Tuesday, December 21, 2010

CARA UNTUK MEMBUANG LEMAK CARA BODYBUILDER

Salah satu matlamat utama orang pergi ke gym ialah untuk membuang lemak di badan agar badan kelihatan lean dan maskulin. Berikut 13 cara untuk membuang lemak dan dalam masa yang sama mahu mengekalkan lean muscle mass:

1. KURANGKAN KALORI TETAPI MAKAN

Memang sgt tension utk mengurangkan kalori kerana kurang kalori bermaksud kurang lemak, kurang karbo. Dalam keadaan ini hormon tyroid akan cuba mengadapatasi kekurangan itu dgn merendahkan kadar metalbolisma. Ini akan menyebabkan cabaran utk menhilangkan lemak semakin getir. Jadi, selepas 2 minggu jalankan diet rendah karbo dan lemak, buat sehari utk 'cheat day' utk boost kmbali hormon tyroid. Jdi kadar metalbolisma xlah turun sgt dan proses nak buang lemak mjadi semakin efesien.

2. TINGGI PROTIN, RENDAH KARBO

Kajian menunjukkan diet tinggi protin rendah karbo meningkatkan kadar metalbolisma dan hormon tyroid semasa diet. Sumber kalori masa diet hendaklah byk dari protin. Bagi memulakan pendekatan ini, ratio 40:40:20 (protin, karbo, fat) digunakan. Bergantung kpd respon bdn masing2 dan tahap intensiti trainning ratio ini akan menjadi 60:30:10

3.MAKAN 6 KALI SEHARI

Makan dgn kerap 2-3jam akan meningkatkan kadar pembakaran kalori. Akhirnya tak banyak kalori yg dapat disimpan sebagai lemak. Makan kerap juga akan merendahkan hormon kortisol (catabolic).

4. MAKAN KARBO MASA SARAPAN

Makan karbo yg banyak masa sarapan akan meningkatkan kadar metalbolisma selepas badan berada dlm keadaan catabolic semasa beberapa jam tidur. Dgn combinasi 30-50g protin masa ini, karbo lebih digunakan utk tenaga dan membaikpulih tisu2 otot berbanding disimpan sebagai lemak. Sgt efektif utk buat kardio sebelum sarapan utk buang lemak time mcm ni.

5. SKIP CARBO MASA HENDAK TIDUR

Kadar gula dlm darah mempengaruhi perembesan hormon tumbesaran (GH). Jika tinggi ia akan menekan pengeluarannya. Sementara kadar gula yg rendah akan membantu pengeluarannya. Semasa tidur, GH akan dirembes dan akan support otot drp 'dimakan' kerana walaupun tidur keperluan tenaga tetap diperlukan badan.

6. 'ROTATE' PENGAMBILAN KARBO

Diet rendah karbo akan mengurangkan perembesan insulin dan penghasilan glycogen (tenaga). Semakin rendah kadar glycogen semakin meningkat kadar pembakaran lemak. Namun, semua ini ada risikonya. Glycogen yg rendah akan menyebabkan sesi latihan kurang intensif dan akan merendahkan metalbolsme jika dilakukan 3 hari berturut2. Jadi, untuk mengekalkan paras metalbolisme sentiasa cekap maka pengambilan carbo perlu dibuat 'cycle'. Contoh, 3 hari low carb, 1 hari high carb.

7. GUNA NATURAL GH BOOSTER

Cuba gunakan supplement yg boleh merangsang pengeluaran GH mcm Mucuna puriens yg ada L-Dopa. Gh sangat berkesan sebagai agent metabolik dan mencegah otot dr breakdown masa tidur.

8. GUNA SUPP FAT BURNER

Dua agen pembakar lemak yg berkesan ialah Gamma Linolenic Acid (GLA) dan Conjugated Linolenic Acid (CLA). Agen ini sebenarnya mempengaruhi paras Hormon Sensitif Lipase yg akan membuka pintu utk lemak dibakar.

9. KETAHUI JENIS IKAN YG DIMAKAN

Untuk dapatkan ripped hingga ke tulang, pengambilan lemak hendaklah dipotong buat sementara waktu. telur kuning dan daging merah juga akan dihenti dan ditukar kepada putih telur, ayam dan ikan. Antara tiga jenis sumber itu, ikan yg paling byk kandungan lemak saturated. Jadi cuba cycle pengambilannya antara 2-3 hari dgn sumber yg lain.

10. TINGKATKAN PARAS NORADRENALINE

Hormon ini diremberkan dr site beta 3-receptor akan akan bereaksi secara kimia utk memecahkan lemak, meningkat kadar metalbolisme semasa rehat yg akan membakar lebihan calori.

11. JANGAN AMBIL KARBO SEBELUM LATIHAN

Ramai BB ambil sedikit karbo dan protin sebelum WO utk support masa mereka berlatih. Dalam term 'ripped to bone' mengambil karbo sebelum WO akan menyebabkan badan menggunakan tenaga yg terhasil drnya dan glycogen. Jika karbo tidak diambil maka, badan hanya akan menggunakan glycogen dan tenaga dari lemak sahaja.

created by cikgu besi http://binabadan.8.forumer.com

No comments:

Post a Comment