Lelaki membujang, satu istilah yang kurang diambil berat berbanding dengan andartu perempuan yang masih solo. Tetapi mengapa mereka masih bujang? Sebagai membalas entri dari Kak Ktom, aku cuba mencari puncanya.
Jiraiya,
1. Masih belum puas enjoy dengan dunia muda
Walaupun mereka tahu perkahwinan itu lebih ‘nikmat’ dari membujang, tetapi mereka lebih memikirkan kenikmatan peribadi. Bagi mereka setelah menjadi seorang suami dan bapa akan menyebabkan hilangnya dunia ‘freedom and enjoy’. Mereka mahu bebas. Tidak mahu dibebankan dengan apa yang dipanggil ‘tanggungjawab‘.
2. Takut penampilan baru mereka
Mereka ditakutkan dengan perut yang semakin boroi, rambut semakin botak, populariti yang semakin menurun di kalangan awek-awek. Pendek kata saham mereka jatuh. Tapi aku masih hairan kenapa anak-anak dara zaman sekarang minat benar dengan suami orang ya. Lelaki bujang kan ramai…ish..ish…
3. Hantaran tinggi
Ini bukan lagi sesuatu yang aneh di zaman sekarang. Isu yang senantiasa berulang. Semua anak-anak gadis bagai dijual beli pula. Bagi aku tidak salah. Memang kena letak harga pun. Nanti para gadis dikebas dengan mamat-mamat Bangla. Melopong la nanti. Ada yang sanggup serahkan anak gadisnya padaku, ‘free’?
Tetapi bagaimana pula yang benar-benar mahu berkahwin tetapi tidak cukup duit. Apa lagi yang boleh dibuat. Ikat perut kumpul duit. Masuk skim pelaburan internet cepat kaya. Bukannya senang mahu kahwin, duit pun memainkan peranan nombor 2 terpenting selepas cinta…
Bukan mereka tidak mahu berkahwin, bukan tidak mahu mengumpul duit, mereka punyai sebab tersendiri. Mungkin terpaksa menanggung adik-beradik ataupun ada ahli keluarga yang memerlukan perbelanjaan perubatan yang banyak…
4. Mahu membina kerjaya
Lelaki zaman sekarang kebanyakkannya bercita-cita tinggi. Mereka ini memandang kerjaya sebagai prioriti mereka. Mahu ada jawatan tinggi, ekonomi stabil, kereta BMW, rumah condo. Pada mereka bila berkahwin akan menyebabkan mereka hilang fokus terhadap development kerjaya mereka. Aku mahu duduk di rumah sahaja lepas grad, boleh? Siram pokok bunga hari-hari.
5. Pengalaman lampau
Ada yang tidak berani menjadi suami kerana takut tidak dapat memikul tanggungjawab yang diamanahkan. Situasi semasa kecil yang menyaksikan sikap bapa yang tidak bertanggungjawab terhadap keluarga menyebabkan mereka mengalami tekanan untuk berkahwin.
Boleh jadi juga emak yang suka membebel + marah-marah menyebabkan mereka takut mendapat isteri seperti singa lapar…huhu
Penderaan, penceraian…anak-anak menjadi mangsa.
6. Tiada yang sudi
Katakan gadis, apa yang kamu mahukan dari mereka. Wang, rumah, kereta, handsome, cinta…..semuanya sanggup mereka serahkan. Tapi mengapa masih tiada yang sudi. Mereka yang jual mahal ataupun gadis-gadis di sana yang memahalkan diri.
7. Mereka gay!
No komen!
Hello lelaki bujang, ada BERANI?
No comments:
Post a Comment