Solat sunat Nikah adalah salah satu solat sunat dan boleh dilakukan
sebelum dan selepas upacara nikah.
Solat sunat sebelum nikah ini dilakukan sebelum majlis akad nikah
bilangan rakaatnya ialah 2 rakaat.
Cara untuk mengerjakannya ialah:
berniat dengan lafaz niatnya:
- Usolli sunnatal ursi rakataini lillahi Taala.AllahuAkbar
rakaat pertama:
- Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Kafiruun
rakaat kedua:
- Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Ikhlas
Solat sunat selepas nikah ini boleh dikerjakan bagi pasangan yang baru
selesai diakad nikahkan dan kedua-duanya disunatkan untuk mendirikan
solat sunat ini, terutamanya lelaki. Bilangan rakaatnya ialah 2
rakaat, dan bolehlah diikuti dengan sujud syukur.
Cara untuk mengerjakannya ialah:
berniat dengan lafaz niatnya:
- Usolli sunnata badan nikahi rakataini lillahi TaalaAllahu Akbar
- sahaja aku solat sunat sesudah nikah dua rakaat kerana Allah Taala
Rakaat pertama:
- Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Kafiruun
Rakaat kedua
- Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Ikhlas
- membaca doa berikut selepas salam:
Contoh doa yang boleh disebut di dalam bahasa Melayu: YA Allah,Engkau
Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,segala puji-pujian bagi-Mu,seru
sekalian alam.Ya Allah, aku bersykur kepada-Mu,telah selesai
pernikahanku ini,kami memohon pada-Mu Ya Allah Engkau berkatilah
pernikahan ku ini.Engkau jadikanlah aku dan isteriku orang-orang yang
soleh.Ya Allah, Ya Rahman,Ya Rahim, pada-Mulah kami memohon
pertolongan. Engkau anugerahkanlah padaku isteri/suami yang soleh,
Engkau berikanlah akan daku dan isteriku petunjuk dan hidayah agar
kami sentiasa di dalam keredhaan-Mu dan tunjukilah kami ke jalan yang
lurus sepanjang hidup kami.Engkau berikanlah kami kekuatan untuk
memimpin isteri dan anak-anak kami ke jalan yang Engkau redhai.Engkau
mesrakanlah kami,bahagiakanlah kami sebagaimana Nabi Muhammad sae dan
Siti Khadijah,Nabi Yusuf dengan Zulaikha,Nabi Adam dan Hawa.Engkau
anugerahkanlah padaku dan isteriku anak-anak yang ramai dan
soleh.Engkau anugerahkanlah kami
kesihatan dan kesejahteraan pada isteri/suami dan anak cucu kami
sepanjang hayat kami dan sepanjang hayat mereka.Engakau peliharalah
kami daripada perkara-perkara yang boleh merosak kemesraan dan
kebahagian rumahtangga kami
Ya Allah,Ya Rahman, Ya Rahim,Engkau anugerahkanlah kepada kami akan
rezeki yang suci dan baik,lindungilah kami dari mendapat rezeki yang
keji dan haram.Engkau jadikanlah aku, isteriku/suamiku dan anak-anak
kami orang yang rajin mengerjakan solat dan bertaqwa.Engkau berikanlah
petunjuk dan jalan sekiranya aku, ister/suami dan anak-anak ku
menyimpag ke jalan yang tidak Kau redhai.Engkau anugerahkanlah padaku,
isteri/suami dan keturunan kami kekuatan dan keimanan untuk berbuat
baik dan amal soleh sepanjang hayat kami.Engkau peliharalah
kami,isteri/ suami, anak-anak dan cucu-cucu kami dari sebarang mara
bahaya,fitnah, dan malapetaka yang tidak diingini samaada yang lahir
mahupun yang batin
Ya Allah,Engkau berkatilah umur kami,isteri/ suami kami, anak-anak
kami, cucu-cucu kami sehinggalah akhir hayat kami dan mereka.Engkau
peliharalah kami, isteri/suami kami, anak-anak kami, cucu-cucu kami
agar menjadi orang yang taat kepada-Mu Ya Allah,kepada kedua
ibubapanya dan taat mengerjakan perintah-Mu dan taat dalam menjauhi
larangan-Mu
Bahagiakanlah rumah tangga kami Ya Allah,(3 kali),
Engkau berkatilah rumahtangga kami Ya Allah (3 kali)
No comments:
Post a Comment