ben..ben.....sape x kenal ben beb..bleh dikatakan satu malaysia la kenal hehehehe(puji lelebih plak)...aku dgn bini aku bleh dikatakan setiap bulan akan beli majalah RAPI....tgk2 ada cita psl anda....dunia fitness serta dunia. blog....gempak.....pasni bertambah terkenal la kamu yer hehehehe......sy ucapkan semoga maju jaya dalam dunia penulisan anda
Ingatlah bahawa anda boleh gagal dalam apa sahaja dalam hidup asalkan tidak menjadi seorang yang gagal
Thursday, January 27, 2011
Ben Ashaari
Wednesday, January 26, 2011
Tuesday, January 25, 2011
lihat la aku
esok..esok..esok....
Rahsia Wanita Jepun Ramping dan Seksi
Hasil tulisan perunding pemasaran kelahiran Jepun, Naomi Moriyama menerusi bukunya berjudul Japanese Women Don’t Get Old or Fat, menyelongkar petua di sebalik gaya hidup wanita negara matahari terbit itu yang muda bertenaga. Dia bukanlah pengamal diet, tetapi rahsianya mudah saja, menikmati masakan rumah cara Jepun.
Dia juga yakin jangka hayat hidup yang panjang dan kadar obesiti yang rendah di kalangan masyarakat Jepun banyak berkait dengan jenis makanan disediakan di rumah. Membesar di Tokyo dan kini tinggal di New York, Amerika Syarikat, Naomi pernah mengalami pertambahan berat lebih 10 kilogram dengan ketinggian hanya 150 sentimeter ketika menuntut di kolej kerana banyak menikmati makanan Amerika.
Dia dan suaminya kini bertukar kepada cara makan tradisional Jepun. Lebih langsing dan bertenaga, dia berkongsi strategi pemakanannya yang digelar sebagai tujuh rahsia dapur Tokyo. Iaitu:
Naomi mengakui masyarakat Jepun juga tidak makan hingga kenyang sepenuhnya kerana lazimnya mereka makan hingga 80 peratus kenyang.
Mereka juga banyak berjalan iaitu mereka mengambil peluang untuk berjalan ke mana saja.
“Makanan Jepun memberi tumpuan terhadap tenaga makanan yang dihasilkan dalam saiz yang memuaskan. Tidak perlu masak cara Jepun untuk menikmati asas diet yang menyihatkan, hanya makan lebih ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan serta tambah beberapa pilihan menyihatkan seperti taufu dan nasi,” kata Naomi.
Masyarakat Jepun juga gemar makan sayur. Sayur-sayuran seperti lada benggala merah, lada benggala hijau, kacang hijau, terung, bawang, tomato, kobis, lobak merah, bayam, pucuk rebung, akar teratai, cendawan shitake, kentang manis serta rumpai laut adalah antara yang digemari dalam pemakanan Jepun.
Malah, tiada siapa fikir ia sesuatu yang ganjil apabila mereka menyediakan sup sayur-sayuran atau salad untuk sarapan. Sayur-sayuran itu biasanya disediakan dengan rebusan berperisa, tumis bersama minyak kanola atau dikukus perlahan, semua kaedah itu mengekalkan jumlah khasiat yang maksimum. Ikan seperti salmon, tuna, makerel dan sardin adalah sumber penting asid lemak omega-3 yang dikenali kerana manfaat kesihatannya untuk jantung.
Cuma, diet Jepun mungkin mengandungi sodium yang tinggi, justeru kurangkan pengambilannya terutama di dalam sos soya atau teriyaki atau menggunakan sos berkenaan dalam jumlah yang kecil.
Monday, January 24, 2011
Penapis air pembawa mudarat
KUALA LUMPUR - Tahukah anda penggunaan penapis air yang tidak diselenggara dengan baik boleh membahayakan kesihatan penggunanya?
Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), dua tahun lalu mendapati, penapis air boleh menghilangkan klorin sehingga menyebabkan berlaku pembiakan bakteria.
Menurut Pengarah Eksekutif Bahagian Kualiti Air Syabas, Roowina Merican A. Rahim Merican, air yang dibekalkan pihaknya adalah berkualiti tinggi namun pemasangan penapis air memberikan kesan sebaliknya.
"Kita memang tidak menggalakkan orang ramai memasang penapis air kerana air yang kita bekalkan memang terbaik dan menepati piawaian yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia termasuk Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)," katanya.
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0125&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm
p/s..alamak...camne ni...aku ada guna Hai-O..alaaaaaaaaaaa
arghhhhhh
Hikayat Hang Tuah
Hikayat Hang Tuah ialah sebuah epik kepahlawanan yang merentasi sepanjang zaman naik turun kerajaan Empayar Melaka. Hang Tuah merupakan seorang laksamana yang terutama serta pahlawan Melayu yang taat kepada rajanya terutama semasa pemerintahan Sultan Mansur Shah di Melaka pada abad ke-15. Hikayat ini dipercayai mula ditulis sekitar 1700 (Leiden manuscript Cod.Or.1762.) tetapi manuskrip lengkap adalah bertarikh 1849.[1]
Pada masa pemudanya, Hang Tuah dan empat orang temannya, iaitu Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir, serta Hang Lekiu, membunuh segerombolan lanun dan dua orang lain yang mengamuk dan membuat kacau-bilau di dalam kampung. Si Bendahara (sama dengan Perdana Menteri dalam istilah moden) Melaka nampak bakat mereka dan mengambil mereka bertugas di dalam istana. Hang Tuah dibabadkan dalam Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah.
Semasa bertugas dengan istana Melaka, Hang Tuah membunuh seorang pahlawan Jawa yang dikenali sebagai Taming Sari. Taming Sari merupakan seorang anak buah Empayar Majapahit yang telah dihadiahkan dengan sebilah keris kuno yang dipercayai boleh menyebabkan pemiliknya kebal. Keris itu dinamai "Taming Sari" sempena pemiliknya yang asal.
Hang Tuah kemudian dituduh kerana berzina dengan dayang Sultan, dan suatu keputusan serta merta dibuat untuk menghukum mati laksamana yang tidak bersalah itu. Bagaimanapun, hukuman mati itu tidak dilaksanakan, dan sebagai ganti, Hang Tuah dihantar ke suatu tempat yang terperinci oleh si Bendahara. Mempercayai bahawa Hang Tuah telah mati, Hang Jebat (menurut Hikayat Hang Tuah) atau Hang Kasturi (menurut Sejarah Melayu), melancarkan pemberontakan balas dendam terhadap Sultan Mansur Shah, dan menyebabkan keadaan kelam-kabut di kalangan penduduk. Sultan Mansur Shah berasa sesal tentang hukuman mati Hang Tuah, kerana Hang Tuah merupakan orang tunggal yang berupaya membunuh Hang Jebat (atau Hang Kasturi). Akhirnya, si Bendahara memanggil balik Hang Tuah daripada persembunyiannya, dan diampun oleh Sultan. Selepas berlawan selama tujuh hari, Hang Tuah berjaya membunuh Hang Jebat dan mendapat balik keris Taming Sarinya.
Hang Tuah meneruskan khidmatnya kepada Sultan Mansur Shah selepas kematian Hang Jebat. Pada lewat hidupnya, beliau diutuskan meminang seorang puteri yang tinggal di puncak Gunung Ledang. Beliau gagal dalam tugas itu, dan disebabkan perasaan malu, Hang Tuah terus hilang dan langsung tidak dinampak lagi Hang Tuah terkenal untuk pepatahnya, "Takkan Melayu Hilang di Dunia" Petikan itu merupakan sorakan yang termasyhur untuk nasionalisme Melayu.Tangani tekanan di pejabat
DUNIA pekerjaan memberi pengaruh yang cukup terkesan dalam kehidupan. Apa tidaknya satu pertiga daripada kehidupan seharian diluangkan di tempat kerja.
Keadaan ini, jika bijak dikawal akan meningkatkan produktiviti dan motivasi kepada seseorang, tetapi jika sebaliknya akan memberi impak negatif kepada diri sendiri.
Pakar Psikiatris di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Dr. Muhammad Muhsin Ahmad Zahari menjelaskan, tekanan sebenar yang dihadapi di tempat kerja merupakan tindak balas fizikal, emosi dan juga mental seseorang terhadap sebarang perubahan atau tuntutan kerja.
Biarpun ia bukan satu penyakit kronik, namun begitu, jika tekanan adalah tinggi dalam jangka masa yang panjang ia boleh menjejaskan kesihatan dan kreativiti.
''Banyak implikasi negatif berlaku apabila seseorang tidak dapat mengawal tekanan kerjanya. Panas baran, murung, gelisah, kelesuan, resah, ketakutan dan hilang tumpuan adalah antara kesannya.
"Keadaan ini jika dibiarkan akan memudaratkan diri sendiri serta kesihatan," katanya.
Ujarnya, kebiasaan pekerja yang tertekan akan menunjukkan ciri-ciri negatif kepada dirinya, malah dari sudut produktiviti kerja pula turut terjejas sehingga boleh menjejaskan motivasi seseorang itu.
Dalam laporan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, tekanan di pejabat dilabel sebagai 'Penyakit' abad ke-20 dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga melaporkan bahawa tekanan ialah Epidemik Dunia.
Malah WHO juga menjangkakan bahawa tekanan di tempat kerja merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada semua lima penyakit utama di dunia iaitu penyakit jantung, kemurungan melampau, kemalangan jalan raya, strok dan penyakit paru-paru yang kronik menjelang tahun 2020.
Di Malaysia, Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (1996) menunjukkan kadar prevalen kemurungan ialah pada 11 peratus, kejadian bunuh diri yang tinggi iaitu 2,000 orang setahun dengan purata 7 orang sehari dan 13.7 peratus remaja Malaysia khususnya pelajar menghadapi masalah kesihatan berkaitan mental.
Ditanya apakah punca utama sehinggakan berlaku tekanan di tempat kerja, Dr. Muhammad Muhsin menjelaskan pelbagai faktor boleh mendorong seseorang itu menjadi tertekan. Antaranya suasana kerja, persekitaran yang bising, interaksi dan pelbagai lagi.
Selain itu, situasi tekanan dengan tugasan yang diberikan oleh majikan juga mendorong seseorang itu lebih tertekan.
''Keadaan ini menyebabkan pekerja berasa bosan untuk datang bekerja sehingga menyebabkan dia suka mengasingkan diri daripada pekerja-pekerja lain,'' ujarnya.
Situasi ini juga akan mendorong untuk pekerja itu menjadi malas ke pejabat sehinggakan merasakan dirinya tidak sesuai dengan tugasan yang diberikan kerana terlalu rendah taraf atau terlalu terbeban.
Bagaimanapun ketika ditanya mengenai strategi untuk mengurangkan tekanan di pejabat, beliau menjelaskan, pelbagai cara boleh digunakan, bagaimanapun ia bergantung kepada diri seseorang itu.
''Bagi sesetengah individu bersukan boleh melegakan tekanan yang dihadapi namun bagi sesetengah orang pula meluah atau berkongsi cerita kepada seseorang adalah cara terbaik untuk melegakan tekanan yang di hadapi.
''Semua ini bergantung kepada diri seseorang bagaimana dirinya untuk melepaskan perasaan itu," jelasnya.
Katanya lagi, bercuti juga mampu memberikan kelegaan kepada pekerja itu kerana melupakan seketika masalah yang dihadapi.
Bagaimanapun dalam masa sama, cubalah berkongsi cerita dengan orang yang paling rapat dengan kita antaranya seperti suami, ibu bapa atau rakan.
Katanya, melalui perkongsian cerita itu ia mampu mengalihkan perasaan tertekan dan juga marah itu menjadi reda.
Bagaimanapun, bagi yang beragama Islam digalakkan juga untuk bermunajat kepada Allah dengan berdoa atau melakukan solat-solat sunat.
Selain itu, tegasnya, kehidupan yang sihat adalah sesuatu cara yang paling baik untuk menyelesaikan masalah tekanan.
''Tidak salah kalau kita bahagikan masa antara kerjaya dan juga diri sendiri kerana pengurusan masa yang betul mampu memberikan ketenangan pada seseorang,'' ujarnya serius.
p/s..hari terima tekanan hahaha bleh jadi mental camni
Sunday, January 23, 2011
Kepentingan Sarapan
Mungkin setengah daripada kita tidak memerlukan sarapan dengan alasan, jarang makan tengahari. Jadi tentunya tidak salah sekiranya tidak bersarapan.
Sebenarnya ada perkara yang anda tidak tahu, iaitu dengan bersarapan dapat membantu memastikan anda mengambil pemakanan khasiat harian anda dengan secukupnya.
Sehubungan itu sarapan merupakan makanan paling penting dalam hidup seorang manusia setiap hari dan tidak patut diabaikan.
Menurut Mary Easaw-John, penyelidikan mendapati kanak-kanak yang mengambil sarapan berkhasiat dapat memberi lebih tumpuan dan ini membantu mereka meningkatkan prestasi di sekolah.
Tetapi bagaimanakah anda menggalakkan kanak-kanak ini mengambil makanan berkhasiat pada seawal pagi?
Berdasarkan kajian dan pengalaman Easaw-John berkongsi beberapa petua penting untuk mengatasi masalah itu.
``Kunci utamanya adalah ibu bapa mesti kreatif dengan menjadikan waktu sarapan sebagai satu sesi yang menyeronokkan sehingga anak-anak tidak mahu ketinggalan untuk menikmatinya.'' katanya.
Menurut Easaw-John ibu bapa mempunyai peranan besar menentukan diet yang sempurna untuk anak-anak mereka.
``Pastikan anak-anak ini mengetahui betapa pentingnya mengambil sarapan dan beritahu mereka ia dapat membantu prestasi akademik mereka di sekolah.
``Lebih baik lagi, jika ibu bapa dapat menjadi contoh dengan bersama-sama bersarapan dengan anak-anak. Cara tersebut mampu menyemai tabiat untuk mengambil sarapan yang berkhasiat,'' tambahnya.
Menurutnya bijrin mempunyai kandungan lemak yang rendah, tinggi kandungan vitamin mineral, karbon hiderat dan serat. Apabila dicampur dengan susu pengguna mendapat tambahan kandungan kalsium, iaitu mineral penting dalam pertumbuhan gigi dan tulang yang sihat.
``Pengambilan sarapan bijirin ini merupakan salah satu cara terpantas dan pilihan terbaik ketika anda hendak cepat di waktu pagi,'' katanya.
Easaw-John merupakan salah seorang pakar pemakanan terkemuka juga menyentuh tentang kesuntukan masa untuk bersarapan.
``Memperuntukkan masa untuk sarapan pagi adalah satu kunci utama kepada kehidupan yang sihat. Jika anda mahu menjimatkan masa cuba sediakan meja makan pada waktu malam sebelumnya walaupun hanya untuk bersarapan bijirin dan jus,''tegasnya.
Untuk meningkatkan kesedapannya anda bolehlah menambah bijiran itu dengan pelbagai jenis buah dan kacang.'
Easaw-John juga menunjukkan betapa selesa dan mudahnya untuk menyediakan sarapan bijirin itu dengan menjemput para peserta untuk membantunya menyediakan beberapa jenis resipi sarapan yang berasaskan bijirin.
Campuran bijirin dan susu berperisa akan menghasilkan kalsium, riboflavin dan protein. Satu lagi resipi membabitkan campuran bijirin dengan yogurt, buah-buahan dan kacang yang membolehkan kanak-kanak menikmati pelbagai adunan rasa.
``Perbezaan dalam memakan bijirin ini juga dapat menghilang rasa jemu, dan sekali gus menyemai tabiat suka mengambil sarapan di jiwa kanak-kanak,'' nasihatnya.
Resipi-resipi kreatif yang disediakan oleh Easaw-John pada majlis tersebut kemudiannya diedarkan kepada para peserta bengkel agar apabila pulang nanti mereka dapat menyediakan bijirin seperti itu untuk dinikmati oleh anak-anak mereka ketika bersarapan di rumah.
``Keseimbangan kepelbagaian dan kesederhanaan merupakan cara-cara untuk menyediakan diet yang sihat,'' nasihat Easaw-John.
``Biarkan anak-anak anda memilih makanan yang pelbagai jenis dan gunakan kreativiti anda dalam menyediakan sarapan mereka.'' tambahnya.
Sarapan bijirin seperti bijirin Sarapan Nestle amat berkhasiat, senang disediakan dan satu pilihan sarapan yang lazat. Selain kandungan protein dan karbon hiderat ia juga mengandung 10 jenis vitamin dan mineral termasuk kalsium , fosforus (phosphorous) dan zat besi.
Semuanya merupakan sumber penting dalam pertumbuhan optima seseorang kanak-kanak. Kekurangan zat-zat tersebut boleh memberi kesan negatif terhadap prestasi kanak-kanak dan menyebabkan mereka sukar memberi tumpuan.
26 TIPS BERDIET
26 Tips Diet
Tips # 1 – Jangan berlapar
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang daripada apa yang kita ambil, tubuh anda akan terkejut. Tubuh akan mula membakar otot untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisme tubuh anda menjadi lebih rendah daripada biasa. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasaannya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kemabli ke paras normal, tetapi metabolisme tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi.
Tips # 2 – Ambil sesuatu yang pahit sebelum makan
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakkan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.
Tips # 3 – Minum 8 gelas air sehari
Air mampu mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolismekan simpanan lemak di dalam badan. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan kuantiti yang banyak.
Tips # 4 – Elakkan minum minuman bergas
Minuman berkabonat atau bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.
Tips # 5 – Kurangkan pengambilan garam
Pengambilan garam yang berlebihan akan menggalakkan penakungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menakung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air di dalam badan.
Tips # 6 – Ambil sarapan pagi
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu jajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormon dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolisme juga meningkat untuk membakar kalori.
Tips # 7 – Makanlah perlahan-lahan
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh atau delojoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukkan kepuasan.
Tips # 8 – Kunyahlah makanan dengan sempurna
Kunyahlah makanan anda kepada cebisan yang lebih kecil sebelum anda menelannya kerana dengan cara ini, ia lebih mudah untuk dihadamkan. Elakkan makan bersulam air kerana ini akan membuatkan perut anda buncit.
Tips # 9 – Makan lebih kerap
Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit, daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.
Tips # 10 – Kurangkan lemak/minyak
Kurangkan pengambilan marjerin, mentega dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.
Tips # 11 – Elakkan makan makanan ringan/snek
Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa pudina (mint) atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.
Tips # 12 – Minuman masam
Apabila makan di restoran atau gerai, pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakkan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang manis (kurang gula). Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32kilo kalori.
NB: Anda boleh cuba minum air masak (kosong) yang direndam dengan sepotong lemon. 2-3 gelas sehari mampu membuatkan badan anda langsing.
Tips # 13 – Lebihkan sajian buah-buahan dan sayur-sayuran
Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral, serat (fibre) dan kandungan lemak yang rendah. Anda digalakkan mengambil hidangan buah-buahan sebelum makan dan bukan sebaliknya kerana buah-buahan mempunyai kandung air yang tinggi dan cepat mengenyangkan perut. Jadi, anda akan makan tengahari/malam dalam kuantiti yang kurang.
Tips # 14 – Timbang berat badan
Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet.
Tips # 15 – Makanan berempah
Ambil makanan yang berempah. Sesetengah rempah seperti cili, halia, lada hitam, biji sawi dan jintan manis didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.
NB: Untuk mengempiskan perut yang boroi, cuba rebus 2 sudu jintan manis (atau daun pokok kaduk) dengan 2 cawan air, tinggalkan air rebusan sehingga lebih kurang secawan dan boleh diminum. Amalkan selalu, pasti anda tidak akan kecewa, insya Allah.
Tips # 16 – Makan lebih bijirin
Pilihlah lebih banyak bijirin dan kekacang dalam makanan anda. Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijirin dan hasil Bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.
Tips # 17 – Diari makanan
Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan brat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada pola keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhatikan dan kenal-pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.
Tips # 18 – Bekas makanan yang sesuai
Ketika memilih pinggan makanan, ambillah pinggan yang rata dan bukan pinggan yang cekung. Ambil sayuran terlebih dahulu untuk memenuhi pinggan, kemudian baru ambil nasi dan yang terakhir sekali, ambillah lauk yang anda ingin makan (daging/ayam/ikan). Jika ingin tambah, hanya sayuran saja yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sebarang tempat, apa lagi sambil menonton TV. Sebabnya, makin menarik program TV, semakin banyak makanan yang mampu anda habiskan!
Tips # 19 – Tumpukan perhatian anda
Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus. Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.
Tips # 20 – Tukar cara memasak
Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah dengan merebus, memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak (misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.
Tips # 21 – Lakukan aktiviti ringan
Selain memberi peluang makanan untuk turun, kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori daripada makanan yang anda makan. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.
Tips # 22 – Tukar tabiat berbelanja
Khusus bagi kaum wanita, yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya. Jangan lupa membuat catatan saat membeli-belah untuk mencegah pembelian barang-barang yang tidak diperlukan. Dengan cara ini keinginan anda akan terbatas dan anda tidak perlu lagi membeli sebarang makanan ringan yang boleh menaikkan berat badan.
Tips # 23 – Berhenti sebelum kenyang
Hah… ikutlah sunnah Rasulullah. Makanan yang terlalu mengenyangkan perut akan membuat badan menjadi lemas dan mengganggu aktiviti ibadah. Rasulullah SAW pernah bersabda dan memberi teladan, “jangan makan sebelum lapar dan berhentilah makan sebelum kenyang.”
Imam Al Ghazali dalam Ihya' Ulumuddin mengutip pernyataan seorang syaikh dalam sebuah perjamuan makan: Hai orang-orang yang menghendaki akhirat, janganlah kamu makan terlalu banyak, lalu kamu minum banyak, maka kamu akan tidur banyak sehingga kamu akan menyesal ketika mati. Ini adalah pokok yang besar yaitu meringankan perut dari beratnya makanan.
Tips # 24 – Hentikan makan setelah lewat malam
Hindari makan ketika lewat malam. Jika boleh, jangan makan selepas jam 8 malam. Para pakar diet mengatakan ruangan gelap dan kegelapan malam boleh membuatkan kiat makan berlebihan. Cubalah tidur lebih awal supaya anda atidak terasa untuk mengunyah makanan.
Tips # 25 – Setkan target dan cari sumber inspirasi
Lakukan sesuatu! Gunting gambar baju atau seluar jeans yang anda sukai. Jadikan ia sebagai inspirasi untuk anda menguruskan badan. Tanamkan dalam diri anda bahawa baju yang anda sukai itu akan dapat anda pakai, suatu hari nanti.
Tips # 26 – Lakukan beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing
Usahalah berjalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat. Saya perhati orang perempuan suka sangat berjalan melenggang-kangkung. Sebelum marahkan saya, cuba anda perhatikan cara mereka berjalan, terutama sekali ketika waktu makan tengahari... Aduhai... kalau di negara matahari terbit, anda tentu dilanggar oleh orang lain (rakyat di sana berjalan seolah-olah mengejar masa, tidak kira lelaki atau perempuan).
Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi, naik tangga untuk beberapa tingkat, kemudian sambunglah dengan menaiki lif.Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam mampu membakar kalori, anda akan lebih banyak kehilangan lemak di badan.
Bersenam atau membuat peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah.Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha.Sekali-sekala anda boleh memanjakan diri ke spa atau sauna. Urutan seluruh tubuh dan suhu yang panas mampu memecahkan lemak-lemak di badan anda.
Boost Your Metabolism
Drink More Water
When researchers measured people's metabolic rate before and after downing about 16 ounces of water, they found a rise in calorie-burning capability. The water had a lasting effect as well: Even after 30 minutes, drinkers were using 30% more calories than those who stayed dry.
Eat, Then Sweat
You must eat to get lean. Digesting food and absorbing and storing nutrients requires energy. Severely restricting calories dials back your metabolic rate. Plus, starving yourself eventually drives your body to break down muscle tissue to satisfy energy needs, further lowering calorie-burning. Boost the burn by working out just after eating a meal or substantial snacks.
And Eat Again
Divide daily calories into three meals and two snacks. Research suggests men who eat more frequently throughout the day are leaner than those who consume meals at irregular times.
Pack in the Protein
Protein keeps you fuller longer. Plus, your body uses more calories digesting protein than it does breaking down carbs or fat. High-quality protein from foods such as eggs, lean meat, poultry, seafood, and dairy also ups levels of the amino acid leucine in your body, which is essential for maintaining muscle and burning calories.
Consider Caffeine
A Harvard study of more than 19,000 men found those who got 200 milligrams of caffeine a day (the amount in four cans of cola or eight ounces of coffee) were less likely to gain weight over a 12-year period than those who didn't. Caffeine helps stimulate fat use, especially during exercise.
kentut
Bagaimanapun, kentut yang berbau dan ‘dilepaskan’ dengan bunyi yang kuat memang memalukan. Bau dan daya kekuatan kentut dilepaskan bergantung pada makanan yang kita ambil,berapa lama kentut itu ‘disimpan’ dan daya kepantasannya dikeluarkan dari anus.
Dalam definisi perubatan, kentut adalah sebahagian daripada lebihan gas dalam perut atau usus. Ada kala lebihan gas ini menyebabkan anda berasa tidak selesa seperti perut kembung, sendawa atau kentut. Kebanyakan orang melepaskan gas berlebihan ini 14 kali sehari, tidak kiralah sama ada sebagai kentut atau sendawa.
Kentut tidak membahayakan nyawa, mungkin ia hanya akan membuatkan anda malu jika ‘terlepaskannya’ di khalayak ramai dan berbau kurang menyenangkan. Bagaimanpun, jika anda kerap kentut ada kalanya ia mungkin penanda masalah kesihatan yang lain. Justeru, anda memerlukan rawatan perubatan.
Umumnya, komponen utama dalam kentut adalah lima gas yang tidak berbau - nitrogen, hidrogen, karbon dioksida, gas metana dan oksigen.
Bau busuk kentut adalah disebabkan disebabkan kompaun berunsurkan sulfur yang dihasilkan bakteria tertentu dalam kolon. Bagaimanapun, bakteria ini tidak ditemui pada setiap orang.
Jumlah gas yang dilepaskan pula bergantung pada berapa banyak bakteria yang hidup dalam kolon dan makanan yang tidak dihadam oleh saluran gastro usus sebelum ia sampai ke kolon.
Dianggarkan antara 30 ke 150 gram makanan tidak dicerna sampai ke kolon dalam bentuk karbohidrat setiap hari. Jumlah ini bergantung pada diet anda dan bagaimana saluran gastro usus anda berfungsi.
Tubuh tidak mencerna atau menyerap sesetengah jenis karbohidrat seperti gula atau serat dalam usus kecil kerana kekurangan enzim di kawasan itu.
Makanan yang tidak dicernakan ini melalui usus kecil ke usus besar dan di situ bakteria tidak berbahaya memecahkan makanan, menghasilkan hidrogen, karbon dioksida dan di kalangan sesetengah orang, metana. Kesemua gas ini keluar melalui rektum menjadi kentut.
Gas berlebihan dalam saluran pencernaan (esofagus, perut, usus kecil dan kolon) datang daripada dua sumber;
a) Udara yang anda telan (menerusi tabiat mengunyah gula-gula getah atau merokok)
b) Peningkatan penghasilan gas daripada makanan tidak hadam yang dipecahkan oleh bakteria dalam usus
Gas kentut kebiasaannya terdiri daripada 60% nitrogen, 30% karbon dioksida dan 10% campuran gas metana dan hidrogen.
Bagaimana pun, komposisi gas yang keluar dari badan anda bergantung kepada beberapa faktor seperti makanan, udara yang disedut, jenis bakteria dalam usus dan tempoh masa anda menahan kentut.
Sesuatu yang anda perlu tahu, makanan yang menghasilkan gas tidak sama bagi setiap orang. Sementara, bakteria umum yang ditemui dalam kolon boleh memusnahkan hidrogen yang dihasilkan oleh bakteria lain.
Keseimbangan dua jenis bakteria ini menjelaskan mengapa sesetengah makanan menjadi ‘berangin’.
kepada sesetengah orang. Namun, kebanyakan makanan yang mengandungi karbohidrat menyebabkan gas. Makanan lemak dan protein menghasilkan sedikit gas. Selain itu, kekurangan laktosa juga boleh menyebabkan seseornag itu kerap kentut.
Info
Makanan penyebab kentut
Thursday, January 20, 2011
cara menaikkan testosterone level
1) Buat exercise basic yang pakai banyak muscle (squats, deadlifts, bench presses, rows, chin-ups, dips, lunges dan military presses). Exercise ni akan bagi stress kat banyak muscle dan badan kita akan respond dengan keluarkan lagi banyak testosterone dan GH.
2) Workout dengan intensity 100%. Jangan main2. Enuf said.
3) Buat LEGS!! Sebab legs satu muscle yang besar, so korang boleh train lagi berat. Refer no.1
4) Ambik banyak Essential Fatty Acid (EFA), macam kacang, minyak ikan, flax seed, minyak olive dan minyak canola. Ia boleh meningkatkan natural testosterone.
5)Kurangkan pengambilan Soya, sebab dia boleh meningkatkan estrogen level dalam badan. Jadi Auww nanti.
6)Kurangkan ambik rokok dan alkohol!! Enuf said.
7) Ambik banyak sayur macam broccoli, kobis, bunga kobis.
Kurangkan stress masa keje sebab menurut study, stress mengurangkan testosterone.
9) Banyakkan Seks...ini untuk orang2 yang kawin jer...hahaha. lagi banyak 'bersama' isteri, lagi banyak testosterone.
10) Jangan kurang tidur. Masa tidor lah GH dan testosterone kita kuar...(refer no 9 hahaha)
So, aper lagi..pi la buat!!
Tuesday, January 18, 2011
Lelaki membujang
Lelaki membujang, satu istilah yang kurang diambil berat berbanding dengan andartu perempuan yang masih solo. Tetapi mengapa mereka masih bujang? Sebagai membalas entri dari Kak Ktom, aku cuba mencari puncanya.
Jiraiya,
1. Masih belum puas enjoy dengan dunia muda
Walaupun mereka tahu perkahwinan itu lebih ‘nikmat’ dari membujang, tetapi mereka lebih memikirkan kenikmatan peribadi. Bagi mereka setelah menjadi seorang suami dan bapa akan menyebabkan hilangnya dunia ‘freedom and enjoy’. Mereka mahu bebas. Tidak mahu dibebankan dengan apa yang dipanggil ‘tanggungjawab‘.
2. Takut penampilan baru mereka
Mereka ditakutkan dengan perut yang semakin boroi, rambut semakin botak, populariti yang semakin menurun di kalangan awek-awek. Pendek kata saham mereka jatuh. Tapi aku masih hairan kenapa anak-anak dara zaman sekarang minat benar dengan suami orang ya. Lelaki bujang kan ramai…ish..ish…
3. Hantaran tinggi
Ini bukan lagi sesuatu yang aneh di zaman sekarang. Isu yang senantiasa berulang. Semua anak-anak gadis bagai dijual beli pula. Bagi aku tidak salah. Memang kena letak harga pun. Nanti para gadis dikebas dengan mamat-mamat Bangla. Melopong la nanti. Ada yang sanggup serahkan anak gadisnya padaku, ‘free’?
Tetapi bagaimana pula yang benar-benar mahu berkahwin tetapi tidak cukup duit. Apa lagi yang boleh dibuat. Ikat perut kumpul duit. Masuk skim pelaburan internet cepat kaya. Bukannya senang mahu kahwin, duit pun memainkan peranan nombor 2 terpenting selepas cinta…
Bukan mereka tidak mahu berkahwin, bukan tidak mahu mengumpul duit, mereka punyai sebab tersendiri. Mungkin terpaksa menanggung adik-beradik ataupun ada ahli keluarga yang memerlukan perbelanjaan perubatan yang banyak…
4. Mahu membina kerjaya
Lelaki zaman sekarang kebanyakkannya bercita-cita tinggi. Mereka ini memandang kerjaya sebagai prioriti mereka. Mahu ada jawatan tinggi, ekonomi stabil, kereta BMW, rumah condo. Pada mereka bila berkahwin akan menyebabkan mereka hilang fokus terhadap development kerjaya mereka. Aku mahu duduk di rumah sahaja lepas grad, boleh? Siram pokok bunga hari-hari.
5. Pengalaman lampau
Ada yang tidak berani menjadi suami kerana takut tidak dapat memikul tanggungjawab yang diamanahkan. Situasi semasa kecil yang menyaksikan sikap bapa yang tidak bertanggungjawab terhadap keluarga menyebabkan mereka mengalami tekanan untuk berkahwin.
Boleh jadi juga emak yang suka membebel + marah-marah menyebabkan mereka takut mendapat isteri seperti singa lapar…huhu
Penderaan, penceraian…anak-anak menjadi mangsa.
6. Tiada yang sudi
Katakan gadis, apa yang kamu mahukan dari mereka. Wang, rumah, kereta, handsome, cinta…..semuanya sanggup mereka serahkan. Tapi mengapa masih tiada yang sudi. Mereka yang jual mahal ataupun gadis-gadis di sana yang memahalkan diri.
7. Mereka gay!
No komen!
Hello lelaki bujang, ada BERANI?
demam
Demam (juga dikenali sebagai pyrexia atau hiperthermia terkawal[1]) merupakan isyarat perubatan biasa dengan cirri-ciri peningkatan suhu melebihi julat biasa 36.5–37.5 °C (98–100 °F) disebabkan peningkatan pada titik set pengawal suhu badan .[2] Peningkatan pada titik set ini mencetus ton otot dan menggigil.
Ketika suhu badan meningkat, terdapat rasa sejuk umum sungguhpun suhu badan meningkat. Sebaik sahaja tahap suhu baru dicapai terdapat rasa panas. Demam merupakan satu tindak imunisasi balas yang cuba menangani jangkitan bacteria atau virus. Demam boleh dicetuskan oleh pelbagai keadaan dari selamat kepada potensi serius. Kecuali demam yang tinggi, rawatan biasanya tidak diperlukan, bagaimanapun, ibuprofen adalah berkesan bagi menurunkan suhu badan.
Demam berbeza daripada hiperthermia luar kawal[1], biasanya dirujuk hanya sebagai hiperthermia, dari segi hiperthermia merupakan peningkatan suhu badan melebihi titik set pengawalansuhu badan, akibat penghasilan suhu melampau/ pengawalan suhu yang tidak mencukupi.
p/s...sekarang aku demam arghhhhhhhhhhhhhhhhh
Buncit dan lembik
Aku menerima komen dari pembaca kasyah dot com tentang masalah di bahagian perut selepas entri ‘Anda mahu kurus?‘. Hari ini aku mahu kongsikan satu senaman yang mudah untuk anda ‘Must-Do-It‘ di rumah tanpa perlu pergi ke gimnasium.
Aku cuma senaraikan 1 sahaja yang aku rasakan efektif dan kurang sakit belakang. Senaman seperti sit-up memang popular tetapi ia sesuatu yang tidak disukai jika anda selalu sakit belakang. Impaknya, mungkin di lain waktu anda malas untuk bersenam lagi.
Senaman menggunakan ‘belon besar‘ ini aku variasikan kepada 3. Aku lebih prefer untuk menerangkan melalui gambar supaya lebih mudah untuk anda bayangkannya.
1. Stability Ball Crunch
2. Crunch In a Push-Up Position
3. Swiss Ball Prone Russian Twist
Bro, aku mana ada ‘belon besar’ tu.
Yeah, aku pun tiada. Maka aku mencari alternatif lain dengan menggunakan katil atau kerusi. Hendak seribu daya. Gunakan apa sahaja peralatan yang ada di rumah okay. Kalau susah sangat, beli je belon besar tu.
Sudah penat bersenam? Jangan dilupa tentang pemakanan.
1. Minum air
Andai perut yang buncit itu disebabkan banyak air, anda sebenarnya perlu minum lebih banyak air. Ianya penting untuk mencairkan sodium dalam tubuh dan meningkatkan jumlah air yang keluar dari tubuh.
Selain itu, ia lebih menolong fungsi ginjal yang menapis dan mengeluarkan sampah-sarap tubuh.
2. Kurangkan garam
Gunakan bahan lain selain garam untuk memasak. Gantikan dengan jus lemon atau bahan alternatif lain.
3. Serat buah-buahan
Salah satu elemen penting dalam diet. Untuk menyeimbangkan penyimpanan air yang menyebabkan ke’buncitan’, makanlah serat buah-buahan.
Aku harap mereka yang mahu perut yang menawan bolehlah fikir-fikirkan alternatif ini. Oh ya, lagi satu disiplin. Perkara penting yang aku mahu ingatkan kepada kalian. DISIPLIN!
ps - kepada yang berkahwin sahaja….hahaha
Monday, January 17, 2011
tips kesihatan & kecantikan utk wanita
Wahai remaja, pernahkah anda menangis?
Ya Allah, aku mohon padamu kau ampunilah segala dosa-dosaku. Hamba tahu, hamba terlalu banyak melakukan dosa terhadapmu ya Allah. Hampir tiap-tiap hari, tiap-tiap saat, selama aku masih hidup diatas muka bumi kau ya Allah. Hamba tidak pernah walau sedikitpun tidak melakukan kemungkaran terhadap diriku sendiri ya Allah. Aku berlaku zalim terhadap diriku sendiri ya Allah. Setiap kali aku melangkah kemana-mana, aku seringkali menzalimi diriku dengan melakukan bermacam jenis dosa ya Allah.
Mataku tidak terlepas daripada ancaman dari pelbagai sudut ya Allah. Rata-rata memakai pakaian tidak menepati syariatmu ya Allah. Mataku dizalimi dengan penglihatanku sendiri kerana aku tidak mampu menundukkan pandangan. Namun aku masih tertanya-tanya ya Allah, mengapa kaum Hawa segelintirnya suka mendedahkan aurat untuk menjadi tatapan kaum Adam ya Allah. Sedangkan didalam kitab sucimu Al-Quran serta hadis ada menyebut mengenai aurat. Lihatlah ya Allah hamba tidak mampu menghalang mereka daripada melakukan perkara mungkar.
Ya Allah, ramai anak remaja kaum hawa kini tidak segan dan silu membiarkan tubuh mereka dirantah golongan adam yang dahagakan tubuh mereka, namun mereka tidak takut dirantah api neraka. Makin hari makin ramai yang berzina sesama mereka. Ya Allah, kau berikanlah cahaya hidayahmu kepada mereka supaya mereka keluar dari lembah kehinaan dunia ini.
“Ini ialah satu “surah” yang Kami turunkan dan Kami wajibkan hukum-hukumnya, serta Kami turunkan padanya ayat-ayat keterangan yang nyata supaya kamu beringat (mengamalkannya). (1) Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman. (2)” (An-Nur: 1,2)
Ya Allah, mereka juga tidak segan dan silu menayang perhiasa mereka dengan tidak memakai tudung dan menutup dadanya dengan rapi. Mereka tanpa segan dan silu menayang dadanya berjalan dari hulu ke hilir tanpa disedari kaum Adam melihatnya. Kau berikanlah hidayah pada golongan ini supaya kembali ke pangkal jalan.
“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” (Surah An Nur: ayat 31)
Ya Allah, aku mohon padamu. Kau jauhkanlah diriku daripada azab api neraka yang amat pedih tidak dapat ditanggung olehku. Kau jauhilah aku daripada perkara-perkara yang mungkar dan perkara yang dilaknat olehmu kepadaku ya Allah. Ya Allah hamba sedar hamba telah banyak lakukan kesalahan dan laranganmu, namun aku mohon kau bantulah aku daripada perkara-perkara mungkar tersebuat, apalah dayaku ingin melepasi rintanganmu tanpa bantuanmu ya Allah. Hamba tiada siapa-siapa lagi yang bolehku mohon pertolongan, kecuali kepadamu ya Allah tuhan yang maha mengetahui lagi maha bijaksana.
Ya Allah, aku mohon padamu kau berikanlah hidayahmu kepadaku agar aku mudah mendekatimu, aku mudah beribadat kepadamu, mudah bertaqwa kepadamu agar setiap rutin harianku tidak melanggar batas dan syariat yang telah ditetapkan olehmu sepertimana didalam Al-Quran. Ya Allah kau berikanlah cahaya hidayah dan petunjukmu kepada golongan yang jahil. Kau bukakanlah hati mereka dengan memberikan mereka peringatan dan pengajaran akan azabmu diakhirat, moga dengan peringatanmu ini mereka akan sedar daripada terus melakukan dosa.
Ya Allah, kau teguhkanlah imanku, kau kuatkanlah amal solehku, kau bimbinglah aku ke jalan yang benar yakni jalan yang kau redhai. Ya Allah, kau kurniakanlah kesabaran kepadaku yakni, Sepertimana kesabaran Nabi Muhammad s.w.t. Ya Allah kau tempatkanlah aku bersama-sama para sahabat apabila berada diakhirat nanti yakni bersama-sama para syuhada, para an’bia, para mujahidin serta Nabi Muhammad s.w.t.
Ya Allah, matikanlah aku dalam iman dan Islam. Jauhilah aku dari kejala-kejala murtad yang kini merebak bak virus yang sukar dicari penawarnya.
Ya Allah, aku mohon padamu, kau lindungilah, kau kuatkanlah, kau belalah parti politik yang ingin menegakkan agamamu di Malaysia ini moga Islam akan ditegakkan di Malaysia dengan izinmu. Ya Allah aku mohon sebelum aku meninggal dunia yang fana ini. Aku ingin melihat hukum Islam dilaksanakan di Malaysia, aku ingin melihat bertapa tingginya agama Islam apabila ditegakkan oleh golongan Ulama’, professional dan para-para pembesar yang mahukan Islam. Kerana aku ingin menikmati kehidupan dibawah pimpinan sebuah kerajaan Islam sepertimana pada kegemilangan Islam, zaman pemerintahan Nabi Muhammad s.w.t. Aku teringin merasakan betapa nikmatnya hidup dibawah naungan Khalifah Islamiah.
Dimana agama Islam berada pada tahap tertinggi, kaum wanita dibela, hapuskan segala perkara mungkar. Dimana semakin kurangnya kadar jenayah, semakin kurangnya amalan rasuah, bangsa-bangsa utama di Malaysia yakni Melayu, Cina dan India. Dapat hidup harmoni aman sejahtera dibawah kerajaan Islam. Islam dapat diluaskan melalui aktiviti-aktiviti dakwah dan tiada siapa boleh menghalang agama Allah diperlebarluaskan diseluruh Malaysia serta dunia. Ya Allah, suasana inilah yang aku idam-idamkan dimana kerajaan Islam memiliki kuasa besar yang mampu menangkis serangan musuh-musuh Islam.
Ya Allah, kau jauhilah umat Islam daripada bergaduh sesama sendiri akibat perselisihan faham yang kecil, janganlah perkara kecil diperbesar-besarkan, sesungguhnya kau maha mengadili akan sesuatu.
“Dari Tsauban r.a katanya Rasulullah saw bersabda, “Sesungguhnya Allah Ta’ala telah memperlihatkan kepadaku (peta) bumi secara keseluruhan, sehingga aku dapat melihat bumi sebelah Timur dan Barat. Dan sesungguhnya kekuasaan ummatku akan sampai ke seluruh tempat yang telah diperlihatkan Allah Ta’ala kepadaku. Kepadaku diberikan dua macam perbendaharaan, yaitu merah dan putih. Aku memohon kepada Tuhan untuk membantu ummatku, agar mereka tidak dibinasakan dengan musim susah yang panjang, dan agar mereka tidak dijajah oleh kekuasaan asing selain oleh mereka sendiri, sehingga kekuasaan mereka menjadi hancur luluh. Tuhanku berfirman, “Ya, Muhammad! Apabila aku telah memutuskan suatu putusan, maka putusan-ku tidak dapat diubah lagi. Aku memperkenankan doamu untuk ummatmu, bahawa aku tidak menjajahkan kepada mereka suatu kekuatan musuh selain diri mereka sehingga kekuatan mereka hancur luluh, sekalipun musuh-musuh mereka bersatu mengelilingi, kecuali bila sebahagian mereka membinasakan yang sebahagian dan mereka saling tawan-menawan.”" (HR Muslim)
Ya Allah, kau perkenankanlah doaku ini, supaya apa yang dihajatkan dikabul olehmu. Amiin ya Robbal ‘alamin
Apakah itu Kesihatan ?
Apakah manusia itu sebenarnya ? Bagaimana ia terzahir dalam bentuk yang wujud ini? Bagaimana ia terpelihara dalam alam ini? Apakah tujuan hidup manusia?
Tanpa memahami jawapan bagi soalan tersebut, kita tidak akan mendapat jawapan yang memuaskan tentang jenis kesihatan sebenar yang hendak kita cari. Apakah sebenarnya sakit dan apa pula sebenarnya sihat ? Apakah criteria untuk menilai sakit dan sihat itu? Apakah sihat itu baik dan sakit itu tidak baik ? Sama-sama kita fikirkan.
Firman Allah dalam Al Quraan menyebut bahawa mungkin apa yang disangka tidak baik oleh kita itu adalah sebenarnya baik untuk kita dan apa yang baik pada sangkaan kita itu sebenarnya tidak baik bagi kita. Imam Al Ghazali pernah mentafsirkan idea itu seperti berikut ” Penyakit itu adalah satu daripada bentuk pengalaman yang dengannya manusia dapat sampai kepada Allah, kerana Allah berfirman bahawa penyakit itu hamba-Nya dan disertakan-Nya dengan orang-orang pilihan-Nya ”.
Oleh itu, penyakit itu janganlah dianggap sebagai musuh, tetapi anggaplah ia satu kejadian, satu alat ( mekanisma ) badan yang tugasnya membersih, mencuci dan mengimbangi diri kita dalam bidang jasadiah, emosi mental dan kejiwaan. Jika ditinjau dari sudut ini, demam, selsema, cirit-birit dan sebagainya adalah kawan kita yang membolehkan badan kita dibersihkan daripada benda-benda yang tidak berguna dan boleh meracuni badan kita.
Kita perhatikan, perubatan Barat berusaha menghenti atau menyekat pelbagai fungsi ( tugas ) penghapusan yang ada dalam badan kita, seperti menghentikan rasa hendak muntah, menyekat cirit-birit, menghapuskan demam denga aspirin, dll. Disebalik setiap tindakan semulajadi ( natural action ) badan manusia itu tersirat satu hikmah yang terpendam, suatu mekanisma atau alat yang membiarkan badan itu sembuh dengan sendirinya.
Sebenarnya tidak ada herba, makanan, bahan-bahan atau peraturan yang boleh bekerja dengan sendirinya untuk menyembuhkan. Benda-benda itu hanya boleh membantu badan dalam peranannya menyembuhkan dirinya sendiri. Jika kita luka, bukan jahitan atau balutan atau iodin yang menyebabkan luka itu sembuh. Sebenarnya kulit itu sendiri yang melakukan keajaiban.
Apabila kita mengingati penyakit, kebanyakkan kita kita mula-mula mengingati tentang kecederaan atau kesakitan. Tetapi hari ini ramai orang telah sedar bahawa terdapat aspek-aspek lain dalam mental kita, perasaan dan fikiran kita yang mungkin tidak seimbang dan ini menyebabkan sakit dan derita, meskipun tidak ada sakit bila diperiksa di klinik. Pendekatan kepada kesihatan dan penyakit secara ini telah dikenali sebagai ” Holistic ” di negara Barat.
Agak mudah mengetahui peringkat jasadiah. Badan akan memberitahu kita melalui persepsi deria ( pancaindera ) kita iaitu pendengaran, penglihatan, sentuhan, penghiduan dan seumpamanya dan fakulti ( daya ) tumbuh-tumbuhan dimana apabila kita tersilap, kita mengambil tindakan menyelesaikan masaalah itu. Kedudukan fungsi tumbuh-tumbuhan iaitu tugas naluri, tugas menghidupkan badan ialah Hati Sanubari, kadang-kadang digelar Putaran Hayat. Semua fungsi jasadiah kita digerakkan oleh fungsi enzim hati sanubari ini yang juga dinamakan Jantung.
Dalam bahasa Arab, Nafs ialah kalimah atau perkataan bagi badan dan nafsunya. Nafs beerti semua kehendak jasadiah iaitu kehendak kepada makanan, minuman, kemasyuran, kekayaan, kesenangan dan sebagainya ( semua ini termasuk keperluan emosi ( perasaan ) atau ” drives ” ( dorongan nafsu ). Semua penyakit jasadiah disebabkan oleh satu atau lebih dimensi atau perkara-perkara jasadiah itu.
Perkataan Nafs mempunyai banyak makna : nafas, hidup kehaiwanan, jiwa diri, peribadi, zat dan lain-lain lagi. Dalam kesufian, kemajuan Roh diperihalkan dengan mengambil kira evolusi nafs, yang terzahir dalam perangai manusia sebagai keseluruhan watak,peribadi dan tindak-tanduk perangai seseorang itu. Nafs Amarah ialah jiwa yang memerintah dan menimbulkan nafsu yang tidak terkawal. Inilah keadaan nafs ketika seseorang itu menduduki Maqam Egotisma ( sikap yang mementingkan diri sendiri sahaja ). Maqam jiwa ini digelar maqam an-nafs. Sifat atau kelakuan yang disarankan dalam Al Quraan ( Syariat ) adalah bermaksud untuk mengawal dan menundukkan nafsu amarah ini, agar dapat membawa nafs ketahap yang lebih tinggi lagi. Walau bagaimanapun, di maqam akhir perjalanan kesufian, tidak lah boleh dianggap diri seseorang itu telah bebas dari kesalahan atau pencemaran jiwa. Dengan kata lain, ia bukanlah Ma’sum ( tidak berdosa )
Aspek kedua wujud kita ialah alamfikiran ( mental atau emosi ). Fikiran itu bukanlah terpisah langsung dari badan, tetapi adalah sebahagian dan berhubung dengan fungsi-fungsi jasadiah. Keadaan jiwa ( mood ) dan perasaan yang berasal dari fikiran ( mind ) biasanya memberi kesan pada badan ; emosi seperti marah, takut atau terlalu suka. Apabila satu atau lebih emosi ini dialami, tekanan darah boleh naik atau turun. Badan berpeluh, air mata menitis.
Sebahagian penyakit atau keadaan yang kita anggap sebagai bersifat emosi atau perasaan semata-mata, ada yang berasal dari ketidakseimbangan badan, misalnya marah yang keterlaluan. Tetapi mengikut kaedah Tibb ahli fizik Parsi, Ibnu Sina, marah yang keterlaluan adalah cara badan yang sangat berkesan untuk membuang kelembapan yang banyak dalam daerah hati. Ini boleh dibetulkan dengan diet tertentu. Bidang alam mental ini digelar Fikr dalam bahasa Arab. Pada hakikatnya, fikr beerti tafakur atau proses pemikiran yang mendalam.
Bahagian ketiga diri kita ialah jiwa atau Roh. Roh itu tetap hidup selepas mati ( meninggal dunia ) iaitu setelah berakhirny akehidupan jasadiah dan mental. Saling bertindak-balas ( interaction ) ketiga-tiga bidang diri ini ( atau pergerakkan badan dan mental roh ) dijalankan melalui roh. Roh menggerakkan peringkat jasadiah termasuk proses pemikiran. Perkataan bagi Roh Penggerak ialah Nafas. Nafas bergerak pada titik turun naik nafas. Bibir adalah titik pertemuan nafas naik dan nafas turun dan adalah penyambung antara hidup dan mati.
Kita boleh hidup tanpa kegiatan mental atau tanpa pergerakkan badan. Tapi, tanpa nafas, hidup akan terhenti. Ada orang hidup tanpa wujud mental. Meskipun alat ” electroencephalograph ” menunjukkan gelombang otak mereka tidak berfungsi, namun mereka masih hidup secara mekanikal. Mereka dikatakan ” mati otak atau brain dead ” namun mereka masih hidup dan kita tidak kebumikannya. Ini beerti, ada ” Sesuatu ” yang lebih tinggi dan hebat dari wujud mental dan badan. Orang seperti ini masih hidup dan ” sesuatu ” itu adalah Nafas. Bila keizinan itu ditarik-Nya, terhentilah nafas, maka kehidupan di dunia fana ini terhenti.
Pusat atau tempat duduk Roh adalah hati. Segala perasaan dikaitkan dengan hati dan jiwa seperti cinta, kasih, sayang, simpati, kasihan, duka dan semua sentimen ugama kita. Apabial seseorang itu meninggal dunia, kesedihan orang yang ditinggal dirasai dihati. Dalam bahasa Arab, hati itu dinamakan Qalb. Hati sanubari ( jantung ) tugasnya sebagai pam fizikal untuk peredaran darah ke seluruh badan. Namun tugas sebenar hati ialah sebagai rumah simpanan sifat-sifat Ilahi. Disitu jugalah letaknya kilang nafas iaitu tenaga pengerak hayat yang masuk dengan setiap nafas. Nafas menggerakkan semua fungsi anggota badan.
Perhubungan alam jasadiah dengan alam rohaniah memang wujud di seluruh alam semesta ini dan kita adalah sebahagian darinya. Ada orang mengatakan binatang lebih mudah mendengar bunyi dari alam ghaib. Manusia lebih terikat dengan bidang dalam jasadiah sahaja.
Pengetahuan dan pertimbangan tentang alam jasadiah, mental dan rohaniah hendaklah wujud sebelum kita mengetahui apakah Kesihatan yang Hakiki. Dengan mengetahui alam-alam atau peringkat-peringkat wujud yang tiga itu, kita akan mengetahui cara yang betul untuk mengimbanginya dan merawat setiap satu darinya. Jika perkara penyakit ini dilihat secara mendalam, asal-usul penyakit itu bolehlah dikatakan berada dalam minda ( mental ). Oleh itu ia memerlukan pemikiran atau konsep tentang sesuatu penyakit untuk ianya wujud. Tetapi apakah mental itu ? Ada orang berkata mind ( minda ) itu kumpulan sel yang banyak fungsi dan dayanya.
Mengikut orang Sufi, minda atau mental ini lebih luas lagi. Ianya adalah gudang akal yang Allah anugerahkan kepada manusia. Dengan akallah manusia itu menjadi makhluk yang unik dalam alam semesta ini.
Sebelum kita memahami secukupnya tentang minda ini, kita hendaklah mula-mula memiliki satu tanggapan atau konsep tentang alam semesta ini, dari tingkatan bawah seperti kehidupan bakteria hinggalah sampai ketingkatan Ketuhanan. Wallahu’lam.
Tetap Bertahan
Kita kan berjumpa Dan telah bersama
Disiang malam aku Memikirkan kamu
Siang malam kamu Terfikirkan aku
Kita menyatu…
Jangan marah bila ku tak datang bila
Ku tak pulang bukan ku tak sayang
Kumohon kau jangan marah karena
Akan datang waktu ku tak pulang waktu
Ku tak datang.
Kini tiba saatnya kupergi
Kumohon jangan tangisi walau perih
Suatu saat nanti untukmu disini
Ku akan kembali…
Cobalah tetap bertahan Untukku
Dan coba terus bertahan menantiku
Sampai hari nanti sampai ku kembali
Jangan marah bila ku tak datang bila
Ku tak pulang bukan ku tak sayang
Kumohon kau jangan marah karena
Akan datang waktu ku tak pulang waktu
Ku tak datang.
Kini tiba saatnya kupergi
Kumohon jangan tangisi walau perih
Suatu saat nanti untukmu disini
Ku akan kembali…
Cobalah tetap bertahan
Dan coba terus bertahan
Sampai hari nanti sampai ku kembali
Lirik Lagu Getar Hati -Gio
Bergetar jiwa ragaku kau mempersonaku
Tanpamu ku lemah
Kau berikan kucahaya
Terangi gelap hidupku
Kululuh Padamu
aku
aku pernah lemah untuk hidup
aku pernah menangis kerana hidup
aku pernah untuk menyesal untuk hidup
aku pernah gagal untuk hidup
tetapi itu tidak membuat aku lemah
aku sentiasa bersedia dengan dugaan dari Allah S.W.T
apa yang diturun kan terhadap diriku ini aku tetap tabah
aku hanya insan yang lemah
ini membuat diriku untuk maju ke hadapan
aku tidak peduli kata-kata orang diluar
aku hidup dengan dunia aku sendiri
aku sentiasa berdoa semoga aku tabah dalam kehidupan
aku sayang pada nya
"ya allah berikan aku kekuatan untuk terus kan kehidupan ini"
Wednesday, January 12, 2011
Panduan Diet Malaysia
1. Makan Pelbagai Jenis Makanan
- Tidak ada satu makanan pun yang membekalkan kesemua nutrien yang anda perlukan.
- Pilih pengambilan diet harian anda dengan kombinasi pelbagai jenis makanan berpandukan Piramid Makanan.
- Makan secara tetap dan teratur. Jangan tinggalkan waktu makan anda.
2. Kekalkan Berat Badan Unggul Dengan Mengimbangkan Pengambilan Makanan Dan Aktiviti Fizikal
- Umur, jantina dan aktiviti fizikal menentukan keperluan makanan anda.
- Kekalkan berat badan unggul.
- Timbang berat badan anda secara tetap, sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan.
- Kira berat badan unggul anda dengan mengggunakan formula Indeks Jisim Tubuh (BMI) :
BMI = | Berat (kg) |
Jika BMI anda ialah | Anda adalah |
Kurang daripada 18.5 | Kurang berat badan |
18.5 hingga <> | Berat badan normal |
25 hingga <> | Berlebihan berat badan |
30 atau lebih | Kegemukan atau obes |
3. Pilih Makanan Yang Mengandungi Bijirin , Hasil Bijirin Dan Kekacang
- Sumber tenaga utama perlulah daripada sumber bijirin penuh.
- Bijirin penuh adalah sumber karbohidrat kompleks dan juga sumber serat yang baik.
- Sila rujuk Piramid Makanan
4. Makan Lebih Buah-buahan dan Sayur-sayuran
- Sumber terbaik bagi vitamin, mineral dan serat.
- Sumber terbaik antioksida.
- Dapat meningkatkan sistem pertahanan badan dan melawan jangkitan kuman.
- Serat dapat mengelakkan sembelit.
5. Pilih Makanan Rendah Lemak dan Kolesterol
- Lemak menyumbangkan lebih tenaga berbanding karbohidrat dan protein. Sekiranya anda mempunyai berat badan berlebihan, kurangkan pengambilan lemak dalam makanan anda.
- Panduan untuk mengurangkan pengambilan lemak :
- Buang lemak dan kulit pada ayam dan daging sebelum masak.
- Gunakan sedikit minyak semasa memasak.
- Rebus, panggang, kukus dan menggunakan ketuhar gelombang mikro ('microwave') adalah lebih baik daripada menggoreng.
- Gunakan susu tanpa lemak atau santan cair dalam masakan anda.
- Panduan untuk mengurangkan pengambilan kolesterol: :
- Organ dalaman (hati, pedal, jantung, otak), makanan laut (ketam, udang, sotong) dan kuning telur adalah makanan tinggi kolesterol. Kurangkan jumlah dan kekerapan pengambilannya.
- Ikan dan hasil soya (tauhu, tempeh) adalah rendah kolesterol. Jadikan makanan ini sebahagian dalam hidangan anda.
6. Pilih Makanan Rendah Gula Dan Garam
Gula membekalkan kalori. Sekiranya anda mempunyai berat badan berlebihan, kurangkan pengambilan gula dalam makanan anda.
- Kurangkan pengambilan gula dalam:
- Minuman.
- Masakan
- Pencuci mulut. Gantikan pencuci mulut yang manis dengan buah-buahan segar
- Kurangkan pengambilan garam dengan :
- dmengurangkan makanan terproses atau diawet. Pilih makanan segar.
- Kurangkan makanan tinggi garam.
- Kurangkan garam, kicap, sos tiram dan sebagainya dalam masakan. Gantikan dengan herba dan rempah-ratus bagi menyedapkan masakan anda.
- Elakkan snek tinggi garam seperti kacang yang mengandungi garam dan kerepek kentang.
- Minum air sekurang-kurangnya 6 hingga 8 gelas air dalam sehari walaupun anda tidak berasa dahaga bagi mengelakkan sembelit dan kekurangan cecair dalam badan.
- Pengambilan air adalah dalam bentuk air kosong, jus buah-buahan, jus sayur-sayuran dan sup.
8. Ambil Makanan Yang Bersih Dan Selamat
- Ambil makanan sebaik sahaja dimasak dan elakkan makanan anda terdedah lebih daripada dua jam.
- Basuh tangan anda dengan air bersih dan sabun sebelum dan selepas mengendalikan makanan.
- Sekiranya anda makan di luar, pilih premis atau gerai makanan yang bersih.
Piramid Makanan
Serving size of each food groups , refer to table below ;
Table of Serving Size
Items | Each of The following is ONE serving | |
1. | Bread, cereal, rice, noodles and tubers |
|
2. | Vegetables |
|
3. | Fruits |
|
4. | Milk and milk product |
|
5. | Egg, meat, chicken, fish and legumes |
|
Contoh Menu
Saranan Pengambilan Makanan untuk warga emas ialah:
- 2000 kkal untuk lelaki
- 1800 kkal untuk wanita
1800 kkal / sehari ( 231g karbohidrat , 81g protein ,59.5 g lemak)
Sarapan (7.00 - 7.30 pagi) |
|
Minum Pagi |
|
Makan Tengahari |
|
Minum Petang |
|
Makan Malam |
|
Minum Malam |
|
2000 kkal/ sehari( 270g karbohidrat , 91g protein ,70g lemak)
Sarapan (7.00 - 7.30 pg) |
|
Minum Pagi |
|
Makan Tengahari |
|
Minum Petang |
|
Makan Malam |
|
Minum Malam |
|
Nikmati Hidangan Anda
Apabila umur semakin meningkat, deria rasa dan bau akan menjadi kurang sensitif. Anda juga akan mengalami masalah untuk menelan. Oleh itu, sediakan makanan yang sesuai dengan masalah yang anda hadapi.
- Gunakan gigi palsu sekiranya anda mempunyai masalah untuk mengunyah.
- Gunakan pelbagai perisa dalam masakan seperti herba, rempah, serai dan perahan lemon / limau nipis untuk menjadikan makanan lebih lazat.
- Cincang, dadu atau potong kecil makanan untuk memudahkan anda mengunyah dan menelan makanan.
Jadikan Waktu Makan Anda Menyeronokkan
- Jemput saudara mara dan rakan-rakan untuk bersama-sama menikmati makan tengah hari atau makan malam.
- Sertai aktiviti di komuniti anda bagi membolehkan anda menikmati makanan dan berpeluang bertemu dengan rakan-rakan .
- Tonton televisyen atau mendengar radio ketika anda sedang makan. Televisyen dan radio boleh menjadi rakan anda di masa kesunyian.
- Makan di luar bersama-sama dengan rakan-rakan.
- Jadikan persekitaran anda kondusif dan gunakan peralatan hidangan makanan seperti pinggan, mangkuk, sudu dan garpu yang menarik.
- Pastikan diri anda dalam keadaan yang bersih.
Sekiranya anda tidak berupaya untuk memasak atau membeli makanan,
- Dapatkan perkhidmatan katering atau perkhidmatan penghantaran makanan terus ke rumah.
- Simpan makanan sejuk beku, makanan dalam tin atau makanan yang sedia dimakan di rumah. Pastikan makanan tersebut dipanaskan dengan sempurna sebelum dimakan.
- Beli dan simpan bijirin segera, sup, mee atau makanan segera dimana anda hanya perlu menambah air panas untuk memakannya.
Makanan Tambahan / Suplemen
- Kebiasaannya makanan tambahan tidak diperlukan.
- Keperluan vitamin dan mineral anda boleh diperolehi dengan mudah sekiranya anda mengamalkan pengambilan pelbagai jenis makanan secara seimbang.
- Makanan tambahan seperti pil vitamin, mineral dan serat tidak dapat membekalkan kesemua nutrient dan komponen penting makanan yang diperlukan untuk mengekalkan kesihatan tubuh.
- Makanan tambahan tidak sesuai sebagai pengganti makanan harian. Sesetengah makanan tambahan jika diambil secara berlebihan boleh memudaratkan kesihatan.
- Makanan tambahan boleh diambil atas nasihat doktor terutamanya sekiranya anda tiada selera makan, selepas menjalani pembedahan, mengalami kecederaan, mengalami jangkitan kuman dan penurunan berat badan secara berlebihan.
- Makanan tambahan hanya boleh diambil atas nasihat pegawai dietetik, pakar pemakanan dan doktor.
Rujukan
- Manual Mesej Utama dan Sokongan , Makan Untuk Kesihatan , Kempen Cara Hidup Sihat 1997
- Panduan Pemakanan Warga Tua di Institusi , Kementerian Kesihatan Malaysia, 2001