Tuesday, January 18, 2011

Buncit dan lembik

Aku menerima komen dari pembaca kasyah dot com tentang masalah di bahagian perut selepas entri ‘Anda mahu kurus?‘. Hari ini aku mahu kongsikan satu senaman yang mudah untuk anda ‘Must-Do-It‘ di rumah tanpa perlu pergi ke gimnasium.

Aku cuma senaraikan 1 sahaja yang aku rasakan efektif dan kurang sakit belakang. Senaman seperti sit-up memang popular tetapi ia sesuatu yang tidak disukai jika anda selalu sakit belakang. Impaknya, mungkin di lain waktu anda malas untuk bersenam lagi. :P

Senaman menggunakan ‘belon besar‘ ini aku variasikan kepada 3. Aku lebih prefer untuk menerangkan melalui gambar supaya lebih mudah untuk anda bayangkannya.

1. Stability Ball Crunch

ballcrunch.jpg

2. Crunch In a Push-Up Position

fit280.jpg

3. Swiss Ball Prone Russian Twist

russiantwistiistart.jpg
russiantwistiifinish.jpg

Bro, aku mana ada ‘belon besar’ tu.

Yeah, aku pun tiada. Maka aku mencari alternatif lain dengan menggunakan katil atau kerusi. Hendak seribu daya. Gunakan apa sahaja peralatan yang ada di rumah okay. Kalau susah sangat, beli je belon besar tu. :mrgreen:

Sudah penat bersenam? Jangan dilupa tentang pemakanan. :grin:

1. Minum air

Andai perut yang buncit itu disebabkan banyak air, anda sebenarnya perlu minum lebih banyak air. Ianya penting untuk mencairkan sodium dalam tubuh dan meningkatkan jumlah air yang keluar dari tubuh.

Selain itu, ia lebih menolong fungsi ginjal yang menapis dan mengeluarkan sampah-sarap tubuh.

2. Kurangkan garam

Gunakan bahan lain selain garam untuk memasak. Gantikan dengan jus lemon atau bahan alternatif lain.

3. Serat buah-buahan

Salah satu elemen penting dalam diet. Untuk menyeimbangkan penyimpanan air yang menyebabkan ke’buncitan’, makanlah serat buah-buahan.

Aku harap mereka yang mahu perut yang menawan bolehlah fikir-fikirkan alternatif ini. Oh ya, lagi satu disiplin. Perkara penting yang aku mahu ingatkan kepada kalian. DISIPLIN! :mrgreen:

ps - kepada yang berkahwin sahaja….hahaha :lol:

No comments:

Post a Comment