anda perlu membuang kulitnya tetapi tinggalkan sedikit serabut putihnya kerana ia mengandungi sejumlah bioflavonoid dan agen anti kanser yang tinggi.

Limau gedang, mentah
Nutritional value per 100 g (3.5 oz)
138 kJ (33 kcal)
8.41 g
- Sugars
7.31 g
1.1 g
0.10 g
0.69 g
90.48 g
0.037 mg (3%)
0.020 mg (2%)
0.269 mg (2%)
0.283 mg (6%)
0.043 mg (3%)
Folate (Vit. B9)
10 μg (3%)
33.3 mg (40%)
12 mg (1%)
0.06 mg (0%)
9 mg (3%)
8 mg (1%)
148 mg (3%)
0.013 mg
0.07 mg (1%)
Percentages are relative to US recommendationsfor adults.
Source: 
USDA Nutrient database

Walaupun mempunyai rasa masam dan keasidan, namun sebenarnya jus limau gedang mempunyai tindak balas alkali selepas dihadam. Perkara ini mempunyai kesan mendalam terhadap rawatan keasidan dalam sistem penghadaman yang menyebabkan beberapa masalah kesihatan lain.

Pektin di dalam buah limau gedang dikatakan mempunyai kesan efektif dalam mengurangkan pengumpulan bahan masuk di arteri. Manakala vitamin C dikatakan mampu menguat dan mengekalkan keanjalan arteri. Ada antara sebatian tertentu yang ditemui dalam buah limau gedang dikatakan mampu mengurangkan penghasilan kolesterol berlebihan daripada hati.

Jus limau gedang penentang kanser

Ðalam kajian lain, didapati bioflavonoid yang ditemui dalam buah limau gedang dikatakan mampu membuang estrogen berlebihan dalam tubuh sekaligus menghentikan sel-sel kanser dalam pesakit kanser payudara daripada merebak.

Sesuai untuk pesakit diabetes

Pesakit diabetes dikatakan boleh memakan buah limau gedang, malah, pengambilan buah ini dikatakan mampu mengurangkan kanji dan gula di dalam sistem badan. Jika anda cenderung untuk menghidap diabetes, eloklah meminum jus buah limau gedang sebagai langkah pencegahan.

Bagi mereka yang mengalami masalah pencernaan, dikatakan dengan meminum jus limau gedang mampu merangsang peningkatan edaran cecair gastrik. Makanlah buahnya bersama dengan serabutnya kerana serat buah ini mampu membantu pergerakan dalam usus.

Jika anda mengalami masalah badan lesu dan letih, segelas jus limau gedang mampu mengurangkan masalah tersebut. Ðikatakan juga, jus limau gedang mampu merangsang tidur dan meringankan insomnia. Ia juga mampu melegakan sakit tekak dan melegakan batuk.

Wanita hamil juga dikatakan amat sesuai meminum jus limau gedang kerana kandungan bioflavonoid dan vitamin C di dalamnya mampu mengurangkan pengumpulan air dan pembengkakan kaki semasa mengandung.

Buah limau gedang juga mengandungi enzim pembakar lemak dan dikatakan mampu menyerap dan mengurangkan kanji dan gula dalam tubuh. Maka ia sesuai diminum oleh mereka yang mahumengurangkan berat badan.

Selain buah limau gedang, estrak biji, pulpa dan kulit dalamnya dikatakan mampu membantumelawan jangkitan bakteria dan parasit. Malah dikatakan ada yang mengambil ekstrak biji limau gedang sebagai bahan pencegahan apabila mereka melencong ke negara yang sukar untuk mendapatkan bekalan air.

Walaupun terdapat pelbagai khasiat dan kebaikan buah limau gedang, namun begitu anda perlu mendapatkan nasihat pengamal perubatan terlebih dahulu sebelum menggunakannya bagi tujuan perubatan bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari kelak.