Wednesday, January 18, 2012

telorrr

Telur

Telur atau nama Inggerisnya egg telah menjadi seperti satu makanan yang sangat penting bagi penduduk di Malaysia. Biasanya, telur dimakan semasa sarapan pagi. Ada pelbagai jenis masakan yang mengunakan telur. Contohnya;

  • Roti telur (roti canai yang berisi telur)
  • Telur separuh masak
  • Telur rebus (biasanya dimakan bersama nasi lemak atau bihun goreng)
  • Telur goreng mata kerbau (juga dimakan bersama nasi lemak dan hidangan lain)
  • Kek
  • Bahulu

Dan pelbagai lagi makanan yang memerlukan telur sebagai antara bahan utama. Di Malaysia, telur ayam menjadi pilihan utama selain telur itik.

Nilai Zat Makanan

Telur membekalkan pelbagai jenis zat makanan yang sangat penting kepada badan. Antaranya ialah;

  • Protein
  • Asid Amino
  • Vitamin A
  • Vitamin B2 (Riboflavin)
  • Vitamin B9 (Asid Folik)
  • Vitamin B6
  • Vitamin B12
  • Zat Besi
  • Kalsium
  • Fosforus
  • Potassium
  • Vitamin D
  • Vitamin E

Yang menariknya, semua vitamin A, D, dan E berada dalam kuning telur. Ramai yang tidak memakan kuning telur kerana dikatakan boleh mengemukkan. Ada benarnya fakta itu kerana, sebiji kuning telur mempunyai kalori sebanyak 60 kcal sedangkan putih telur hanya sekitar 15 kcal. Adalah disarankan kita mengehadkan pengambilan telur kepada sebiji sehari sahaja kerana kandungan lemak pada telur adalah tinggi dan sebiji telur sahaja telah memenuhi 60 peratus daripada keperluan lemak dalam badan kita.

Kandungan Dalam Telur

Untuk nilai yang spesifik dalam telur, berikut adalah nilaian yang ada dalam secawan telur yang direbus keras.

  • Vitamin A = 797IU
  • Vitamin E = 1.4mg
  • Vitamin K = 0.4mcg
  • Thiamin = 0.1mg
  • Riboflavin = 0.7mg
  • Niacin = 0.1mg
  • Vitamin B6 = 0.2mg
  • Folate = 59.8mcg
  • Vitamin B12 = 1.5mcg
  • Pantothenic Acid = 1.9mg
  • Choline = 306mg
  • Betaine = 0.8mg
  • Karbohidrat = 1.5g
  • Gula = 1.5g
  • Jumlah Lemak = 14.4g
  • Asid Lemak Omega 3 = 106mg
  • Asid Lemak Omega 6 = 1616mg
  • Kalsium = 68mg
  • Zat Besi = 1.6mg
  • Magnesium = 13.6mg
  • Fosforus = 234mg
  • Potassium = 171mg
  • Sodium = 169mg
  • Zink = 1.4mg
  • Selenium = 41.9mcg
  • Flouride = 6.5mcg
  • Kolestrol = 577mg (dalam kuning telur)
  • Protein = 17.1g

Nampaknya banyak betul zat makanan yang terkandung dalam telur. Cuma kena berhati-hati dengan kandungan lemak yang terlalu tinggi dalam telur. Eloklah telur ini dimakan dengan merebusnya sahaja. Jika digoreng, lemak dari minyak gorengan akan meningkatkan jumlah kalori yang tidak baik untuk tubuh kita.

oat

Oat

Oat adalah satu jenis makanan yang sihat dan agak terkenal dikalangan orang Malaysia. Biasanya oat dimakan sebagai sarapan pagi. Namun begitu, oat tidak begitu popular kerana rasanya yang tidak begitu enak walaupun nilai khasiatnya tinggi. Dengan keadaan obesiti di Malaysia yang tinggi sekarang ini, media masa hebat mengatakan bahawa oat ini boleh menyerap lemak atau kolestrol.

Oat tergolong dalam kumpulan bijirin dengan nama sainsnya Avena Sativa. Oat ditanam dinegara beriklim sejuk dan pengeluar utama oat dunia adalah seperti berikut;

  1. Russia
  2. Kanada
  3. Amerika
  4. Poland
  5. Finland

Manakala oat di Malaysia adalah 100% diimport dari luar negara.

Nilai Khasiat

Oat mempunyai elemen yang boleh menurunkan kadar kolestrol dalam darah manusia. Kolestrol LDL (kolestrol jahat) boleh dikurangkan dengan pengambilan oat yang berterusan. Penurunan LDL bermakna, risiko untuk mendapat sakit jantung juga menurun dengan kadar yang banyak.

Berikut adalah nilai zat makanan yang terkandung dalam satu sajian (lebih kurang 35gram)

  • Tenaga = 129kcal
  • Protein = 5g
  • Jumlah Lemak = 3g
  • Lemak Tepu = 0.6g
  • Monounsaturated Fat = 1.2g
  • Polyunsaturated Fat = 1.2g
  • Trans Fatty Acid = 0g
  • Kolestrol = 0g
  • Karbohidrat = 22g
  • Fiber/serat = 1.5g
  • Zat Besi = 1.6mg
  • Magnesium = 36.4mg
  • Sodium = 1.3mg
  • Zink = 0.9mg

Kebaikan Mengamalkan Oat

Walaupun rasanya yang tidak enak, oat amatlah baik untuk kita amalkan. Dengan hanya 30-40g sehari, kita telah membekalkan badan kita dengan 10% keperluan protein badan kita seharian dan merendahkan kemungkinan menghidapi penyakit jantung.

Cara Ringkas Menyediakan Oat yang Enak

Bagi saya, untuk makan oat sebanyak 35g setiap hari adalah satu dugaan besar kerana rasanya yang tidak enak. Rasa yang tidak enak akan menyebabkan kita cepat berputus asa, atau hilang keseronokan untuk memakannya.

Namun begitu, saya telah temui cara yang sangat mudah, enak dan menyihatkan untuk kita sediakan “minuman oat” dan masa penyediaannya hanya 2 minit!

Caranya;

Bahan:

  1. 2 sudu besar Formula 1 (perasa Cappuccino, Coklat, Vanilla atau Strawberry)
  2. 35g oat segera (tak perlu rendam atau masak)
  3. 250ml susu soya
  4. 250ml air kosong
  5. 4 ketul ais (sederhana)

Cara penyediaan:

  1. Masukkan semua bahan di atas ke dalam blender
  2. Kisar selama 1 minit

Siap untuk diminum!

Minuman ni kena minum secepat yang mungkin, jika tidak ia akan menjadi terlalu pekat sebab oat akan mula menyerap air dan mengembang.

Mengikut pengalaman saya, jika kita jadikan minuman ini sebagai sarapan, kita akan berasa kekenyangan selama hampir 5-6 jam. InsyaAllah. Dengan ini juga, kita berjaya memberikan zat makanan yang cukup kepada badan kita dan dalam masa yang sama, kita akan ke arah untuk menurunkan berat badan jika kita sedang berdiet.

Selamat Mencuba!

Air dan Diet

Air sebenarnya adalah satu elemen yang sangat penting untuk badan kita. Ramai yang tahu air ni penting, tetapi tak sedar yang sebenarnya kita kekurangan air. Orang yang tinggal di negara sejuk pun minum lebih banyak dari apa yang kita minum. Minum air secukupnya sepatutnya menjadi tabiat kita. Kita perlu air kerana;

  1. Tubuh kita terdiri daripada 70% air
  2. Air diperlukan untuk mengawal suhu badan
  3. Darah kita 83% air
  4. Otot kita 77% air
  5. Tulang kita 22% air
  6. Air mengelakkan “takungan air” atau water retention
  7. Mengangkut oksigen dan zat makanan dalam badan
  8. Melembapkan kulit dan tisu badan
  9. Mengelakkan sembelit
  10. Melembapkan rawan untuk serap hentakan
  11. Membantu menguatkan otot
  12. Mengelakkan kekeringan


Berapa banyak air yang perlu kita minum?

Kuantiti air yang kita perlu minum bergantung kepada jantina, saiz badan, umur, keadaan kesihatan, makanan harian kita, tahap aktiviti fizikal, cuaca dan ubatan yang diambil. Tetapi, kita selalu disarankan untuk meminum sebanyak 2L (8 gelas air dalam sehari). Mengikut kajian yang saya buat, untuk mengira kuantiti air yang kita perlu minum, kita bahagikan berat kita dalam KG dengan 25. Hasilnya, itulah kuantiti air yang kita perlu minum dalam sehari.

Contoh: Berat kita 75kg bahagi 25 = 3. Maka, air yang perlu kita minum ialah 3 liter.


Cara minum air yang betul

Agama Islam tidak mengalakkan kita minum sambil bernafas dan kita perlu minum dengan perlahan-lahan. Saya telah mengamalkan minum air dengan cukup selama hampir 4 tahun lebih sekarang. Hasilnya;

  1. Apabila orang kesejukan, saya rasa seperti biasa sahaja
  2. Apabila orang kepanasan, saya tidak begitu panas berbanding orang lain
  3. Saya tidak pernah mengalami masalah sembelit
  4. Saya tidak pernah pening kepala
  5. Kulit saya sentiasa lembap

Untuk minum air dengan betul, saya sarankan agar;

  • Minum 2-3 teguk setiap 10-15 minit
  • Minum segelas air sebelum makan
  • Segelas air lagi selepas makan
  • Tidak minum semasa makan

Hasilnya, sangat memberangsangkan.


Minum air kosong boleh kuruskan badan

Fakta yang sangat mengejutkan. Kenapa? Air ni boleh kita katakan murahlah. Lagipun, untuk mendapatkan produk penurunan berat badan yang baik, harganya agak mengugat poket. Kalau kita tak nekad untuk berubah, mungkin kita akan membazir.

Air boleh membantu menurunkan berat badan kerana;

  • Kalori dalam air kosong, tiada lemak, tiada minyak, tiada gula. Jika air kosong menganti air manis, kita boleh kurangkan pengambilan kalori
  • Air boleh mengawal selera makan!
  • Air boleh bantu kita dari terlebih makan. Sebelum makan, kita minum air kosong segelas. Mesti kita makan kurang dari biasa.
  • Kalau kita rasa lapar belum pada masanya, cuba minum air, kebanyakkannya, rasa lapar akan hilang. Sebenarnya kita ditipu otak, kita dahaga bukannya lapar!

Tips untuk Minum Air dengan Cukup

  • Sentiasa tanamkan dalam akal kita yang minum air ini ibarat kita mencuci filter….filter tu badan kitalah,
  • Selalu pegang botol yang berisi air berhampiran dengan kita. Tak perlu besar-besar. 500ml sudah memadai.
  • Setkan masa, contohnya, setiap sejam handphone kita bergetar menandakan masa untuk refill kita punya botol. Kalau handphone, kita cari kat “Timer”
  • Kalau ada budget, belilah filter air yang boleh pasang kat paip di dapur tu. Airnya lebih sedap dan murah kosnya berbanding beli di kedai.
  • Jika beli dari kedai, pilih botol yang bertutup putih. Airnya tidak mengandungi mineral, jadi ia ringan dan rasa sedikit manis. Mudah diminum dan tidak mengakibatkan rasa kembung. Harga yang bertutup putih ni murah. Sebotol 1.5L biasanya dalam RM0.60 ~ RM1.00. Ia dipanggil air minuman.

Botol Biru Botol Putih

  • Catatkan berapa kita dah minum. Beli buku 3 lima tu, tandakan bilangan botol yang kita dah minum.
  • Nikmati hasil usaha kita dengan kita kenang balik keadaan sebelum kita amalkan air dengan cukup dan selepas. Tentu kita terasa bezanya!

Mulakan Sekarang!

Banyak dah kita baca, sekarang, bangun dan dapatkan air kosong sebanyak 500ml. Habiskan dalam masa 30 minit! Buat sekarang! Dan teruskan amalan ini semoga saya dan semua pembaca blog saya dikurniakan kesihatan. Tak berusaha maka tak berhasil…..

Thursday, January 12, 2012

kek mari


happy birthday ke 21 hhahahahahahah udah lepas pn..saje aku x mau post awal.....