Wednesday, January 18, 2012

Air dan Diet

Air sebenarnya adalah satu elemen yang sangat penting untuk badan kita. Ramai yang tahu air ni penting, tetapi tak sedar yang sebenarnya kita kekurangan air. Orang yang tinggal di negara sejuk pun minum lebih banyak dari apa yang kita minum. Minum air secukupnya sepatutnya menjadi tabiat kita. Kita perlu air kerana;

  1. Tubuh kita terdiri daripada 70% air
  2. Air diperlukan untuk mengawal suhu badan
  3. Darah kita 83% air
  4. Otot kita 77% air
  5. Tulang kita 22% air
  6. Air mengelakkan “takungan air” atau water retention
  7. Mengangkut oksigen dan zat makanan dalam badan
  8. Melembapkan kulit dan tisu badan
  9. Mengelakkan sembelit
  10. Melembapkan rawan untuk serap hentakan
  11. Membantu menguatkan otot
  12. Mengelakkan kekeringan


Berapa banyak air yang perlu kita minum?

Kuantiti air yang kita perlu minum bergantung kepada jantina, saiz badan, umur, keadaan kesihatan, makanan harian kita, tahap aktiviti fizikal, cuaca dan ubatan yang diambil. Tetapi, kita selalu disarankan untuk meminum sebanyak 2L (8 gelas air dalam sehari). Mengikut kajian yang saya buat, untuk mengira kuantiti air yang kita perlu minum, kita bahagikan berat kita dalam KG dengan 25. Hasilnya, itulah kuantiti air yang kita perlu minum dalam sehari.

Contoh: Berat kita 75kg bahagi 25 = 3. Maka, air yang perlu kita minum ialah 3 liter.


Cara minum air yang betul

Agama Islam tidak mengalakkan kita minum sambil bernafas dan kita perlu minum dengan perlahan-lahan. Saya telah mengamalkan minum air dengan cukup selama hampir 4 tahun lebih sekarang. Hasilnya;

  1. Apabila orang kesejukan, saya rasa seperti biasa sahaja
  2. Apabila orang kepanasan, saya tidak begitu panas berbanding orang lain
  3. Saya tidak pernah mengalami masalah sembelit
  4. Saya tidak pernah pening kepala
  5. Kulit saya sentiasa lembap

Untuk minum air dengan betul, saya sarankan agar;

  • Minum 2-3 teguk setiap 10-15 minit
  • Minum segelas air sebelum makan
  • Segelas air lagi selepas makan
  • Tidak minum semasa makan

Hasilnya, sangat memberangsangkan.


Minum air kosong boleh kuruskan badan

Fakta yang sangat mengejutkan. Kenapa? Air ni boleh kita katakan murahlah. Lagipun, untuk mendapatkan produk penurunan berat badan yang baik, harganya agak mengugat poket. Kalau kita tak nekad untuk berubah, mungkin kita akan membazir.

Air boleh membantu menurunkan berat badan kerana;

  • Kalori dalam air kosong, tiada lemak, tiada minyak, tiada gula. Jika air kosong menganti air manis, kita boleh kurangkan pengambilan kalori
  • Air boleh mengawal selera makan!
  • Air boleh bantu kita dari terlebih makan. Sebelum makan, kita minum air kosong segelas. Mesti kita makan kurang dari biasa.
  • Kalau kita rasa lapar belum pada masanya, cuba minum air, kebanyakkannya, rasa lapar akan hilang. Sebenarnya kita ditipu otak, kita dahaga bukannya lapar!

Tips untuk Minum Air dengan Cukup

  • Sentiasa tanamkan dalam akal kita yang minum air ini ibarat kita mencuci filter….filter tu badan kitalah,
  • Selalu pegang botol yang berisi air berhampiran dengan kita. Tak perlu besar-besar. 500ml sudah memadai.
  • Setkan masa, contohnya, setiap sejam handphone kita bergetar menandakan masa untuk refill kita punya botol. Kalau handphone, kita cari kat “Timer”
  • Kalau ada budget, belilah filter air yang boleh pasang kat paip di dapur tu. Airnya lebih sedap dan murah kosnya berbanding beli di kedai.
  • Jika beli dari kedai, pilih botol yang bertutup putih. Airnya tidak mengandungi mineral, jadi ia ringan dan rasa sedikit manis. Mudah diminum dan tidak mengakibatkan rasa kembung. Harga yang bertutup putih ni murah. Sebotol 1.5L biasanya dalam RM0.60 ~ RM1.00. Ia dipanggil air minuman.

Botol Biru Botol Putih

  • Catatkan berapa kita dah minum. Beli buku 3 lima tu, tandakan bilangan botol yang kita dah minum.
  • Nikmati hasil usaha kita dengan kita kenang balik keadaan sebelum kita amalkan air dengan cukup dan selepas. Tentu kita terasa bezanya!

Mulakan Sekarang!

Banyak dah kita baca, sekarang, bangun dan dapatkan air kosong sebanyak 500ml. Habiskan dalam masa 30 minit! Buat sekarang! Dan teruskan amalan ini semoga saya dan semua pembaca blog saya dikurniakan kesihatan. Tak berusaha maka tak berhasil…..

No comments:

Post a Comment