Ingatlah bahawa anda boleh gagal dalam apa sahaja dalam hidup asalkan tidak menjadi seorang yang gagal
Monday, September 12, 2011
“Awak gemuk! Awak tak cantik! Awakla perempuan yang paling hodoh sekali yang pernah saya jumpa?. Kenapalah pakaian awak macam penyanyi hip hop?,tudung
Mungkin ayat seperti ini pernah dilontarkan kepada wanita diluar sana. Kadangkala secebis hati rasa terguris dengan kata-kata sebegitu. Ada apa dengan cantik??. Wanita amat sinonim dengan perkataan cantik, lelaki juga kadangkala terpaku dengan kecantikkan yang dimiliki oleh wanita. Seraut wajah yang lembut dan menggoda mampu menarik perhatian sejuta lelaki. Begitu jua dengan wanita,mudah terbuai dengan pujian. Bagaimana pula dengan wanita yang tidak dikurniakan dengan seraut wajah yang cantik?. Kenapa perlu dihina raut wajah yang dimilikinya atau susuk badannya?. Sebenarnya itulah dunia,yang cantik dipuji, yang jelek dihina. Namun disebalik semua ini, diriku berasa bahawa hinaan yang dilemparkan merupakan hinaan yang dilemparkan kepada ciptaan yang Allah ciptakan. Mengapa manusia yang jelek perlu dihina?. Padahal Allah pernah berfirman bahawa sebaik-baik kejadian ialah manusia yang telah dilantik menjadi khalifah di muka bumi ini.Adilkah seandainya kecantikkan itu menjadi ukuran sehingga kadangkala ada yang sanggup berhabis wang ringgit untuk cantik ataupun manusia itu sendiri tidak pernah puas dengan apa yang Allah kurniakan atau berasa sedih dengan hinaan yang dilemparkan.Mengapakah Allah tidak menciptakan sahaja semua wanita itu dengan wajah yang cantik?. Jawapannya Allah menciptakan manusia dengan pelbagai rupa supaya kita hambaNya boleh berkenal-kenalan antara satu sama lain dan bukannya saling menghina. Kemungkinan hal ini terjadi kerana fitrah manusia yang sukakan dengan kecantikkan namun tidak semua yang cantik itu membawa kebaikan. Contohnya; ikan di lautan yang berwarna-warni selalunya beracun. Tinta ini buatmu wanita yang berasa lemah dengan hinaan manusia yang lain, usahlah berasa disisihkan kerana dirimu ciptaan yang Esa. Andai hinaan juga diterima ingatlah bahawa manusia yang sedang menghinamu cuba menghina ciptaan Allah. Balutilah dirimu dengan iman dan akhlak yang mulia,syurga menantimu buat yang sabar. Jadikanlah hinaan yang diterima sebagai pemangkin perjalanan hidupmu, kerana Allah tidak menilai hambaNya melalui kecantikkan paras rupa tetapi iman dan taqwa. Seindah hiasan ialah wanita yang solehah dan bukan wanita yang cantik paras rupanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment