Thursday, October 27, 2011

Kenapa ambil Cuti kecemasan (EL)

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Kepada yang bekerja mungkin mengetahui tentang cuti kecemasan atau lebih dikenali dengan EL (Emergency Leave). Cuti kecemasan ni pada definisi asalnya adalah cuti yang tak dapat dielakkan akibat dari perkara-perkara yang tidak dapat dijangka. Namun kebiasannya ia telah disalah guna. Ada yang menggunakan cuti kecemasan untuk perkara yang tidak sepatutnya seperti :-

1. Lambat bangun. Bukan mata je dah pukul 7.59 pagi. Waktu masuk pula pukul 8.00 pagi. Kalau masuk pejabat mesti kena marah dengan pegawai sebab lambat. Jadi ambil jalan senang ‘EL’ je..
2. Minyak motosikal takde. Nak isi, duit takde.Gaji pun lagi 2-3 hari je. Terus telefon pejabat ambil ‘EL’.
3. Cuti tak diluluskan oleh pihak atasan. Yang ni rasanya selalu dibuat oleh ramai orang. Dah ‘set’ waktu nak ‘dating’ dengan awek/pakwe sekali cuti ditarik balik sebab ada hal penting. Sebab lebih sayangkan awek/pakwe maka cuti kecemasan diambil.
4. Malas nak pergi kerja. Kononnya takde mood. Tu selamba je ambil cuti kecemasan. Walau takde apa yang dicemaskan.

Mengambil cuti kecemasan ini bukan cara yang baik kecuali benar-benar ada kecemasan seperti kematian keluarga dan saudara terdekat, masalah kesihatan keluarga dan saudara terdekat, bencana alam, kemalangan. Cuti kecemasan yang diambil mungkin memberi impak yang besar kepada organisasi sebab mereka perlu mencari pengganti untuk tugas-tugas yang telah diamanahkan. Selain itu, ia menimbulkan perasaan tidak puas hati terutama jika mereka yang terlibat kerapkali mengambil cuti tersebut.

Tapi ini sekadar luahan peribadi sahaja. Harap maaf kalau ada yang terasa. Sekian.