Thursday, July 21, 2011

Khasiat Petai






Khasiat Petai

Sumber dari: http://www.taslymalaysia.com/

PETAI mengandungi 4 kali ganda protein, 2 kali ganda Karbohidrat, 3 kali ganda fosforus, 5 kali ganda vitamin A dan juga 2 kali ganda mineral serta lain- lain vitamin berbanding dengan buah epal.

Petai juga mengandungi tiga jenis gula iaitu Sukrosa,fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan serat. Lantaran itu ia dapat membekalkan banyak tenaga. Dari penyelidikan yang telah di jalankan 2 sajian petai mampu membekalkan tenaga untuk melakukan aktiviti lasak selama 90 minit. Di Indonesia ia menjadi makanan kegemaran ramai atlet terkemukanya.

Petai juga boleh digunakan sebagai gantian ubatan moden bagi mengubati beberapa jenis penyakit seperti bawah;

Kemampuan otak

200 siswa di Twickenham (Middlesex) dengan mudah melalui ujian pada tahun ini kerana memakan petai semasa sarapan , waktu rehat , dan makan tengah hari. Penyelidikan telah membuktikan bahawa buah petai mengandungi kalium tinggi dapat membantu proses pembelajaran, ia menjadikan siswa lebih teliti dan berhati- hati.

Seasonal Affective Disorder (SAD) kemurungan

Menurut Kajian yang dilakukan oleh MIND di antara pesakit mengidap depresi, ramai di antara mereka merasa bertambah baik setelah makan petai. Ini terjadi kerana petai mengandung tryptophan , sejenis protein yang di tukarkan oleh badan kepada menjadi serotonin memberikan ketenangan, memperbaiki mod dan secara amnya membuat seseorang lebih bahagia.

Stres

Kalium adalah mineral penting untuk menstabilkan kadar degup jantung , membekalkan oksigen ke otak dan menyesuaikan keseimbangan cairan badan. Ketika kita stres , kadar metabolisme tinggi , akan mengurangi kandungan kalium dalam badan. Hal ini dapat diseimbangkan dengan bantuan makan petai yang tinggi kalium.

Untuk sistem saraf

Petai mengandung vitamin V dalam jumlah besar , ini akan menambah kecekapan sistem saraf.

Strok

Seperti mana dalam “The New England Journal of Medicine , ” makan petai sebagai sebahagian daripada sajian makanan sehari-hari akan menurunkan risiko kematian kerana strok sehingga 40%.

Sindrom Prahaid PMS premenstrual syndrome

PMS atau sindrom prahaid, terjadi pada sebahagian wanita di setiap bulan, selalunya bila pusingan haid semakin hampir tersebut akan mula risau dan mula membeli ubat ubatan moden yang bakal mengundang pelbagai kesan sampingan.

Homeopati amat efektif di dalam menangani pelbagai masalah PMS seperti kekejangan (sakit di abdomen), rasa tidak sedap perut atau kembung, terpaksa membengkokkan badan bagi menahan kesakitan, pelbagai serangan psikologi dan lain-lain rasa tidak selesa sepanjang waktu haid.

Sindrom Prahaid mengandungi 4 jenis kesakitan. Meskipun ada antara jenis kesakitan tersebut kelihatan sama tetapi ia memerlukan ubat yang berbeza oleh yang demikian kaedah untuk mendapatkan ubat yang betul dan mujarab adalah menerangkan secara terperinci kepada doktor yang merawat pesakit

Banyak ubat- ubatan ada terjual di farmasi dan kedai ubat antaranya;

Pulsatilla adalah penawar utama dan terpenting untuk menangani kekejangan semasa sindrom prahaid.

Belladonna kesakitan sehingga membongkok atau mengerang , kesakitan yang datang dan pergi tiba-tiba, kadang-kadang dengan sakit kepala.

Magnesia Phos kekejangan yang teruk di abdomen dan terpaksa membongkok dan lega sedikit dengan urutan atau dengan tuam.

Colocynthis juga menyerupai simptom Magnesia Phos tetapi kekejangan di abdomen yang lebih teruk dan meletihkan.

Langkah alternatif untuk sakit ini ialah dengan memakan petai kerana Vitamin B6 yang di kandung petai mengawal kadar gula darah , Ini dapat mengembalikan mod. Pesakit.

Anemia

Anemia merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh kekurangan sel darah merah atau hemoglobin dlm sel darah merah, ataupun perdarahan yg berlebihan).

Dengan kandungan zat besi yang tinggi di dalam, petai, ia dapat membantu pesakit anemia dengan menghasilkan semula atau memproses sel darah merah.

Tekanan darah tinggi

Biji petai sangat tinggi kalium , tetapi rendah garam , sehingga sangat mujarab atau berkesan untuk memerangi kes tekanan darah. tinggi, sehingga FDA Amerika mengizinkan perkebunan petai untuk mempatenkan mengenai kemampuan buah ini untuk menurunkan risiko tekanan darah dan strok.

Ubat mabuk

Salah satu cara paling cepat untuk menyembuhkan “penyakit” mabuk adalah milkshake petai , yang dicampurkan dengan madu. Petai akan membantu menenangkan perut dan dengan bantuan madu akan meningkatkan semula kadar gula darah , sedangkan susu akan menenangkan dan mengembalikan keseimbangan kadar cairan dalam tubuh.

Mual di pagi hari

Makan petai di antara selang masa makan akan menolong mempertahankan kadar gula dan menghindari muntah.

Menstabilkan suhu badan

Banyak budaya lain yang melihat petai sebagai buah ‘ sejuk ‘ yang mampu menurunkan suhu badan dan emosi ibu yang menanti kelahiran anaknya. Di Belanda misalnya , ibu hamil akan makan petai untuk meyakinkan agar si bayi lahir dengan suhu yang rendah.

Gastrik

Biarpun ia di makan secara mentah, ia tidak memberikan tekanan pada sistem pencernaan malahan ia akan merawat sistem pencernaan kerana teksturnya yang lembut dan halus Dalam beberapa kes yang parah biji petai mampu meneutralkan asid dalam perut dan mengurangkan kesan rangsangan dengan membentuk satu lapisan penebat asid pada permukaan dalam perut.

Obesiti

Institute of Psychology Austria mendapati bahawa tekanan ketika kerja boleh menyebabkan orang sering mengambil makanan seperti coklat dan lain- lain makanan ringan bagi menenangkan fikiran. Berdasarkan kajian terhadap 5.000 pesakit ini di rumah sakit , menunjukkan bahawa kebanyakan orang menjadi gemuk kerana tekanan kerja yang tinggi.

Laporan kajian ini membuat kesimpulan untuk menghindarkan pengambilan makanan kerana panik , kita perlu mengawal paras gula dalam darah dengan mengambil makanan tinggi karbohidrat setiap dua jam untuk menetapkan kadar paras gula.

Sembelit

Seperti yang kita tahu proses pencernaan makanan memerlukan serat, kekurangan serat menyebabkan seseorang sembelit. Dengan kandungan serat yang tinggi di dalam petai ia dapat membantu mengatasi masalah ini tanpa perlu mengambil laksatif (ubat makan atau minum untuk melawaskan buang air besar).

Merokok

Kandungan Vitamin B6 dan B12, serta bergabung dengan kalium dan magnesium di dalam petai dapat membantu tubuh badan daripada menerima kesan sampingan daripada pemberhentian pengambilan nikotin secara tiba- tiba. Secara tidak langsung ia membantu seseorang yang untuk berhenti merokok .

Gigitan nyamuk

Sebelum anda menyapu krim gigitan nyamuk seperti mopiko , cuba untuk menggosok kawasan gigitan dengan bagian dalam kulit petai.,dengan cara ini, ia dapat mengatasi rasa gatal dan bengkak.

Kutu babi

Petai mampu membunuh kutu babi. Dengan ambil potongan petai lekatkan/ tempikkan pada kutu babi tersebut. Ini baik untuk membasmi kutu babi yang melekat pada anjing mahupun kucing.












No comments:

Post a Comment