Monday, March 7, 2016

Kebesaran Alif, Ba, Ta

Kebesaran Alif, Ba, Ta


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Dengan NAMA ALLAH saya memulakan post. Dari huruf Hijaiyah yang kita kaji, kita akan nampak macam macam kebesaran ALLAH dalam huruf hijaiyah, Hanya dari huruf hijaiyah sahaja.

Sebenarnya banyak pecahan dalam ilmu huruf tu. Pertama sekali mengenali khadam penjaga huruf tu sendiri. Betapa hebatnya sistem keselamatan al Quran dan kenapa Al Quran dipelihara sampai kiamat. Sebab setiap apa yang ada dalam Al Quran itu ada penjaganya.

Bermula dari Huruf hijaiyah da ada biasanya 3 penjaga biasa, satu ketua. Kemudian ada pula khadam ayat bagi setiap ayat Al Quran. Kemudian , ada pula khadam Surah untuk setiap surah al Quran. Hebatkan sistem keselamatan al Quran?

Ilmu Huruf Beserta Sifatnya
Ok, sekarang ni kita akan belajar pasal ilmu huruf huruf hijaiyah berkaitan sifat huruf itu sendiri. Ok, kita mula dengan alif ya


Alif :- Simbol ALLAH yang Esa
Ba :- Bermakna ciptaan ALLAH. Huruf Ba itu seperti mangkuk, yang mana itulah alam semesta, dan titik ba itu adalah perlambangan analogi kepada ALLAH, yang mana jika dibesarkan atau dikecilkan titik itu, ia tetap titik
Tsa :- Keberadaaan makhluk. ALLAH memimpin manusia diatas Bismillah
Jim :- Sunnatullah tercipta
Ha :- Pelaksanaan sunnatullah yang dicipta
Kha :- Sunnatullah yang diberikan kuasa kepada manusia
Dal ;- Kesempurnaan ciptaan alam semesta, yang mana manusia diangkat sebagai amir, makhluk yang memakmurkan bumi dan hukum alam yang tercipta untuk makhluknya
Dzal :- nisbah dal keatas diri manusia
Ra :- Sebagai rahmat yang mana sifat2 ALLAH yang menetapkan alam semesta. Ibarat sebuah mangkuk yang tumpah
Zai :- Fitrah manusia ketika awal penciptaan
Sin :- Manusia mampu memakmurkan bumi ini, dari sebuah ba, kepada bentuk sin. Ia adalah usaha manusia itu sendiri. Ibarat adalah pembuatan mangkuk yang baru dari asal
Syin :- Manifestasi huruf Tsa, yang merupakan simbolik amanah ALLAH kepada manusia tercapai
Shod :- Dunia yang telah diperluaskan manusia, tunduk patuh pada Tuhan. Ibarat mangkuk yang ditelungkupkan
Dhod :- Amanat manusia sebagai khalifah
Tho :- ALLAH turun, memimpin manusia supaya bertakwa kepadaNya
Dzh0 :- Manusia menerima pengajaran dari ALLAH melalui Amir yang adil
Ain :- Selepas perluasan alam yang horizontal, manusia mula mencari perluasan vertikal yang mencari cahaya budi
Ghain :- Tingkat manusia mencari ALLAH, makrifatullah
Fa :- Redho manusia kepada amir manusia
Qaf :- Sistem kemasyarakatan manusia
Kaf :- Alam ini berdiri kerana ALLAH, manusia sebagai pentadbir
Lam :- Alam berdiri atas ketentuan ALLAH
mim :- Nabi Muhammad wakil ALLAH
Nun :- Manusia yang berada dalam tingkatan rahmatan lil alamin
Wau :- Ampunan ALLAH kepada manusia
Ha :- Kesempurnaan manusia, sebagai sibghah ALLAH
Lam Alif :- Alam dan ALLAH bersatu
hamzah :- Manusia yang memegang mahkota khalifah
Ya :- Sempurna alam dengan adanya hamzah

Wednesday, January 20, 2016

Doktor DEDAH RAHSIA Minuman AJAIB untuk CAIRKAN LEMAK dalam masa 4 Hari !! MENAKJUBKAN!

Untitledoiuou
Seorang Doktor dari universiti di utara london telah membongkar rahsia sebenar untuk cairkan lemak dalam masa 4 hari. Mari kita saksikan
Masalah kegemukan atau lemak dalam badan yang berlebihan adalah salah satu masalah yang membimbangkan ramai orang. Lemak yang berlebihan dalam badan membuatkan kesihatan tubuh badan semakin berkurangan dan akan mudah terdedah dengan risiko penyakit.
Penyakit utama yang sering terjadi disebabkan lemak berlebihan di dalam badan adalah obesiti dan penyakit jantung. Ini sudah pasti membimbangkan ramai orang yang memiliki lemak badan yang berlebihan.
Ramai antara kita yang ingin mencari cara cepat untuk menghilangkan lemak badan yang terkumpul. Sekarang, anda tidak perlu lagi risau kerana terdapat cara yang lebih cepat untuk selesaikan masalah ini.
Kali ini saya ingin berkongsi satu minuman ajaib yang hanya mengambil masa beberapa minit sahaja untuk menyiapkannya. Minuman ini sangat berkesan untuk cairkan lemak berlebihan di dalam badan anda.
1
Minuman Menakjubkan Untuk Cairkan Lemak Dalam Masa 4 Hari
Untuk membuat minuman ini, anda akan memerlukan bahan-bahan berikut:
8 cawan air ditapis
1 sudu teh halia parut (atau satu sudu halia organik serbuk akar)
1/2 timun, dihiris nipis
1/2 lemon, dihiris nipis
12 daun pudina

Cara penyediaanya:
Campurkan semua bahan dan gaul sehingga sebati. Keluarkan kepingan lemon, halia dan daun pudina sebelum menuangkan minuman tersebut ke dalam gelas. Saya cadangkan anda minum minuman ini untuk sepanjang hari. Jika tidak habiskan minuman itu pada hari yang sama, anda boleh menyejukkanya selama 2 hari.
Anda boleh minum minuman ini setiap hari dalam masa 4 minggu, kerana ia selamat dan sangat menghidratkan.
Bagaimana ia berfungsi dan mengapa ia begitu berkesan?
Semua bahan-bahan yang disenaraikan diatas mempunayai pelbagai manfaat kesihatan dan kesan pembersihan, tetapi apabila digabungkan, mereka mampu menghasilkan BOM yang sihat dimana ia membantu menyucikan badan dan membantu membuang lemak yang berlebihan.
Sekarang mari kita lihat satu persatu khasiat bahan yang telah kita gunakan tadi.
Timun
timun adalah rendah kalori, bertindak sebagai diuretik, kaya dengan serat pemakanan dan membantu menjaga alkali badan. Timun adalah makanan yang sesuai untuk penurunan berat badan.
Halia
Dalam satu kajian yang dilakukan di Institut Pemakanan Manusia di Universiti Columbia menunjukkan, apabila seseorang individu minum minuman panas dengan halia, mereka berasa lebih kenyang dan mempunyai peluang kurang daripada makan berlebihan.
Lemon
Walaupun pada dasarnya lemon mengandungi asid, tetapi apabila diproses di dalam badan manusia hasilnya adalah dalam keadaam beralkali. Lemon mengandungi kedua-dua sitrik dan asid askorbik,asid-asid lemah mudah dimetabolismakan dalam badan membolehkan kandungan mineral lemon untuk membantu pengalkalian darah(ph optmal darah ialah:7.35 7.45). darah yang ber Ph rendah dari itu (berasid) sangat subur untuk sel-sel kanser dan bakteria jadi mengundang pelbagai jenis penyakit.
Pudina
Anda mungkin tidak terfikir bahawa pudina sebagi penahan selera makan. Tetapi sebenarnya ia memang penahan selera. Pudina bukan sahaja memberikan rasa segar malah dapat membendung rasa ketagihan untuk makan.
Air
Anda semua mesti sudah tahu manfaat kesihatan apabila minum air yang mencukupi. Air menyokong kehidupan kita, menghidratkan badan, meringankan sendi dan otot semasa senaman,dan jika minum secara teratur ia dapat mengurangkan ketagihan makanan.

Monday, June 1, 2015

Senaman Makan & Minum Guide - Kevin Zahri -

Senaman Makan & Minum Guide - Kevin Zahri -

Assalamualaikum..

Panduan mudah untuk makan dan minum sebelum, semasa dan selepas senaman. 
Sila sesuaikan untuk keperluan dan objektif diri sendiri. - Kevin Zahri 


Banyak Khasiat & Kebaikan Buah Tembikai Susu

Tembikai susu terdapat dua jenis utama iaitu yang berwarna kuning pucat dan kuning. Oleh itu kali ini kami ingin berkongsi dengan pembaca tentang khasiat buah tembikai susu yang dipetik dari Wanita.
  • Baik untuk kulit
Tembikai susu kaya dengan Vitamin A, B Komplek dan C yang menjadikan ia makanan paling sesuai untuk menjaga kesihatan kulit dan saraf. Amalan memakan tembikai susu pada setiap hari akan menghasilkan kulit yang bersih dan sihat.
  • Menghindarkan barah
Kajian menunjukkan tembikai susu mengandungi carotenoid, salah satu daripada zat-zat makanan yang boleh menghindarkan barah. Pengambilan tembikai susu dapat memberi perlindungan daripada barah tujuh kali lebih baik daripada pemakanan yang yang mengandungi kandungan karotena yang rendah.
  • Menurunkan berat badan
Bagi mereka yang berhasrat untuk menurunkan berat badan, tembikai susu adalah antara makanan yang sesuai diamalkan pada setiap hari kerana ia mempunyai kandungan air dan serat yang tinggi manakala kalorinya rendah.
  • Mengawal tekanan darah
Tembikai susu adalah sangat berkesan untuk menangani masalah darah tinggi kerana tembikai susu mengandungi potassium. Pottasium mampu mengawal serta mengekalkan paras darah yang sihat dalam tubuh.
  • Merawat penyakit Hepatitis
Tembikai susu adalah antara ramuan utama yang sangat popular dalam dunia perubatan Cina untuk merawat penyakit hepatitis. Di Filifina pula ianya digunakan sebagai ramuan utama untuk merawat mereka yang menghadapi masalah pengaliran darah haid yang tidak lancar manakala di India ianya digunakan untuk mengubati kebengkakan dan ketumbuhan.


kebaikan mandi ais


Mungkin pembaca sudah biasa mendengar bahawa ais boleh mendatangkan banyak kesan negatif kepada tubuh badan seperti melemahkan penghadaman yang membawa kepada masalah perut buncit, menjadikan tubuh mudah letih dan sebagainya. 

Tetapi itu terjadi apabila anda sering mengamalkan minum air sejuk atau mengunyah ais batu. Namun, tahukah anda, jika sering mengamalkan mandi air sejuk atau mandi ais, ia merupakan satu terapi dan mempunyai banyak kebaikan. 

Malah, mandi ais juga telah menjadi salah satu teknologi dalam rawatan untuk merawat penyakit, kecantikan dan juga menenangkan minda. 

Mandi air sejuk dikatakan dapat menjadi penawar untuk demam dan jangkitan kuman pada badan. Menurut satu kajian, kadar metabolisme yang tinggi hasil daripada mandi air sejuk adalah disebabkan badan kita cuba memanaskan badan secara sendiri dan mengaktifkan sistem imunisasi, sekali gus menghasilkan lebih banyak sel darah putih. 

Selain itu, mandi ais juga dapat meningkatkan tenaga kerana jantung akan mengepam darah dengan lebih aktif seterusnya darah dapat mengalir dengan lancar ke seluruh badan. 

Bukan itu sahaja, mandi ais juga dapat membantu untuk menjadi lebih kurus apabila ia merupakan cara terbaik untuk membakar lemak. Ini kerana kalori yang dibakar melalui haba kebanyakannya datang daripada lemak. 

Apabila badan terdedah dengan suhu sejuk, lemak akan terbentuk. Sel-sel lemak inilah yang akan membakar glukosa dalam badan bagi menghasilkan haba badan. Penghasilan lebih banyak sel lemak akan membantu pembakaran lebih banyak tenaga, seterusnya dapat menjadikan tubuh lebih kurus. 

Tekanan perasaan juga dapat dikurangkan dengan mandi air sejuk. Kajian dari Universiti Virginia Commonwealth mendapati air sejuk boleh merangsang ‘titik biru’ pada otak iaitu sumber utama bahan kimia yang membantu mencegah tekanan perasaan yang dikenali sebagai noradrenaline. 

Air sejuk juga dapat menjadikan kulit dan rambut lebih sihat apabila ia membantu mengecilkan kutikel kulit dan pori-pori, seterusnya mengurangkan masalah jerawat. Selain itu, air sejuk dapat membantu menyingkirkan kotoran dan toksin dalam kulit menjadikan kulit lebih bersih dan awet muda. 

Cara yang paling cepat untuk memulihkan otot yang tercedera adalah dengan mandi ais, selain dapat mengurangkan kesakitan sebanyak 20 peratus. Malah, untuk kaum lelaki pula, mandi ais dikatakan dapat meningkatkan kadar hormon testosterone yang akan memberikan kekuatan dan tenaga tambahan.

Thursday, July 3, 2014

Susu kambing NUTRI GOAT MIRACLE 8



Apa itu Nutri Goat Miracle 8 ni? Nutri Goat Miracle 8 ialah susu kambing terbaik yang diperkaya dengan 8 makanan sunnah ajaib! apa yang ada dalam Nutri Goat Miracle 8 ni?

Cara nak minum sangat mudah! koyak sepaket 30g Nutri Goat Miracle 8 dan tuangkan sahaja dalam air suam. Sedap sangat-sangat! Harga yang dtawarkan juga mampu milik, iaitu RM40 sahaja! 

kalau bab rasa......terbaikkkk....BAU HAMIS?? memang xde langsung.....sedap tau...klu sesiapa nk beli beli kt sini https://www.facebook.com/DMieliaBeautyHealth 

Tuesday, July 1, 2014

Khasiat limau gedang



Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Limau gedang atau nama saintifiknya citrus paradisi bukan sahaja sedap dimakan, malah kebaikannya terhadap kesihatan juga tidak dapat dinafikan. Limau gedang dipercayai berasal dari Jamaica. Ðisebabkan bentuknya, kadang kala ramai terkeliru antara buah limau gedang dengan buah limau bali.

Limau gedang tergolong dalam keluarga rutaceae. Ia terdiri daripada pelbagai varieti dan ditentukan oleh warna buahnya. Varieti yang paling popular untuk ditanam adalah jenis isi berwarna merah yang sering dipanggil Red Ruby, putih dan merah jambu. Rasanya juga berbeza iaitu ada yang masam dan ada juga yang rasa sedikit pahit.



Pokok limau gedang boleh mencapai ketinggian sehingga 26 hingga 30 kaki. Buahnya berbentuk bulat. Kulitnya nipis dan berwarna kuning atau kuning bercampur merah jambu. Ia dikenali sebagai grapefruit (Inggeris) kerana ia tumbuh dalam gugusan seperti buah anggur.





Buah limau gedang mempunyai kebaikan dan khasiatnya yang tersendiri. Limau gedang bukan sahaja mengandungi vitamin C yang baik untuk melindungi diri daripada demam dan selsema, tetapi buahnya juga turut mengandungi asid sitrik, gula asli, minyak pati seperti limonene, pinene dan citral. Limau gedang juga mengandungi vitamin A, B kompleks, E dan K.

Limau gedang turut memiliki kandungan mineral seperti kalsium, asid folik, fosforus dan kalium. Zat fito yang terdapat daripada liminoid, flavonoid, lycopen dan glucarates yang dikatakan mampu menentang kanser dan pelbagai jenis penyakit.

Apabila mahu memakan buah limau gedang, anda perlu membuang kulitnya tetapi tinggalkan sedikit serabut putihnya kerana ia mengandungi sejumlah bioflavonoid dan agen anti kanser yang tinggi.

Limau gedang, mentah
Nutritional value per 100 g (3.5 oz)
138 kJ (33 kcal)
8.41 g
- Sugars
7.31 g
1.1 g
0.10 g
0.69 g
90.48 g
0.037 mg (3%)
0.020 mg (2%)
0.269 mg (2%)
0.283 mg (6%)
0.043 mg (3%)
Folate (Vit. B9)
10 μg (3%)
33.3 mg (40%)
12 mg (1%)
0.06 mg (0%)
9 mg (3%)
8 mg (1%)
148 mg (3%)
0.013 mg
0.07 mg (1%)
Percentages are relative to US recommendationsfor adults.
Source: 
USDA Nutrient database

Walaupun mempunyai rasa masam dan keasidan, namun sebenarnya jus limau gedang mempunyai tindak balas alkali selepas dihadam. Perkara ini mempunyai kesan mendalam terhadap rawatan keasidan dalam sistem penghadaman yang menyebabkan beberapa masalah kesihatan lain.

Pektin di dalam buah limau gedang dikatakan mempunyai kesan efektif dalam mengurangkan pengumpulan bahan masuk di arteri. Manakala vitamin C dikatakan mampu menguat dan mengekalkan keanjalan arteri. Ada antara sebatian tertentu yang ditemui dalam buah limau gedang dikatakan mampu mengurangkan penghasilan kolesterol berlebihan daripada hati.

Jus limau gedang penentang kanser

Ðalam kajian lain, didapati bioflavonoid yang ditemui dalam buah limau gedang dikatakan mampu membuang estrogen berlebihan dalam tubuh sekaligus menghentikan sel-sel kanser dalam pesakit kanser payudara daripada merebak.

Sesuai untuk pesakit diabetes

Pesakit diabetes dikatakan boleh memakan buah limau gedang, malah, pengambilan buah ini dikatakan mampu mengurangkan kanji dan gula di dalam sistem badan. Jika anda cenderung untuk menghidap diabetes, eloklah meminum jus buah limau gedang sebagai langkah pencegahan.

Bagi mereka yang mengalami masalah pencernaan, dikatakan dengan meminum jus limau gedang mampu merangsang peningkatan edaran cecair gastrik. Makanlah buahnya bersama dengan serabutnya kerana serat buah ini mampu membantu pergerakan dalam usus.

Jika anda mengalami masalah badan lesu dan letih, segelas jus limau gedang mampu mengurangkan masalah tersebut. Ðikatakan juga, jus limau gedang mampu merangsang tidur dan meringankan insomnia. Ia juga mampu melegakan sakit tekak dan melegakan batuk.

Wanita hamil juga dikatakan amat sesuai meminum jus limau gedang kerana kandungan bioflavonoid dan vitamin C di dalamnya mampu mengurangkan pengumpulan air dan pembengkakan kaki semasa mengandung.

Buah limau gedang juga mengandungi enzim pembakar lemak dan dikatakan mampu menyerap dan mengurangkan kanji dan gula dalam tubuh. Maka ia sesuai diminum oleh mereka yang mahumengurangkan berat badan.

Selain buah limau gedang, estrak biji, pulpa dan kulit dalamnya dikatakan mampu membantumelawan jangkitan bakteria dan parasit. Malah dikatakan ada yang mengambil ekstrak biji limau gedang sebagai bahan pencegahan apabila mereka melencong ke negara yang sukar untuk mendapatkan bekalan air.

Walaupun terdapat pelbagai khasiat dan kebaikan buah limau gedang, namun begitu anda perlu mendapatkan nasihat pengamal perubatan terlebih dahulu sebelum menggunakannya bagi tujuan perubatan bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari kelak.