Monday, January 17, 2011

Apakah itu Kesihatan ?

Apakah kesihatan? Apabila kita berbicara tentang tubuh manusia yang berada dalam keadaan sihat, kita mestilah terlebih dahulu memahami beberapa soalan yang paling berkaitan.

Apakah manusia itu sebenarnya ? Bagaimana ia terzahir dalam bentuk yang wujud ini? Bagaimana ia terpelihara dalam alam ini? Apakah tujuan hidup manusia?

Tanpa memahami jawapan bagi soalan tersebut, kita tidak akan mendapat jawapan yang memuaskan tentang jenis kesihatan sebenar yang hendak kita cari. Apakah sebenarnya sakit dan apa pula sebenarnya sihat ? Apakah criteria untuk menilai sakit dan sihat itu? Apakah sihat itu baik dan sakit itu tidak baik ? Sama-sama kita fikirkan.

Firman Allah dalam Al Quraan menyebut bahawa mungkin apa yang disangka tidak baik oleh kita itu adalah sebenarnya baik untuk kita dan apa yang baik pada sangkaan kita itu sebenarnya tidak baik bagi kita. Imam Al Ghazali pernah mentafsirkan idea itu seperti berikut ” Penyakit itu adalah satu daripada bentuk pengalaman yang dengannya manusia dapat sampai kepada Allah, kerana Allah berfirman bahawa penyakit itu hamba-Nya dan disertakan-Nya dengan orang-orang pilihan-Nya ”.

Oleh itu, penyakit itu janganlah dianggap sebagai musuh, tetapi anggaplah ia satu kejadian, satu alat ( mekanisma ) badan yang tugasnya membersih, mencuci dan mengimbangi diri kita dalam bidang jasadiah, emosi mental dan kejiwaan. Jika ditinjau dari sudut ini, demam, selsema, cirit-birit dan sebagainya adalah kawan kita yang membolehkan badan kita dibersihkan daripada benda-benda yang tidak berguna dan boleh meracuni badan kita.

Kita perhatikan, perubatan Barat berusaha menghenti atau menyekat pelbagai fungsi ( tugas ) penghapusan yang ada dalam badan kita, seperti menghentikan rasa hendak muntah, menyekat cirit-birit, menghapuskan demam denga aspirin, dll. Disebalik setiap tindakan semulajadi ( natural action ) badan manusia itu tersirat satu hikmah yang terpendam, suatu mekanisma atau alat yang membiarkan badan itu sembuh dengan sendirinya.

Sebenarnya tidak ada herba, makanan, bahan-bahan atau peraturan yang boleh bekerja dengan sendirinya untuk menyembuhkan. Benda-benda itu hanya boleh membantu badan dalam peranannya menyembuhkan dirinya sendiri. Jika kita luka, bukan jahitan atau balutan atau iodin yang menyebabkan luka itu sembuh. Sebenarnya kulit itu sendiri yang melakukan keajaiban.

Apabila kita mengingati penyakit, kebanyakkan kita kita mula-mula mengingati tentang kecederaan atau kesakitan. Tetapi hari ini ramai orang telah sedar bahawa terdapat aspek-aspek lain dalam mental kita, perasaan dan fikiran kita yang mungkin tidak seimbang dan ini menyebabkan sakit dan derita, meskipun tidak ada sakit bila diperiksa di klinik. Pendekatan kepada kesihatan dan penyakit secara ini telah dikenali sebagai ” Holistic ” di negara Barat.

Agak mudah mengetahui peringkat jasadiah. Badan akan memberitahu kita melalui persepsi deria ( pancaindera ) kita iaitu pendengaran, penglihatan, sentuhan, penghiduan dan seumpamanya dan fakulti ( daya ) tumbuh-tumbuhan dimana apabila kita tersilap, kita mengambil tindakan menyelesaikan masaalah itu. Kedudukan fungsi tumbuh-tumbuhan iaitu tugas naluri, tugas menghidupkan badan ialah Hati Sanubari, kadang-kadang digelar Putaran Hayat. Semua fungsi jasadiah kita digerakkan oleh fungsi enzim hati sanubari ini yang juga dinamakan Jantung.

Dalam bahasa Arab, Nafs ialah kalimah atau perkataan bagi badan dan nafsunya. Nafs beerti semua kehendak jasadiah iaitu kehendak kepada makanan, minuman, kemasyuran, kekayaan, kesenangan dan sebagainya ( semua ini termasuk keperluan emosi ( perasaan ) atau ” drives ” ( dorongan nafsu ). Semua penyakit jasadiah disebabkan oleh satu atau lebih dimensi atau perkara-perkara jasadiah itu.

Perkataan Nafs mempunyai banyak makna : nafas, hidup kehaiwanan, jiwa diri, peribadi, zat dan lain-lain lagi. Dalam kesufian, kemajuan Roh diperihalkan dengan mengambil kira evolusi nafs, yang terzahir dalam perangai manusia sebagai keseluruhan watak,peribadi dan tindak-tanduk perangai seseorang itu. Nafs Amarah ialah jiwa yang memerintah dan menimbulkan nafsu yang tidak terkawal. Inilah keadaan nafs ketika seseorang itu menduduki Maqam Egotisma ( sikap yang mementingkan diri sendiri sahaja ). Maqam jiwa ini digelar maqam an-nafs. Sifat atau kelakuan yang disarankan dalam Al Quraan ( Syariat ) adalah bermaksud untuk mengawal dan menundukkan nafsu amarah ini, agar dapat membawa nafs ketahap yang lebih tinggi lagi. Walau bagaimanapun, di maqam akhir perjalanan kesufian, tidak lah boleh dianggap diri seseorang itu telah bebas dari kesalahan atau pencemaran jiwa. Dengan kata lain, ia bukanlah Ma’sum ( tidak berdosa )

Aspek kedua wujud kita ialah alamfikiran ( mental atau emosi ). Fikiran itu bukanlah terpisah langsung dari badan, tetapi adalah sebahagian dan berhubung dengan fungsi-fungsi jasadiah. Keadaan jiwa ( mood ) dan perasaan yang berasal dari fikiran ( mind ) biasanya memberi kesan pada badan ; emosi seperti marah, takut atau terlalu suka. Apabila satu atau lebih emosi ini dialami, tekanan darah boleh naik atau turun. Badan berpeluh, air mata menitis.

Sebahagian penyakit atau keadaan yang kita anggap sebagai bersifat emosi atau perasaan semata-mata, ada yang berasal dari ketidakseimbangan badan, misalnya marah yang keterlaluan. Tetapi mengikut kaedah Tibb ahli fizik Parsi, Ibnu Sina, marah yang keterlaluan adalah cara badan yang sangat berkesan untuk membuang kelembapan yang banyak dalam daerah hati. Ini boleh dibetulkan dengan diet tertentu. Bidang alam mental ini digelar Fikr dalam bahasa Arab. Pada hakikatnya, fikr beerti tafakur atau proses pemikiran yang mendalam.

Bahagian ketiga diri kita ialah jiwa atau Roh. Roh itu tetap hidup selepas mati ( meninggal dunia ) iaitu setelah berakhirny akehidupan jasadiah dan mental. Saling bertindak-balas ( interaction ) ketiga-tiga bidang diri ini ( atau pergerakkan badan dan mental roh ) dijalankan melalui roh. Roh menggerakkan peringkat jasadiah termasuk proses pemikiran. Perkataan bagi Roh Penggerak ialah Nafas. Nafas bergerak pada titik turun naik nafas. Bibir adalah titik pertemuan nafas naik dan nafas turun dan adalah penyambung antara hidup dan mati.

Kita boleh hidup tanpa kegiatan mental atau tanpa pergerakkan badan. Tapi, tanpa nafas, hidup akan terhenti. Ada orang hidup tanpa wujud mental. Meskipun alat ” electroencephalograph ” menunjukkan gelombang otak mereka tidak berfungsi, namun mereka masih hidup secara mekanikal. Mereka dikatakan ” mati otak atau brain dead ” namun mereka masih hidup dan kita tidak kebumikannya. Ini beerti, ada ” Sesuatu ” yang lebih tinggi dan hebat dari wujud mental dan badan. Orang seperti ini masih hidup dan ” sesuatu ” itu adalah Nafas. Bila keizinan itu ditarik-Nya, terhentilah nafas, maka kehidupan di dunia fana ini terhenti.

Pusat atau tempat duduk Roh adalah hati. Segala perasaan dikaitkan dengan hati dan jiwa seperti cinta, kasih, sayang, simpati, kasihan, duka dan semua sentimen ugama kita. Apabial seseorang itu meninggal dunia, kesedihan orang yang ditinggal dirasai dihati. Dalam bahasa Arab, hati itu dinamakan Qalb. Hati sanubari ( jantung ) tugasnya sebagai pam fizikal untuk peredaran darah ke seluruh badan. Namun tugas sebenar hati ialah sebagai rumah simpanan sifat-sifat Ilahi. Disitu jugalah letaknya kilang nafas iaitu tenaga pengerak hayat yang masuk dengan setiap nafas. Nafas menggerakkan semua fungsi anggota badan.

Perhubungan alam jasadiah dengan alam rohaniah memang wujud di seluruh alam semesta ini dan kita adalah sebahagian darinya. Ada orang mengatakan binatang lebih mudah mendengar bunyi dari alam ghaib. Manusia lebih terikat dengan bidang dalam jasadiah sahaja.

Pengetahuan dan pertimbangan tentang alam jasadiah, mental dan rohaniah hendaklah wujud sebelum kita mengetahui apakah Kesihatan yang Hakiki. Dengan mengetahui alam-alam atau peringkat-peringkat wujud yang tiga itu, kita akan mengetahui cara yang betul untuk mengimbanginya dan merawat setiap satu darinya. Jika perkara penyakit ini dilihat secara mendalam, asal-usul penyakit itu bolehlah dikatakan berada dalam minda ( mental ). Oleh itu ia memerlukan pemikiran atau konsep tentang sesuatu penyakit untuk ianya wujud. Tetapi apakah mental itu ? Ada orang berkata mind ( minda ) itu kumpulan sel yang banyak fungsi dan dayanya.

Mengikut orang Sufi, minda atau mental ini lebih luas lagi. Ianya adalah gudang akal yang Allah anugerahkan kepada manusia. Dengan akallah manusia itu menjadi makhluk yang unik dalam alam semesta ini.

Sebelum kita memahami secukupnya tentang minda ini, kita hendaklah mula-mula memiliki satu tanggapan atau konsep tentang alam semesta ini, dari tingkatan bawah seperti kehidupan bakteria hinggalah sampai ketingkatan Ketuhanan. Wallahu’lam.

1 comment:

  1. Bro...bagus info ni..keep it up..ape nama nasyid tu ye?

    ReplyDelete