Sunday, July 31, 2011

mana satu pilihan anda????






mana satu pilihan anda???? huhuhu



Pasti ramai yang meminati cerita bersiri/filem SUPERMAN...errmm...Superman ni ada banyak era gak...yang sempat dan pernah Kisah 69 tengok cuma 2 orang hero yang melakonkan watak superman nih iaitu Christopher Reeve dan Dean Cain...hah.berikut ialah senarai nama2 superhero yang terror terbang nih...check it out!
* Ray Middleton (1940 - 1944)
* Bud Collyer (1940 - 1949, 1966 - 1969)
* Kirk Alyn (1948 - 1950)
* George Reeves (1951 - 1958)
* Johnny Rockwell (1961)
* Bob Holiday (1966 - 1968)
* Bob Hastings (1966 - 1969)
* Danny Dark (1973 - 1985)
* David Wilson (1975)
* Jeff East (1978)
* Christopher Reeve (1978 - 1987)
* Beau Weaver (1988 - 1989)
* John Haymes Newton (1988 - 1989)
* Gerard Christopher (1989 - 1992)
* Dean Cain (1993 - 1997)
* Christopher McDonald (2002)
* Tim Daly (1996 - 2000,2006,2009)
* George Newbern (2001 - 2008)
* Tom Welling (2001 - present)
* Michael Dangerfield (2005)
* Yuri Lowenthal (2006 - 2008)
* Brandon Routh (2006)
* Adam Baldwin (2007)
* Kyle McLachlan (2008)* Mark Harmon (2010)
yang pastinya ini Superman kita....Superman 1 MALAYSIA....=)






KELAB REKREASI

jumaat lepas...meeting pertama Kelab Rekreasi PPUKM telah dijalankan...AJK2 Kelab telah dipilih banyak agenda-agenda di bincangkan bersama antara perancangan aktiviti dalam jangka masa 5 tahun:-

AKTIVITI MENDAKI
1. Ekspedisi Mendaki Gunung Kinabalu, Sabah [4,095 meter]
2. Ekspedisi Mendaki Gunung Murud, Sarawak [2,442 meter]
3. Ekspedisi Mendaki Gunung Tahan, Pahang [2,187 meter]
4. Ekspedisi Mendaki Gunung Korbu, Perak [2,183 meter]
5. Ekspedisi Mendaki Gunung Yong Belar,
Sempadan Perak / Kelantan [2,181 meter]
6. Ekspedisi Mendaki Gunung Gayong, Perak [2,173 meter]
7. Ekspedisi Mendaki Gunung Chamah, Kelantan [2,171 meter]
8. Ekspedisi Mendaki Gunung Yong Yap,
Sempadan Perak / Kelantan [2,167 meter]
9. Ekspedisi Mendaki Gunung Ulu Sepat,
Sempadan Perak / Kelantan [2,161 meter]
10. Ekspedisi Mendaki Gunung Irau, Pahang [2,110 meter]
11. Ekspedisi Mendaki Gunung Gunung Berembun, Terengganu [2,078 meter]
12. Ekspedisi Mendaki Gunung Rajah, [1,684meter]
13. Ekspedisi Mendaki Gunung Stong, Kelantan [1,422 meter]
14. Ekspedisi Mendaki Gunung Gunung Ledang, Johor [1,276 meter]
15. Ekspedisi Mendaki Gunung Telapa Buruk, Negeri Sembilan [1,193 meter]
16. Ekspedisi Mendaki Gunung Angsi, Negeri Sembilan [824 meter]

EKSPLORASI TAMAN NEGARA
1. Taman Negara Endau-Rompin, Johor
2. Taman Negara Belum, Perak
3. Taman Negara Pahang
4. Taman Negara Bako, Sarawak

RIVER RAFTING
1. Whitewater Rafting Sungai Selangor
2. Whitewater Rafting Jeram Besu
3. Whitewater Rafting Sungai Itek / Sungai Kampar
4. Bamboo Rafting Sungai Langat

LAIN-LAIN
1. Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Pahang
2. Extreme Sport
- Paintball
- Rock Climbing
- ATV Advanture
3. Survival Course
4. 4 X 4 Adventure
5. Cycling Tour
6. Beach Cleaning Awareness


fuhhhhh banyak kan macam biasa pada siapa yg nk join aktiviti ni HARUS lah menjadi ahli kelab dahulu.......sila tunggu borang pendaftaran akan diedarkan kan tau....tungguuuuuuuu

selamat berpuasa semua















selamat berpuasa semua...hari ni 1st puasa.....sahur tadi korang mkn ape yer.......mcm biasa aku bersahur dgn wife aku la.......nasib dia cuti.....


mcm biasa bile puasa jer..perot aku akan meragam...bukan buat2 yer......udah menjadi tradisi tahunan pasti akan sakit-sakit....pastu pening2 kepala.....tgk la nnt camne......kena la jaga pemakanan time puasa ni.......dah-dah pi bekerja semua........jgn lupe yer...kita berpuasa ni...jgn plak ada yang tetiba terrrrr mkn plak hahahahah.....aku percaya puasa pertama ni...rajin la.....esok-esok kita x tau la plak camne huhuhuuhuh




selamat berpuasa semua


from ichi & izah





Sunday, July 24, 2011

Kurus Itu Segala-galanya?








Manusia tak pernah puas. Yang kurus nak gemuk. Yang gemuk nak kurus. Tapi selalunya, yang gemuklah nak kurus. Kalau boleh nak kurus kering seringan kapas.

‘ Terlalu kurus’ tu bila angka BMI orang tu terletak bawah 18. Untukt mereka yang julat BMI antara 18-22, jangan nak memandai-mandai kata yang korang tu terlalu kurus ye, sebab terlalu kurus sangat pun sebenarnya tak elok.

Untuk yang gemuk sangat memang dah jelas jelas tentang penyakit yang berisiko dihadapi. Mentaliti orang kita ni, kalau kurus confirm sihat. Tak da penyakit! Sebenarnya TAK, kurus terlampau pon berisiko jugak. Antaranya…


1 - Osteoporosis
Tulang akan terjejas & tak sihat jika kalau kurus sangat. Diet kurang nutrien, lebih-lebih lagi kalsium, boleh sebabkan tulang jadi rapuh.

2 - Masalah Kesuburan
Ini penting!. Perempuan yang terlalu kurus berisiko untuk masalah haid yang tidak teratur dan sukar untuk hamil. Ada petua orang tua, kalau nak cari isteri cari yang badan ‘sedap sedap’ sebab yang ‘sedap sedap’ tu subur.

3 - Kurang Daya Tahan
Sistem imun tubuh badan yang lemah disebabkan individu tersebut tidak berupaya untuk melawan virus dan antigen. Menyebabkan orang yang terlalu kurus sering dijangkiti penyakit dan lambat pulih.

4 - Lesu
Terlalu kurus maybe menyebabkan mereka nampak lesu, pucat dan selalu sejuk, sebab kurang isipadu otot yang bekerja untuk bakar kalori.

5 - Keguguran rambut
Orang yang terlalu kurus selalu stress dan menyebabkan mereka kekurangan apa yang diperlukan untuk pertumbuhan rambut, dan hilang keupayaan untuk kawal suhu badan.Masalah rambut gugur ni selalu terjadi kepada penghidap aneroksia.




p.s.....Nah, kalau dah kurus macam ni, pasang kipas no.5 kat rumah pon boleh melayang. Badan sendiri, sendiri tentukan. Nak cantik atau nak sakit. Asalkan berat badan masih ideal, senaman 3x seminggu mungkin penyakit penyakit bahaya dapat dijauhi.=p





Mitos
* Memiliki sperma yang cair sering dianggap mandul sedangkan ia tidak tepat. Sebaliknya, penghasilan sperma yang subur dan normal bergantung kepada jumlah sperma, pergerakan dan kandungan sperma normal atau tidak.

* Sperma dikatakan tidak mampu menembusi pakaian. Jawapannya, salah! Kemungkinan untuk hamil tetap ada berdasarkan kepada ukuran sel benih bersaiz mikron untuk menembusi pakaian wanita.

* Amalan makan putih telur dianggap mampu menambah kandungan sperma - ini hanyalah mitos! Ini kerana jumlah penghasilan sperma bergantung kepada saiz buah zakar. Untuk mendapatkan jumlah sperma yang mencukupi, adalah digalakkan untuk mengambil makanan bergizi dan berprotein. Secara teori, kuning telur sebenarnya lebih banyak zat berbanding putih telur!

* Ada pandangan menyebut lelaki tidak akan mengeluarkan sperma selepas proses ejakulasi. Jawapannya tidak benar! Ini kerana sperma masih boleh dikeluarkan biarpun kandungan sperma sudah berubah dan tidak banyak seperti lazim.



sperma


Fakta

* Secara purata kira-kira 100 juta sperma terkandung dalam setiap ejakulasi lelaki.

* Dalam hubungan seks, air mani diejakulasi ke hujung faraj. Sperma perlu berenang dari dalam faraj menembusi serviks (pintu rahim), merentasi ruang dalaman rahim menuju ke tiub falopio kanan dan kiri serta penghujung tiub ini untuk bertemu dengan ovum (jika ada) untuk membolehkan persenyawaan berlaku.

* Saiz buah zakar mempengaruhi bilangan sperma dan saiz melebihi 12 ml dianggarkan isi padu buah zakar yang sihat dan kurang dari itu mungkin menghasilkan kurang atau tiada sperma.

* Air mani keluar secara memancut apabila lelaki mencapai klimaks. Keadaan itu berlaku akibat proses percetusan sistem pancutan atau ejaculatory system.

* Jika ejakulasi berlaku berulang kali, ejakulasi seterusnya menyebabkan pengeluaran air mani tidak lagi memancut. Air mani hanya meleleh walaupun lelaki itu muda.

* Kandungan sperma dalam air mani ialah antara dua hingga lima peratus. Sebilangan besar isi padu air mani ialah cecair dari pundi prostat (60 hingga 70 peratus) dan yang selebihnya dari pundi seminal, pundi cowpers dan pepundi dalam salur kencing selain cecair dari pundi epididimis. Berhenti merokok dapat mengubah komposisi ini.

* Perokok tegar lebih berisiko mempunyai masalah bilangan sperma yang kurang dan peratus sperma yang bergerak juga kurang serta perlahan atau lambat.

5 Makanan Baik Untuk Kesihatan Lelaki!



Lelaki sering mengambil mudah soal pemakanan mereka. Bagi mereka cukup sekadar mengenyangkan dan yang penting murah. Makanan merupakan faktor utama nilai tahap kesihatan kita, sama ada kita semakin sihat atau kesihatan kita makin terganggu dengan gaya pemakanan kita. Berikut merupakan makanan makanan yang baik untuk kesihatan kaum lelaki.

1. Tomato @ Sos tomato

Lelaki yang banyak memakan tomato atau sos tomato berkemungkinan dapat memberi perlindungan kepada mereka daripada kanser prostat. Kanser prostat adalah pembunuh senyap kedua selepas penyakit jantung yang banyak meragut nyawa lelaki. Ia terletak di bahagian atas pundi kencing. Hasil kajian daripada 47,000 orang lelaki, mereka mendapati bahawa lelaki yang memakan tomato sebanyak 2 – 4 kali dalam seminggu,mempunyai risiko menghidapi kanser prostat 35% lebih rendah berbanding lelaki yang tidak memakannya.
2. Tiram



2 atau 3 ekor tiram mampu untuk membekalkan zinc yang secukupnya untuk sehari, (zinc merupakan mineral penting untuk penghasilan sperma bagi lelaki ). Anda dinasihatkan untuk tidak mengambilnya dengan lebih kerana ia akan mendatangkan risiko. Dalam satu kajian, 22 lelaki dengan kadar testosteron rendah dan jumlah sperma yang sedikit diberi zinc setiap hari dalam masa 45 hingga 50 hari dan hasil daripada kajian tersebut menunjukkan kadar testosteron dan jumlah sperma mereka meningkat.





3. Brokoli



Hasil daripada kajian di Harvard baru-baru ini mendapati bahawa sayur-sayuran seperti brokoli, dapat memberi perlindungan terhadap kanser pundi kencing. Ia lebih berkesan sebanyak 2 hingga 3 kali ganda kepada lelaki berbanding wanita. Para saintis menganalisis diet hampir 50,000 orang lelaki, dan mendapati bahawa mereka yang makan lima hidangan atau lebih brokoli pada setiap minggu berkemungkinan dapat mengelakkan kanser pundi kencing selama sepuluh tahun berbanding yang tidak memakannya. Brokoli dan kubis dipilih sebagai makanan yang paling protektif.

4. Peanut butter



Penyakit jantung adalah pembunuh utama bagi lelaki dan wanita, tetapi lelaki menjadi korban pada usia yang lebih awal. Kandungan lemak pada kacang adalah tinggi sedikit tetapi ianya baik untuk anda.

5. Tembikai



Didapati lelaki dengan lingkungan usia sehingga 55 tahun, lebih banyak menderita penyakit darah tinggi berbanding wanita. Kajian menunjukkan bahawa makanan yang kaya dengan potassium boleh mengurangkan risiko tekanan darah tinggi dan stroke. Tembikai kaya dengan sumber mineral ini, ia mengandungi lebih potassium. Jumlah potassium dalam suatu hirisan besar tembikai adalah bersamaan dengan sebiji pisang atau secawan jus oren.

Mencegah lebih baik dari merawat. Kawal pemakanan dan ambil makanan yang betul mampu menjamin kesihatan kita di masa akan datang.

Thursday, July 21, 2011

Khasiat Petai






Khasiat Petai

Sumber dari: http://www.taslymalaysia.com/

PETAI mengandungi 4 kali ganda protein, 2 kali ganda Karbohidrat, 3 kali ganda fosforus, 5 kali ganda vitamin A dan juga 2 kali ganda mineral serta lain- lain vitamin berbanding dengan buah epal.

Petai juga mengandungi tiga jenis gula iaitu Sukrosa,fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan serat. Lantaran itu ia dapat membekalkan banyak tenaga. Dari penyelidikan yang telah di jalankan 2 sajian petai mampu membekalkan tenaga untuk melakukan aktiviti lasak selama 90 minit. Di Indonesia ia menjadi makanan kegemaran ramai atlet terkemukanya.

Petai juga boleh digunakan sebagai gantian ubatan moden bagi mengubati beberapa jenis penyakit seperti bawah;

Kemampuan otak

200 siswa di Twickenham (Middlesex) dengan mudah melalui ujian pada tahun ini kerana memakan petai semasa sarapan , waktu rehat , dan makan tengah hari. Penyelidikan telah membuktikan bahawa buah petai mengandungi kalium tinggi dapat membantu proses pembelajaran, ia menjadikan siswa lebih teliti dan berhati- hati.

Seasonal Affective Disorder (SAD) kemurungan

Menurut Kajian yang dilakukan oleh MIND di antara pesakit mengidap depresi, ramai di antara mereka merasa bertambah baik setelah makan petai. Ini terjadi kerana petai mengandung tryptophan , sejenis protein yang di tukarkan oleh badan kepada menjadi serotonin memberikan ketenangan, memperbaiki mod dan secara amnya membuat seseorang lebih bahagia.

Stres

Kalium adalah mineral penting untuk menstabilkan kadar degup jantung , membekalkan oksigen ke otak dan menyesuaikan keseimbangan cairan badan. Ketika kita stres , kadar metabolisme tinggi , akan mengurangi kandungan kalium dalam badan. Hal ini dapat diseimbangkan dengan bantuan makan petai yang tinggi kalium.

Untuk sistem saraf

Petai mengandung vitamin V dalam jumlah besar , ini akan menambah kecekapan sistem saraf.

Strok

Seperti mana dalam “The New England Journal of Medicine , ” makan petai sebagai sebahagian daripada sajian makanan sehari-hari akan menurunkan risiko kematian kerana strok sehingga 40%.

Sindrom Prahaid PMS premenstrual syndrome

PMS atau sindrom prahaid, terjadi pada sebahagian wanita di setiap bulan, selalunya bila pusingan haid semakin hampir tersebut akan mula risau dan mula membeli ubat ubatan moden yang bakal mengundang pelbagai kesan sampingan.

Homeopati amat efektif di dalam menangani pelbagai masalah PMS seperti kekejangan (sakit di abdomen), rasa tidak sedap perut atau kembung, terpaksa membengkokkan badan bagi menahan kesakitan, pelbagai serangan psikologi dan lain-lain rasa tidak selesa sepanjang waktu haid.

Sindrom Prahaid mengandungi 4 jenis kesakitan. Meskipun ada antara jenis kesakitan tersebut kelihatan sama tetapi ia memerlukan ubat yang berbeza oleh yang demikian kaedah untuk mendapatkan ubat yang betul dan mujarab adalah menerangkan secara terperinci kepada doktor yang merawat pesakit

Banyak ubat- ubatan ada terjual di farmasi dan kedai ubat antaranya;

Pulsatilla adalah penawar utama dan terpenting untuk menangani kekejangan semasa sindrom prahaid.

Belladonna kesakitan sehingga membongkok atau mengerang , kesakitan yang datang dan pergi tiba-tiba, kadang-kadang dengan sakit kepala.

Magnesia Phos kekejangan yang teruk di abdomen dan terpaksa membongkok dan lega sedikit dengan urutan atau dengan tuam.

Colocynthis juga menyerupai simptom Magnesia Phos tetapi kekejangan di abdomen yang lebih teruk dan meletihkan.

Langkah alternatif untuk sakit ini ialah dengan memakan petai kerana Vitamin B6 yang di kandung petai mengawal kadar gula darah , Ini dapat mengembalikan mod. Pesakit.

Anemia

Anemia merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh kekurangan sel darah merah atau hemoglobin dlm sel darah merah, ataupun perdarahan yg berlebihan).

Dengan kandungan zat besi yang tinggi di dalam, petai, ia dapat membantu pesakit anemia dengan menghasilkan semula atau memproses sel darah merah.

Tekanan darah tinggi

Biji petai sangat tinggi kalium , tetapi rendah garam , sehingga sangat mujarab atau berkesan untuk memerangi kes tekanan darah. tinggi, sehingga FDA Amerika mengizinkan perkebunan petai untuk mempatenkan mengenai kemampuan buah ini untuk menurunkan risiko tekanan darah dan strok.

Ubat mabuk

Salah satu cara paling cepat untuk menyembuhkan “penyakit” mabuk adalah milkshake petai , yang dicampurkan dengan madu. Petai akan membantu menenangkan perut dan dengan bantuan madu akan meningkatkan semula kadar gula darah , sedangkan susu akan menenangkan dan mengembalikan keseimbangan kadar cairan dalam tubuh.

Mual di pagi hari

Makan petai di antara selang masa makan akan menolong mempertahankan kadar gula dan menghindari muntah.

Menstabilkan suhu badan

Banyak budaya lain yang melihat petai sebagai buah ‘ sejuk ‘ yang mampu menurunkan suhu badan dan emosi ibu yang menanti kelahiran anaknya. Di Belanda misalnya , ibu hamil akan makan petai untuk meyakinkan agar si bayi lahir dengan suhu yang rendah.

Gastrik

Biarpun ia di makan secara mentah, ia tidak memberikan tekanan pada sistem pencernaan malahan ia akan merawat sistem pencernaan kerana teksturnya yang lembut dan halus Dalam beberapa kes yang parah biji petai mampu meneutralkan asid dalam perut dan mengurangkan kesan rangsangan dengan membentuk satu lapisan penebat asid pada permukaan dalam perut.

Obesiti

Institute of Psychology Austria mendapati bahawa tekanan ketika kerja boleh menyebabkan orang sering mengambil makanan seperti coklat dan lain- lain makanan ringan bagi menenangkan fikiran. Berdasarkan kajian terhadap 5.000 pesakit ini di rumah sakit , menunjukkan bahawa kebanyakan orang menjadi gemuk kerana tekanan kerja yang tinggi.

Laporan kajian ini membuat kesimpulan untuk menghindarkan pengambilan makanan kerana panik , kita perlu mengawal paras gula dalam darah dengan mengambil makanan tinggi karbohidrat setiap dua jam untuk menetapkan kadar paras gula.

Sembelit

Seperti yang kita tahu proses pencernaan makanan memerlukan serat, kekurangan serat menyebabkan seseorang sembelit. Dengan kandungan serat yang tinggi di dalam petai ia dapat membantu mengatasi masalah ini tanpa perlu mengambil laksatif (ubat makan atau minum untuk melawaskan buang air besar).

Merokok

Kandungan Vitamin B6 dan B12, serta bergabung dengan kalium dan magnesium di dalam petai dapat membantu tubuh badan daripada menerima kesan sampingan daripada pemberhentian pengambilan nikotin secara tiba- tiba. Secara tidak langsung ia membantu seseorang yang untuk berhenti merokok .

Gigitan nyamuk

Sebelum anda menyapu krim gigitan nyamuk seperti mopiko , cuba untuk menggosok kawasan gigitan dengan bagian dalam kulit petai.,dengan cara ini, ia dapat mengatasi rasa gatal dan bengkak.

Kutu babi

Petai mampu membunuh kutu babi. Dengan ambil potongan petai lekatkan/ tempikkan pada kutu babi tersebut. Ini baik untuk membasmi kutu babi yang melekat pada anjing mahupun kucing.












Tuesday, July 19, 2011

Bina Badan------>>>> taff beb



adakah aku ingin sebegini




atau







banyak pengorbanan perlu di lakukan utk mendapat sebegini rupa......gilerrrr kentang la beb











menangi 1 Keping Tiket Ke Konsert David Archuleta 26 Julai Ini

sape minat mamat ni David Archuleta cepat-cepat dapatkan tiket free senang jer,26 Julai (Selasa) di Stadium Negara

Cara-caranya ialah:-

1. Like Facebook Sony Music Malaysia (tanda terima kasih kepada mereka sebab sudi sponsor tiket ini)
2. Hantar email ke borakartis@gmail.com beserta nama penuh, nombor kad pengenalan, no telefon dan Facebook anda.
3. Pemenang bertuah akan dihubungi menerusi email.

Itu sahaja ~~~ Siapa cepat dia dapat.




RAHSIA KESIHATAN

Rahsia kesihatan....(cuba lah)...

Message: Al-Quran juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat
amalan spt:-


Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari
naik.


Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak
mengumpul.
Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak
gemuk.


Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap
pagi.




Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).


Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang
kurangnya seminit selepas membaca doa).



Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin.
Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa
dalam sehari perlu kita sujud.
Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan.


Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan
makanan laut.




Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri
akan cepat mendapat penyakit.
Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan
mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi
tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.


Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah
menjilat jari.



Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme
banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air
liur.
(enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)

Sabda nabi Ilmu itu milik tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi
kebaikkan insyaallah Allah akan
menggandakan 10 kali kepadanya.

Sunday, July 17, 2011

Perasmian Gym ACT












Sekalung tahniah diucapkan kepada Fazil Mohammad Dali atas perasmian Gym beliau..........mesti korang x kenal kan sape tu hehehehe.....kalau sebut ACT semua kenal....Gym tersebut di rasmi oleh Datuk K bersama isteri Dato Siti Nurhaliza........ramai gak yang datang untuk perasmian tu................. sila la datang ni Gym ni yer hehehee










Thursday, July 14, 2011

Mitos : Mata Ketumbit Kerana Mengintai…Realitinya?





Siapa yang ada ketumbit kat mata mesti akan jadi bahan usikan dari dulu sampai lah sekarang. Kononnya, mata terkena ketumbit selalu mengintai atau ‘sekodeng’ orang mandi atau buang air besar.

Kalau ketumbit itu kecil tak jadi masalah sebab tak ramai yang perasan, tapi yang jadi masalah jika benjolan seperti jerawat kat tepi mata tu besar sehingga menyebabkan rasa sakit. Dan bertambah sakit bila ramai pulak yang mengusik dan mengejek.

Ketumbit sebenarnya tak ada kaitan langsung dengan aktiviti mengintai atau ‘sekodeng’ sebab ketumbit ni sebenarnya sejenis keradangan pada kelopak mata yang disebabkan jangkitan kuman. Selalunya bakteria ini akan membiak di akar bulu mata yang menyebabkan bengkak.



Punca Punca Terjadinya Ketumbit:

Ada 2 jenis ketumbit:

■Ketumbit akibat jangkitan kuman pada pangkal bulu mata.
■Keradangan disebabkan penyumbatan pada kelenjar yang menghasilkan minyak untuk menentukan bulu mata kalis air atau kalazion.
Pengumpulan minyak yang berlebihan menyebabkan pembiakan bakteria. Antara faktor-faktor yang boleh menyebabkan kelenjar minyak tersumbat ialah :

■Tekanan
■Pertukaran hormon
■Mengguna peralatan solek yang sama buat satu jangka masa yang lama atau yang telah dijangkiti oleh bacteria
■Diabetis
■Kandungan lemak yang tinggi dalam badan
■Kekurangan vitamin dalam badan
Seseorang boleh mendapat lebih daripada satu ketumbit pada satu masa, tapi jangan risau kerana ia tidak berbahaya. ketumbit tak akan jejaskan penglihatan seseorang, cuma menyebabkan kesakitan disebabkan bengkak kat kawasan yang sensitif di kelopak mata. Selain benjolan merah pada kelopak mata, antara simptom lain ialah:

■Mata berair.
■Mata terasa gatal, terutama jika ada habuk.
■Mata menjadi sensitif terhadap cahaya
■Kelopak mata menjadi merah dan bengkak
Selalunya dalam masa 3 hari ketumbit akan mula surut. Tapi ramai yang terkena radang ketumbit ni, sembuh dalam tempoh seminggu.


Cara Merawat Ketumbit:

■Penggunaan ubat titis antibiotik yang harus diletakkan ke dalam mata bagi merawat jangkitan kuman
■Pembedahan kecil.
■Menuam mata dengan kain yang direndam dalam air suam untuk mengatasi penyumbatan pada kelenjar di kelopak mata dan dilakukan sebanyak 3 kali seminggu. (untuk ketumbit jenis kedua)
Bisul yang terhasil akan surut dengan sendirinya bila bahan yang menutup lubang kelenjar minyak tersebut dibuang. Jangkitan oleh bakteria juga akan pulih apabila nanah dikeluarkan dan bahagian kelenjar tersebut dibersihkan.

Mata merupakan salah satu bahagian yang sensitif. So, jangan pandai pandai letak ubat tanpa nasihat doktor.


Padah rakam video wanita buang air di tandas

KUALA LUMPUR: Seorang pekerja am dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan merakam video seorang wanita yang sedang membuang air kecil dengan menggunakan telefon bimbit di dalam tandas, minggu lalu.

Tertuduh, Khairulsfairuse Ahmad Madli, 30, kemudian mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Abdullah Siddiq Mohd Nasir.


Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa merakam video berkenaan di dalam tandas wanita Unit Forensik, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Cheras di sini, jam 10.45 pagi, 7 Julai lalu. Dia didakwa mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.


Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Rozana Husin dan Khairulsfairuse tidak diwakili peguam bela.


Bagaimanapun, tiada hukuman terhadap tertuduh semalam memandangkan telefon bimbit itu masih disiasat Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM).


Mahkamah menetapkan 16 Ogos depan untuk jatuh hukum.


p/s...aduyai mamat mane la ni.....