Thursday, February 24, 2011

Tulang Rapuh (Osteoporosis) 3

Diagnosa
Osteoporosis selalunya tidak didiagnosakan sehinggalah tulang lemah dan menyebabkan
tulang patah. Sinaran x tidak boleh memberi ukuran jisim tulang yang betul, tetapi boleh
mengenalpasti kepatahan tulang belakang. Kepadatan tulang dapat dilihat melalui scan,
dipanggil ' dual energy X-ray absorptiometry (DEXA) scan', digunakan untuk mengukur
kepadatan tulang dan dapat membandingkannya dengan yang normal. Ujian ini
menyukat/mengukur kekuatan tulang serta risiko kepatahan
Komplikasi
Osteoporosis menyebabkan kurang ketinggian badan, akibat kepatahan tulang belakang
(spinal ). Ini bermakna tulang belakang tidak lagi mampu untuk menyokong berat badan, dan
menyebabkan bentuk badan yang sedikit membongkok . Kebiasaannya kemalangan kecil
boleh menyebabkan patah atau rentak di pergelangan tangan , lengan, leher atau tulang
pinggul.
Sesetengah orang menjadi tidak berupaya kesan daripada tulang yang lemah. Penggantian
semula tulang pinggul selalunya diperlukan sekiranya ia patah, dan ini akan menyebabkan
pesakit tidak mampu berjalan sendiri. Walaupun osteoporosis tidak memendekkan jangka
hayat manusia, ketidakupayaan bergerak sendiri menjadi sebab utama kemasukan ke rumah
penjagaan.
Rawatan
Ada beberapa rawatan yang disediakan untuk osteoporosis:
• Terapi gantian hormon (Hormone Replacement Therapy) terapi ini membantu wanita
yang bakal menopos dengan mengekalkan keupayaan tulang dan mengurangkan
kepatahan tulang sepanjang rawatan. Walau bagaimapun pun HRT tidak selalu
disyorkan sebagai rawatan pertama osteoporosis kerana mampu meningkatkan risiko
mendapat strok, sakit jantung dan juga kanser payu dara. Anda perlu berbincang
dengan doktor mengenai kebaikan dan risiko HRT.
• Rawatan testosteron sangat berguna kepada lelaki yang dikaitkan dengan oateoporosis
kesan daripada kekurangan penghasilan hormon seks lelaki.
• Bisfosfohat ubatan bukan hormone mengekalkan keupayaan tulang dan
mengurangkan kadar kepatahan. Kadar sel osteoklas pecah akan direndahkan
manakala proses penghasilan akan meningkat.
• Bisfosfonat ubatan bukan hormone mengekalkan keupayaan tulang dan
mengurangkan kadar kepatahan. Kadar sel osteoklas akan direndahkan bagi
mengurangkan kerapuhan tulang manakala proses penghasilan akan meningkat.
• Kalsitonin adalah hormon yang dihasilkan dari kelenjar tiroid menghalang sel yang
memecahkan tulang.
• Kalsium dan vitamin D tambahan amat berguna untuk lelaki dan wanita bagi
mengelakkan risiko kepatahan tulang pinggul. Mengambil kalsium yang cukup dalam
pemakanan semasa muda sangatlah penting bagi mengurangkan risiko terutama
wanita. Anda perlu 1000mg kalsium setiap hari bersamaan dengan segelas susu.
Sekiranya anda tidak mendapat kalsium yang cukup dalam pemakanan harian
tanyalah doktor anda untuk mendapatkan nasihat pengambilan supplemen kalsium.
• Selective Estrogen Receptor Modulators (SERMs) adalah ubatan yang mempunyai
kesan yang sama terhadap keupayaan tulang dan mengurangkan risiko kepatahan
terutama tulang belakang.
Pencegahan
Gen anda menentukan potensi ketinggian dan kekuatan rangka anda. Walau bagaimana pun,
amalan cara hidup yang sihat, seperti pemakanan dan senaman boleh mempengaruhi
kesihatan tulang anda. Mengamalkan cara hidup sihat melambatkan berlakunya kejadian
osteoporosis dan tulang lambat menjadi rapuh. Senaman yang berkala amat diperlukan. Cuba
lakukan senaman sekurang-kurangnya 30 minit 3 kali seminggu.
Dua jenis senaman yang penting untuk mengukuhkan kepadatan tulang bagi mencegah
osteoporosis - senaman menggunakan pemberat dan senaman yang berterusan. Senaman
penampung berat adalah senaman melibatkan kaki yang ditampung oleh berat badan sendiri.
Bagi remaja senaman lompat tinggi menggunakan pemberat adalah sesuai. Jogging, lompat
tali (skipping), menari aerobik dan melompat atas dan bawah ( up and down ) baik untuk
kekuatan tulang.
Bagi mereka yang berusia , senaman ringan dan selamat, seperti berjalan , main tenis ,
berenang amat berguna tapi bukan senaman yang menggunakan pemberat. Untuk orang yang
lebih tua , senaman menggunakan pemberat yang sederhana perlu bersesuaian dan selamat,
seperti berjalan perlahan, kelas mengekalkan kecergasan , menaiki tangga 10 kali sehari,
permainan tenis yang sederhana.
Berenang dan berbasikal bukanlah aktiviti senaman penampung berat. Senaman ketahanan
adalah penggunaan kekuatan otot. Tarikan tendon pada tulang mampu meningkatkan
kekuatan tulang. Sebagai contoh , tekan tubi, angkat berat atau menggunakan peralatan berat
di gimnasium. Juga termasuk senaman mudah seperti mengangkat tin mengandungi makanan
yang membantu menguatkan tulang di pergelangan tangan.
Amalan cara hidup yang boleh membantu mencegah osteoporosis termasuk:
• makan makanan yang mengandungi zat kalsium yang tinggi - sekurang-kurangnya
1,000 mg sehari.
• berhenti merokok -menghisap rokok berkaitan dengan peningkatan risiko
osteoporosis.
• hadkan jumlah pengambilan minuman alkohol. Disyorkan had 21 unit seminggu
untuk lelaki dan 14 unit untuk wanita.
Mereka yang berusia dengan tulang yang rapuh boleh melakukan sesuatu bagi mengurangkan
risiko tulang retak atau patah. Satu tindakan yang baik untuk memeriksa dan mengenalpasti
perkara yang mendedahkan anda kepada bahaya seperti lingkaran wayar . Pastikan anda
sentiasa memeriksa tahap penglihatan dan pendengaran. Sesetengah warga emas memakai
pelindung khas pada pinggul untuk mengelakkan kecederaan semasa jatuh.

No comments:

Post a Comment