Thursday, July 25, 2013

Ikan Bakar Air Asam

Resipi Ramadhan sumbangan Chef Ismail, dipetik dari ‘Kuisin Warisan Melayu’
Kredit: Restoran Rebung, Bangsar, Kuala Lumpur

Bahan-bahan


Dikisar halus-halus
Cili merah 3 tangkai Cili padi 6 tangkai Belacan serbuk 1 sudu besar

Dihiri nipis-nipis
Bawang besar 1 biji, dikupas Bunga kantan 1 kuntum Daun kesum 4 tangkai Tomato 2 biji

Perasa
Asam jawa 250g, diramas dengan 6 sudu besar air dan diperah airnya Air limau nipis 125ml Garam dan gula secukup rasa

Cara
Bubuh bahan-bahan yang dikisar ke dalam mangkuk dan tambah air asam jawa dan air lima nipis. Kacau biar rata.
Masukkan bahan-bahan yang dihiris, kacau dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Catatan chef:
Boleh juga ditambah hirisan limau purut untuk mendapatkan aroma yang lebih segar.

Thursday, July 18, 2013

Demam denggi



Tips & Petua Merawat Demam Denggi ::
>minum air suam / air masak<
*minum air banyak², kalu kene tahan wad pun depa akan masukkan air juga dalam badan kan
>sup ketam<
*xkisah la ketam nipah ke ketam laut ke masak sup kemudian makan dan hirup kuah sup ketam tu

>jus daun betik<
*Dapatkan daun pokok betik yang matang dan bersihkan daun itu. Kemudian tumbuk daun itu dan perah untuk dapatkan jusnya. Minum satu sudu kecil jus itu.(Saya nasihatkan jangan campur dengan air, kerana jus itu sangat pahit. Lebih senang minum satu camca kecil daripada segelas air yang pahit).

>jus buah kiwi<
 *blend buah kiwi fresh kemudian minum jusnya
 
>jus kurma<
*blend kurma 10 - 20  biji besama segelas air suam, bagi minum setengah gelas pagi,setengah gelas ptg.setiap hari sehingga sembuh.

>jus jambu<
*khasiat air jambu boleh melawan radikal bebas

>jus pegaga<
*blend pegaga fresh kemudian minum jusnya

>tembikai merah<
*makan tembikai merah banyak2.. wah, best lah petua ni.. sebab mmg suka tembikai
 
p/s : 

1)  Nasihat doktor, elakkan makanan pedas dan berminyak sebab boleh akibatkan gastrik... Org demam selalu tak ada selera makan. 

2) Org demam denggi tidak digalakkan gosok gigi kuat-kuat, utk elak pdarahan kat gusi...nak gosok pun ala kadar je...anyway...

3)  kita sbg org sakit kena bersangka baik dengan Allah... banyak2 minta ampun kerana sakit ini mungkin sbg kaffarah/balasan atas dosa kita atau ujian Allah atas kita...redha dan doa smg dgn sakit itu terhapus dosa2 kita... jgn tinggalkan solat walaupun sakit.... solat duduk sbb berdiri terhoyong hayang / nak rebah... jangan lupa berfikiran positif bahawa kesembuhan itu datang daripada Allah juga... doa byk2..



Halia baik untuk kesihatan


Memang terbukti halia adalah satu asas makanan yang pasti ada di dapur anda. Halia bukan sahaja digunakan dalam masakan dan minuman, tetapi dalam ubat – ubatan tradisional juga.

Menurut seorang doktor di India, halia yang kaya dengan mineral bermanfaat seperti kalsium, fosforus, besi, magnesium, zat besi dan beberapa mineral penting yang lain . Disebabkan itu juga, halia sangat popular di kalangan masyarakat India untuk mengubati masalah penghadaman dan juga pernafasan.

Tahukah anda bahawa terdapat beberapa tips untuk anda pelbagaikan penggunaan halia. Lihat senarai di bawah.

Halia sebagai pembuka selera
Apabila anda makan halia sebagai pembuka selera, ia dapat mengelakkan anda daripada diserang penyakit pedih hulu hati selepas makan. Ia juga meningkat sistem penghadaman anda dengan membuang toksin. Cara makannya, hiris halia dan sejukkan seketika. Jika anda tidak tahan rasa pahitnya, gaulkan dengan sedikit gula dan perah sedikit air limau nipis dan kunyah halia sebelum makan.

Halia pengganti ubat selsema dan batuk
Jika tiba-tiba anda diserang selsema dan batuk di tengah malam dan tidak mempunyai ubat batuk di rumah, apa yang ada boleh buat adalah rebus halia dan minum jusnya. Terbukti halia akan membantu menghilangkan batuk dan selsema anda sekurang-kurangnya sehingga esok pagi. Halia juga membantu mengurangkan pening kepala termasuk migrain. Jadi, sesiapa yang susah makan ubat, boleh cuba tips ini.

Halia mengurangkan rasa loya ketika perjalanan jauh
Mungkin ada di antara anda yang berasa loya apabila memulakan perjalanan jauh. Tak kira la sama ada menaiki bas, kereta, kapal terbang ataupun bot. Jika ada mengalami rasa loya itu, kemam halia dalam mulut anda. Halia akan memudahkan enzim percernaan yang membolehkan proses pencernaan dengan cepat. Halia juga dapat membantu anda menstabilkan kembali rasa loya tersebut.

Halia pengubat sakit otot
Halia kering mempunyai analgesic dan anti radang yang digunakan secara terapeutik untuk mengurangkan sakit sendi dan radang artritis. Lebihkan penggunaan halia dalam masakan anda ketika anda mengalami sakit ini. Sedikit sebanyak ia dapat meredakan sakit anda.

Wednesday, July 10, 2013

KURMA

Umat Islam memang sudah biasa dengan amalan sunnah memakan buah kurma pada bulan ramadhan dan puasa sunat. Tapi sebenarnya apakah kelebihan atau keistimewaan buah kurma, terutamanya sebagai pembuka puasa? Jom kita teliti kandungannya:





1.Gula Ringkas: Ia mengandungi fructosa dan dekstrosa (glukosa atau gula ringkas) yang membekalkan tenaga yang cepat. Memang sesuai semasa berbuka.

2.Serat atau fiber: Kurma bukan sahaja memberikan tenaga cepat melalui gula ringkas, malah fiber/serat sesuai untuk penghadaman dan memberikan tenaga yang berpanjangan. Fiber memang sesuai untuk memperlahankan penghadaman dan tidaklah memberi kejutan kepada perut yang kosong. Juga sebagai “alas perut” sebelum memakan makanan yang lebih berat.

3.Rendah Sodium: Ini penting pada waktu di mana kita kekurangan air. Makanan yang tinggi sodium (garam) mempercepatkan dehydration.

4.Tinggi Potassium: Potassium penting dalam menyeimbangkan bendalir badan, termasuklah kawalan denyutan jantung dan tekanan darah.

5.Antioxida: Kurma kaya dengan antioxida seperti beta-carotene, lutein and zeaxanthin. Mungkin bukan faktor penting apabila berpuasa tetapi tetap ada kebaikan untuk sistem imunisasi badan.

6.Lain-lain: Kurma juga kaya dengan protein, vitamin B1, B2, B3 and B5, A dan C. Selain itu juga mengandungi kalsium, manganese, copper, besi (iron) dan magnesium.

Buah Kurma Boleh Menggemukkan Tak?

Ya. Ia tetap berkalori (dalam 30-60 kalori/kurma bergantung kepada saiz dan kemanisan), jadi jangan berlebihan. 2 biji kurma untuk berbuka sudah memadahi.

FUCK

F.U.C.K @ fuck



Di zaman kegelapan Eropah, atau lebih tepat lagi Inggeris, apabila seorang pemuda hendak bernikah dan "bersama" isterinya, mereka perlu mendapatkan kebenaran daripada raja atau pembesar daerah.



Setelah raja atau pembesar (yang diberikan kuasa) menilai (menjamah tubuh), gadis itu sudah diperkira wanita dan diberikan kebenaran "bersama" suaminya untuk memperoleh anak.



Pasangan tersebut akan diserahkan surat keizinan "Fornication Under Consent of the King", atau ringkasnya ialah "F.U.C.K". Dalam kata lain lesen untuk raja atau pembesar itu berzina terlebih dahulu sebelum si gadis berkahwin secara sah dengan bakal suaminya.



Jika dirujuk kamus-kamus besar pula, singkatan F.U.C.K sudah diterima sebagai sebuah frasa; fuck, yang membawa maksud 'bersenggama', 'bersetubuh', 'berjimak' dan sebagainya secara di luar ikatan nikah. Ringkasnya bolehlah disamaertikan dengan 'selingkuh', bersetubuh di luar nikah, zina atau perbuatan jalang!



Hakikatnya, akronim fuck pada hari ini sudah berkembang dan punyai pelbagai pengertian. Terutama apabila digabungkan dengan perkataan lain, seperti "Fuck Off" bermaksud "berambus dari sini", "fuck it"; biarkan sahaja, atau abaikan sahaja, "fuck you"; engkau sial, celaka; "motherfucker", anak derhaka atau anak sial.



Abbreviasi "F.U.C.K" yang kini menjadi akronim "fuck" sebenarnya bermaksud untuk menggambarkan perasaan kekesalan, kemarahan dan dukacita yang mendalam. Dalam kata lain, penutur mahu membayangkan kondisi emosi yang "amat sangat'" meruntun jiwanya.



Di barat terutama Amerika, kosa kata fuck sudah semacam rempah perisa yang viral diguna pakai di dalam dunia perfileman, penerbitan media elektronik atau bercetak termasuklah di media massa dan media sosial baharu. Lantaran itu, frasa tersebut semakin sebati dalam kalangan masyarakat mereka. Bahkan sudah membarah lalu menular menjadi budaya popular (popular culture).



Sebahagian besar sarjana budayawan, kemasyarakatn dan kesusasteraan berpendapat bahawa budaya popular adalah budaya 'vulgar' yakni budaya kasar tahap rendahan; cetek, dangkal (superficial), yang bersifat sensationalist, komersial dan tempelan suka-ramai (glamorous).



“I want to tell you about some of the difficulties I have with the term ‘popular’.



I have almost as many problems with ‘popular’ as I do with ‘culture’. When

you put the two terms together the difficulties can be pretty horrendous.”

Stuart Hall, ‘Notes on Deconstructing “The Popular’’ ’ (1981: 227)

Budaya popular bermaksud sesuatu yang disukai ramai, ‘inferior kind of work’, sesuatu yang sengaja dikeluarkan untuk mandapat restu dari masyarakat dan sesuatu budaya yang dibuat oleh rakyat untuk rakyat (Williams, R dalam Storey, J 1993).





Kesimpulan



Namun bagi mereka yang masih teguh berpegang kepada "budaya unggul" dengan mengutamakan soal "manusia budiman" (ladies & gentleman quality), penutur perkataan tersebut dilihat seperti tiada adab, sangat nakal, jahat, biadab, tidak reti berbahasa dan tiada berbudi perketi mulia.



Sebagai Muslim atau setidak-tidaknya manusia timur yang menjunjung adab sopan dan berbudaya tinggi; sementelah kita di bulan Ramadan, penutur kata 'fuck' itu seharusnya sedar bahawa mereka sudah merendahkan maruah diri sendiri. Mereka sebenarnya menggambarkan peribadi yang cedera; rosak dengan merendahkan martabat dan darjat sendiri. Jika tersalah hemat sudah tergolong dalam golongan "terkurang ajar" yang perlu didisplinkan.