Wednesday, November 3, 2010

Najib tangguh makan malam rakan online

KUALA LUMPUR, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menangguhkan majlis makan malam istimewa yang dirancang bersama rakan online beliau Jumaat ini, sehingga diberitahu kelak.

“Disebabkan terkena jangkitan cacar air, doktor menasihati saya menjauhkan diri daripada orang ramai dan daripada menghadiri majlis rasmi sehingga saya benar-benar sembuh.

“Saya memohon berbanyak maaf sekiranya pembatalan yang tidak disengajakan ini menyusahkan anda semua, saya sememangnya tidak sabar-sabar menunggu bertemu dengan rakan-rakan dalam talian saya sekali lagi,” katanya dalam blognya www.1malaysia.com.my.

Katanya, sebaik saja tarikh baru diperoleh, semua yang diundang sudahpun mendaftar untuk menghadiri makan malam pada Jumaat ini akan diberi keutamaan untuk pemilihan nanti.


Najib berkata, disebabkan ramai daripada mereka yang mengesahkan kehadiran juga sudah menghantar banyak soalan yang pada asalnya dikhususkan bagi sesi soal jawab di majlis makan malam itu, beliau akan cuba melakukan yang terbaik menjawabnya dalam blog beliau tidak lama lagi.


Ini kali kedua majlis itu ditangguhkan. Pada awalnya ia dirancang pada 4 November tetapi ditangguhkan kepada 5 November disebabkan keadaan tidak dapat dielakkan.

Sementara itu, Datin Seri Rosmah Mansor berkata, Najib kini beransur pulih selepas dijangkiti cacar air.

“Alhamdulillah, beliau pulih agak cepat dan hari ini (semalam) baru masuk hari ketiga, bekas-bekas cacar semua sudah kering,” katanya. - Bernama





bile la PM nk ajak aku join mkn malam ni hehehe...semoga cepat sembuh

No comments:

Post a Comment