KUALA LUMPUR, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menangguhkan majlis makan malam istimewa yang dirancang bersama rakan online beliau Jumaat ini, sehingga diberitahu kelak.
“Disebabkan terkena jangkitan cacar air, doktor menasihati saya menjauhkan diri daripada orang ramai dan daripada menghadiri majlis rasmi sehingga saya benar-benar sembuh.
“Saya memohon berbanyak maaf sekiranya pembatalan yang tidak disengajakan ini menyusahkan anda semua, saya sememangnya tidak sabar-sabar menunggu bertemu dengan rakan-rakan dalam talian saya sekali lagi,” katanya dalam blognya www.1malaysia.com.my.
Katanya, sebaik saja tarikh baru diperoleh, semua yang diundang sudahpun mendaftar untuk menghadiri makan malam pada Jumaat ini akan diberi keutamaan untuk pemilihan nanti.
Najib berkata, disebabkan ramai daripada mereka yang mengesahkan kehadiran juga sudah menghantar banyak soalan yang pada asalnya dikhususkan bagi sesi soal jawab di majlis makan malam itu, beliau akan cuba melakukan yang terbaik menjawabnya dalam blog beliau tidak lama lagi.
Ini kali kedua majlis itu ditangguhkan. Pada awalnya ia dirancang pada 4 November tetapi ditangguhkan kepada 5 November disebabkan keadaan tidak dapat dielakkan.
Sementara itu, Datin Seri Rosmah Mansor berkata, Najib kini beransur pulih selepas dijangkiti cacar air.
“Alhamdulillah, beliau pulih agak cepat dan hari ini (semalam) baru masuk hari ketiga, bekas-bekas cacar semua sudah kering,” katanya. - Bernama
bile la PM nk ajak aku join mkn malam ni hehehe...semoga cepat sembuh
Ingatlah bahawa anda boleh gagal dalam apa sahaja dalam hidup asalkan tidak menjadi seorang yang gagal
Wednesday, November 3, 2010
Bayibarulahirberlumurandarahdibuangtepirumah
MERSING: “Saya terkejut mendapati ada bayi diletakkan di tepi rumah dengan tubuhnya berlumuran darah selain masih bertali pusat,” kata Siti Zaharah Ahmad, 45, ketika ditemui di kediamannya di Jalan Tekukur, Felda Nitar 1 di sini malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, Zaharah bersama suami, Abd Rahman Omar, 59, serta cucu sedang menonton televisyen apabila dikejutkan dengan jeritan jiran mengatakan ada bayi di tepi rumahnya.
Dia keluar sebelum menemui bayi berkenaan yang berbalut kain batik sedang menangis.
“Bayi lelaki itu mungkin baru dilahirkan berdasarkan keadaannya yang masih bertali pusat serta berlumuran darah.
“Saya membawa bayi itu masuk sebelum membersihkannya,” katanya.
Abd Rahman pula membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mersing.
“Sebelum kejadian, saya melihat kelibat kereta tidak dikenali berlegar di kawasan ini dan mungkin mereka yang menjadi dalang membuang bayi berkenaan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Mersing, Deputi Superintendan Mohd Nor Rashid berkata, sebaik mendapat maklumat sepasukan polis dihantar ke lokasi kejadian.
“Bayi seberat 2.4 kilogram itu dipercayai berketurunan Melayu selain baru dilahirkan kurang 24 jam lalu.
“Bayi itu sudah dihantar ke Hospital Mersing dan kini ditempatkan di wad kanak-kanak,” katanya
pelik la nape la korang suka buang2 bayi ni....kasi aku la camni....masih lagi ada org x bangang camni kan..pelik2
Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, Zaharah bersama suami, Abd Rahman Omar, 59, serta cucu sedang menonton televisyen apabila dikejutkan dengan jeritan jiran mengatakan ada bayi di tepi rumahnya.
Dia keluar sebelum menemui bayi berkenaan yang berbalut kain batik sedang menangis.
“Bayi lelaki itu mungkin baru dilahirkan berdasarkan keadaannya yang masih bertali pusat serta berlumuran darah.
“Saya membawa bayi itu masuk sebelum membersihkannya,” katanya.
Abd Rahman pula membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mersing.
“Sebelum kejadian, saya melihat kelibat kereta tidak dikenali berlegar di kawasan ini dan mungkin mereka yang menjadi dalang membuang bayi berkenaan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Mersing, Deputi Superintendan Mohd Nor Rashid berkata, sebaik mendapat maklumat sepasukan polis dihantar ke lokasi kejadian.
“Bayi seberat 2.4 kilogram itu dipercayai berketurunan Melayu selain baru dilahirkan kurang 24 jam lalu.
“Bayi itu sudah dihantar ke Hospital Mersing dan kini ditempatkan di wad kanak-kanak,” katanya
pelik la nape la korang suka buang2 bayi ni....kasi aku la camni....masih lagi ada org x bangang camni kan..pelik2
Monday, November 1, 2010
aku benci hospital kerajaan>>>>HOSPITAL TAMPIN
...ello nk ape......nk buat apa.....jap2 lg bleh x......camtu ker seorang kakitangan kerajaan menjawab sesebuah panggilan.....dh la awak tu..berpangkat...sepatutnya kasi la contoh skit...bila kita tegur...macam2 dia jawap....apa ni....tau la awak tu'SISTER'...bz plak tu..tggu aku nk wat surat repot....kurang ajar btol.....dh la staff...semua nk tunjuk kepala angin jer...apa la..klu semua orang macam "SISTER" ni rosak sesuatu organisasi.......senang cite...pi la pencen awal.......wat sakit hati jer
Thursday, October 21, 2010
Diet cara saintifik: bagaimana untuk mengira kalori?
Langkah 1: Kira Berat Badan Sasaran, guna formula BMI
Kira BMI terkini korang, then kira plak berapa berat yang perlu korang buang. BMI Idle korang (BMI Idle ialah antara 18-25, Overweight 25-30, Obese 30>). Contoh pengiraan:
Berat terkini 140Kg, Tinggi pula 1.5m (memang clearly obese la kan).
Formula: BMI = Berat dalam Kg / (Tinggi dalam meter)^2
= 140Kg / (1.5m)^2
= 62.2 Kg/m^2
Sememangnya super duper obese la bmi 62.2 ni, nak turun pulak sampai sekurang-kurangnya dapat bmi 25, so berapa ek nak buang? Sebab kita ni kadang-kadang dah tak bleh nak tinggi lagi bila melepasi umur 20 tahun, maka kita kena jugak adjust weight kita ni. Kira expected weight (berat target) dulu la jawabnya.
Berat target (kg) = BMI target X (Tinggi dalam meter)^2
= 25 X (1.5m)^2
= 56.3 Kg ~ 56Kg.
Berat perlu dibuang = Berat terkini – Berat target
= 140 – 56
= 84 Kg.
Mesti korang kata, gila ke apa nak buang sampai 84Kg. Di sini, biar aku jelaskan, itu bukan perkara mustahil. Nak buang 84Kg, maksudnya kena makan masa 84 minggu, lebih kurang setahun setengah juga la, tapi itu bukan suatu masalah. Yang penting disiplin dengan program, that’s the key of success. Kalau rasa 84Kg tu terlalu banyak, boleh je kita nak buat sub-goal dulu, seperti nak turunkan berat sebanyak 20Kg dulu, then bila dh lepas tu, naikkan sket untuk turun 30Kg plak. Sikit2 lama2 jd bukit, betol tak?
Langkah 2: Senaman
Secara jujur, korang tak perlu nak senaman sebenarnya kalau nak turunkan berat badan, dengan syarat korang ambil dalam 1000Kcal je makanan dalam sehari untuk turunkan seurang-kurangnya 1Kg/seminggu. 1000Kcal je sehari? Memang gila sebab itu sangat merbahaya untuk kesihatan, silap haribulan, boleh dapat sakit berkaitan gastro usus atau lebih popular dipanggil gastrik. Jadi, kena makan banyak la jugak ye? Yup. Kena makan, tapi dengan cara yang betul, seperti yang aku akan cerita nanti. Jadi kalau dah makan kena banyak, macam mana nak turun berat? Senaman la jawabnya. secara umum, ada 2 jenis senaman yang korang mungkin tahu, iaitu Cardio orientated dan Strength orientated. Apa kemenda 2 benda tu? Cardio ni ialah bentuk senaman yang menguji dan memperbaiki stamina apabila sesuatu perbuatan diulang banyak kali dalam tempoh2 tertentu, manakala Strength pulak adalah bentuk senaman yang menguji dan memperbaiki kekuatan otot. Contoh senaman Cardio ni ialah Jogging, briesk-walking, skipping, berenang, bermain futsal, etc. Manakala contoh senaman strength ialah weight lifting, push-up, etc.
Umumnya, aku hanya bersenam 4-5 hari seminggu sahaja, di waktu pagi, dengan jadual yang berikut, tapi korang tak semestinya nak ikut jadual ni, terpulang kepada individu dan kelapangan la:
Isnin: Jogging (30 minit non-stop, burn about 300Kcal-400Kcal)
Selasa: Bermain dengan Dumbell (1 Jam).
Rabu: REHAT
Khamis: Jogging (30 minit)
Jumaat: Bermain dengan Dumbell (1 Jam)
Sabtu: Jogging (30 minit)
Ahad: REHAT
Korang mesti perasan, kenapa aku lebihkan ‘jogging’ daripada ‘bermain dumbell/weight training’, ini tidak adil!! (dialog cerita 3 abdul). Jawapan aku mudah saja. Ini kerana antara 2 jenis senaman aku sebut tadi, senaman cardio lah yang paling berkesan untuk BAKAR lemak. Yup, anda tak salah dengar. Tapi, kenapa ya? Ini kerana senaman cardio ni banyak guna tenaga dan paling penting, ia mudah dilakukan. Ada sesiapa disini yang tidak tahu berlari? Berjalan? Memang mudah kan? Dan tips yang paling mudah, ini aku belajar dari Kevin Zahri la, seelok-eloknya buat cardio ni bila perut kita tak berisi makanan sekurang-kurangnya 4-8jam. Sebabnya mudah saja, sebab pada ketika inilah glucogen level dalam badan kita sangat rendah sehinggakan dalam 15 minit jogging saja, ianya akan habis, dan pada ketika ni lah badan kita akan cari sumber tenaga alternatif: BODY FAT aka LEMAK. Sebab itulah seeloknya jogging sebelah awal pagi (lepas bangun tido) sebab waktu tu perut kita kosong lagi, kalau tak boleh gak (faktor busy), boleh gak jogging waktu2 lain, tapi pastikan perut kosong dengan carbohydrate sekurang-kurangnya 4-8 jam la, dan tempoh jogging tu pulak hendaklah melebihi 20 minit, sure korang burn fat. Tapi jangan lupa minum air kosong pulak ye, kang korang dehydrasi pulak.
Langkah 3: Diet
Ramai orang salah anggap maksud diet ni. Sebut je diet, mesti ingat maksudnya nak kurus. Tak, itu definasi salah. Sedangkan Diet ni maksudnya cara korang makan. Even makan burger hari2 pun dikira diet gak, tapi diet tak sihat la. Dan bila sebut pasal diet, pasti tak lari dengan istilah kalori (Kcal). Kalori ni ialah suatu unit tenaga. Korang beli apa2 produk makanan, pasti ada label makanan yang tulis jumlah kalori, protein, carbs, fat, sodium, etc. Even ramai juga antara kita mesti tak tahu, yang setiap orang mempunyai had kalori yang berbeza, bergantung pada berat badan masing2 (ada cara/formula untuk kira dia, tapi aku tak nak tulis disini sebab tak mahu kepala korang pening nanti). Kalau korang rajin nak belajar kira kalori gak macam aku, sila komen pada post ni di bawah.. (aku nk tahu berapa ramai yg sungguh2 nak balaja)
Tapi kalau korang rasa malas nak kira, ikut tips aku yang amat mudah ni (berdasarkan pengalaman aku la, dah nama aku buat hari2).
1. Makan 5 kali sehari: Breakfast, Lunch, Tea-break, Dinner, Supper (minum segelas susu sahaja). And Never skip your meals. NEVER.
2. Breakfast: makan roti, esok makan oat, lusa makan nasi lemak (setengah pinggan). Lepas tu aku akan ulang menu yang sama, so siapa cakap nak kurus kena elak makan nasi lemak? Minum pulak aku minum samada susu lembu, milo atau teh, tapi hanya guna satu teh gula saja dalam setiap gelas. Selalunya aku tak taruh gula langsung la.
3. Lunch dan Dinner: aku makan segenggam nasi/setengah pinggan saja dalam setiap hidangan, ¼ pinggan untuk sumber protein (ikan, ayam, etc), ¼ lagi untuk sayuran. Elakkan ambil kuah dari lauk2 tersebut sebab berminyak. Untuk permulaan, cuba hadkan kuah tu dengan 1 sudu saja, bila dah lama2 tu, kalau dah biasa tu tak payah bubuh kuah terus. Lagi satu, jangan makan kulit ayam, dan kurangkan makan daging sebab daging lembu banyak saturated fat. Dada ayam dan makanan laut adalah pilihan protein yang terbaik.
4. Cravings? Makan keropok, cekedis, coklat, aiskrim dihadkan hanya untuk hujung minggu saja, tapi ingat, jangan berlebih2. Memang nikmat la dapat makan waktu tu, sebab dapat makan seminggu sekali je kan, memang nikmat dia 1000X daripada kalau kita makan benda2 tu hari2. Maksure juga tengok jumlah kalorie dalam makanan tu kat label “maklumat pemakanan”. Secara tak langsung, korang akan ‘berjaga-jaga’ dengan jumlah cekedis yang korang nak makan.
5. Tingkatkan metabolism = burn calorie dengan efisyen = turun berat dengan cepat!! Tapi macam mana nak tingkatkan metabolism? Makan banyak sayuran dan buah-buahan (Vitamin B, Taurina), dan sekali sekala minum juga teh dan kopi, sebab caffeine juga mampu tingkatkan metabolism.
6. Elakkan minum benda-benda manis. Macam dalam kes aku, aku kadang2 tak ambil gula terus dalam seminggu, sebab aku tahu aku boleh dapat glucose dan carbohydrate dari sumber lain (buah, sayur, nasi, roti). Banyakkan minum air kosong, about 8 glasses per day.
Itulah sahaja tips2 yang aku amalkan. Semoga korang juga akan mencapai maklamat untuk turun berat badan. Tapi ingat, jangan terlalu ekstrem ok? Kalau korang rasa tiada perubahan tu, korang cubalah muhasabah diri, tanya diri sendiri kenapa tak turun. Sebab setahu aku, nak turun berat ni tak susah asalkan kita sabar, dan terus berikan 200% komitmen dengan tips2 tadi.
Monday, September 27, 2010
salam...selamat pagi...aku kembali
hari ni selasa 28.09.2010...lame aku x bercerita dlm ni.....aku baru masuk keje ni.....lame bercuti.......bukan cuti sebab beraya..sebab cuti sakit beb....arghhhhhhh...x tahan aku..........ini kali kedua aku kena sakit belakang............sape pernah kena........merana hidup beb...nak jalan susah............nak bongkok susah.........sakit tau..........aku dah la keje stor..kena angkat barang berat-berat beb.....dah macam orang tua la plak hahahahahaha...................nasib baik mak mertua aku datang KL ni....ni bleh mengurut................trus aku minta dia mengurut..............lega la skit....pastu trus aku balik kg.....sapa-sapa yg x reti jaga pinggang tu...harap2 la jaga elok tau...merana hidup...kita ni muda lagi......
Wednesday, August 25, 2010
Anterior cruciate ligament..korang tau ape tu

ni pesakit yg aku jaga selama 5-6 hari di wad trauma...sape lg klu bukan bini sendiri.......hehehe...cian aku tgk keadaan bini aku......sakit tu....sumpah pasni aku kena jaga2 lutut ni.......klu sape x hati2....kena la tu......ala lg pn bini aku ni jenis aktif bersukan.........dia kena pn bkn sebab bersukan...sebab tgh keje main game kawai hehehe......aku selama dia duk wad......selama itu la aku tido kt wad...............letih beb...duk jage jer....tp bini aku mmg rock.......dia mmg kuat....sakit camne pn dia tahan je.....tp aku kecian plak bile tgk dia menangis....skt siot....dia kata cam menhiris daging...iskkkk takut plak aku dgr.......ni skang aku kt umah rehat....wat mase skang ni aku nk cari obt agar dia cpt sembuh............nk raya ni beb
Sunday, August 1, 2010
http://jonasroom.blogspot.com/
Subscribe to:
Posts (Atom)




