Monday, June 24, 2013

Italian Chicken Meatballs

Bring some delicious Italian flavor into your clean diet with these meatballs. The oregano and basil provide extra flair and the ground chicken will definitely help you make and maintain those lean gains. If you want a complete meal, serve with some steamed vegetables
Ingredients
Directions
  1. Preheat oven to 375 degrees F.
  2. Using your hands, combine all ingredients together in a large bowl.
  3. Form about 12 meatballs from the chicken mixture.
  4. Spray a muffin tin with non-stick spray.
  5. Place a meatball in each muffin cup.
  6. Bake for about 35 minutes, or until golden brown.
 

Nutrition Facts
Amount per meatball
Calories 106
Total Fat2 g
Total Carb7 g
Protein15 g

Jerebu.........Jerebu.....terok.......terokkkk

Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan yang buruk kepada semua orang terutama golongan yang berisiko tinggi iaitu :-
  • Kanak-kanak
  • Orang tua
  • Mereka yang mengalami penyakit
    • asma
    • bronkitis
    • radang paru-paru
    • penyakit paru-paru yang kronik
    • jantung
    • alahan
  • Perokok
  • Mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah.
Apakah Tanda dan Gejala Kesan Jerebu Kepada Kesihatan
Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah:
  • Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk.
  • Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas.
  • Mata terasa pedih dan berair.
  • Hidung berair dan kerap bersin.
  • Kulit badan terasa gatal-gatal.
  • Terasa sakit dada.
Dapatkan rawatan dan nasihat doktor di klinik berhampiran sekiranya anda mempunyai tanda-tanda dan gejala tersebut.

Cegahlah Penyakit Akibat Jerebu, Ikuti Nasihat Berikut: 
Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.
  • mereka yang di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.
  • Penutup hidung (nasal mask) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dalam kumpulan berisiko tinggi.
  • Perokok yang mempunyai anak kecil, ibu bapa tua dan sanak saudara yang berpenyakit jangan merokok di dalam rumah.
  • Sejauh yang boleh, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah.
  • Kurangkan aktiviti sukan di luar rumah
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.
  • Sekiranya kenderaan anda berhawa dingin, sila gunakannya.
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak.
  • Perokok dinasihatkan supaya tidak merokok apabila keadaan udara tidak sihat ( iaitu IPU yang melebihi 100 )
  • Mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan mengambil cuti di luar kawasan yang berjerebu sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya di kawasan mereka.


p.s......sila la pakai mask untuk keselamatan yer.....jerebu makin tebal....jgn main kat luar tau............

Wednesday, June 19, 2013

JENIS-JENIS PISANG

JENIS-JENIS PISANG


Malaysia kaya dengan pelbagai jenis pisang, dari sebesar-besar pisang seperti pisang Tanduk hinggalah sekecil-kecil pisang seperti pisang Emas. Terdapat lebih dari 14 jenis pisang yang boleh ditemui dan ditanam di sini. Dalam istilah sainsnya, pisang tergolong dalam Order Zingerberalis, iaitu kumpulan keluarga Musaceae dan genus Musa. Genus Musa boleh dibahagikan kepada dua kumpulan; Eumusa iaitu kumpulan yang boleh dimakan dan Phusocaulis, yang tidak boleh dimakan.



Pisang Embun

Pisang ini juga dikenali sebagai pisang Bunga. Pisang ini berbentuk panjang, pada peringkat permulaannya ianya berwarna hijau dan kemudian berubah menjadi warna kuning pucat. Ianya berkulit tebal dan senang dikupas. Satu tandan pisang Embun yang besar, beratnya boleh menjangkau antara 15 hingga 35 kilogram. Setiap tandan pula mempunyai 7 hingga 9 sikat dengan bilangan 100 hingga 200 biji buah pisang. Manakala setiap sikat pula mengandungi 14 hingga 15 biji buah pisang. Panjang buah pisang ini berukuran 15 hingga 20 sentimeter dan lebarnya 4 sentimeter . Ketinggian pokok pisang jenis ini ialah kira-kira 5 meter .



Pisang Emas

Saiz buah pisang ini adalah kecil tetapi rasanya lazat berbanding dengan pisang jenis lain. Apabila ianya ranum, buah serta isinya berwarna kuning keemasan . Buah pisang ini mudah lebam dan bertukar menjadi kehitaman. Setiap tandan mempunyai berat antara 7 hingga 9 kilogram, 6 hingga 7 sikat dengan bilangan 100 hingga 150 biji buah pisang. Panjang buah pisang ini bersaiz 9.0 saentimeter dan lebarnya ialah 3.5 sentimeter. Pokok pisang Emas adalah kecil sahaja.



Pisang Rastali

Buah pisang ini bersaiz sederhana. Kulitnya berwarna kuning dan agak kasar. Terdapat bintik-bintik hitam dan coklat di atas permukaan kulitnya serta ianya mudah dikupas. Isinya pula berwarna putih atau krim pucat. Setiap tandan mempunyai berat kira-kira 10 kilogram, 7 hingga 8 sikat dengan bilangan 90 hingga 100 biji buah pisang . Manakala setiap sikat mengandungi 10 hingga 14 biji buah pisang. Panjang buah pisang Rastali ialah kira-kira 12.0 sentimeter dan lebarnya berukuran 3.7 sentimeter.



Terdapat pelbagai jenis pisang yang tumbuh subur di negara kita selain dari tiga jenis pisang yang telah diterangkan. Ianya adalah seperti pisang Berangan, pisang Masak Hijau, pisang Nipah, pisang Raja, pisang Tanduk, pisang Awak dan tidak ketinggalan juga pisang Raja Udang yang dipercayai tidak boleh dimakan.













Pisang adalan buah klimak terik kerana sifat peningkatan kadar respirasi ketara ynag sejajar dengan berlakunya peranuman. Manakala morfologi pokoknya pula tergolong dalam jenis tumbuhan herba kerana sifat tumbuhnya yang cepat dari batang palsu (pseudostem), iaitu tangki daun yang tersusun seperti gelang sepusat dan muncul daripada umbisi atau batang utama. Manakala pengkelasan pisang bergantung kepada kultivarnya iaitu saiz, bentuk, warna kulit, tekstur dan citarasa pisang.

Lawan penuaan dengan buah-buahan

Selain menghidrat dan meremajakan kulit, bau yang datang daripada buah buahan dapat merangsangkan kulit wajah. Tidak seperti rawatan kecantikan, buah-buahan lebih efektif dari segi kos dan memberi perbezaan yang nyata dilihat. Terdapat beberapa buah dengan khasiatnya yang tersendiri, pilih yang terbaik untuk anda!




Pisang

Pisang merupakan sumber zat besi yang terdiri daripada magnesium dan kalium yang membantu mengurangkan senggugut. Pisang kaya dengan vitamin A, B dan E sebagai agen pencegah penuaan. Meletakkan pisang yang telah dilenyek di muka dapat menyegarkan lagi kulit muka anda.



Lemon

Mempunyai kandungan vitamin C, jus lemon dapat memberikan kulit yang cantik jika diminum bersama segelas air suam dan madu. Ia juga digunakan untuk mencerahkan tona kulit, menjadikan kulit lebih sekata dan menghapuskan parut jerawat. Sapukan perahan lemon pada siku untuk menghilangkan tanda gelap.



Oren

Kaya dengan vitamin C dan dapat memperbaharui tekstur kulit, oren mengandungi banyak kolagen yang melambatkan proses penuaan. Sapu oren di kulit anda untuk menganjalkannya. Oren boleh dikeringkan dan digunakan sebagai skrub. Oren juga membantu mencegah cela.



Betik

Manfaat buah betik kepada kulit telah diakui sejak dahulu lagi. Betik kaya dengan antioksidan dan mengandungi enzim istimewa yang dipanggil 'papain' yang dapat membuang sel kulit mati dan menyembuhkan kekotoran kulit. Segelas betik susu dapat memberi keajaiban pada kulit anda.



Mangga

Mangga mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan. Ia dapat memberi kesan menakjubkan pada kulit. Kaya dengan vitamin A dan antioksida, mangga berjaya melawan penuaan kulit serta mengembalikan keanjalan.



Epal

Walaupun tidak mempunyai banyak khasiat seperti buah buahan yang lain, epal tetap bagus untuk kulit. Serat dalam epal dapat membantu mencegah penuaan, menghilangkan kedutan, kulit menjadi lembut dan licin, membantu mencegah kelimumur dan dapat mencegah kulit daripada sinaran UV.



Kailan

Kailan sangat baik untuk kulit kerana kaya dengan omega 3 yang dapat membantu mencegah penuaan dan melembapkan kulit. Ia juga kaya dengan vitamin A, C dan K.



Timun

Timun merupakan sayuran yang tepat untuk anda mengekalkan kelembapan kulit. Timun dapat mencegah penuaan dan keradangan serta menghilangkan kedutan. Ia juga mengandungi kafeik asid yang dapat mengekalkan air serta menghalang kulit menjadi merah dan bengkak.



Lobak merak

Lobak merak kaya dengan vitamin A dan C yang dapat membantu mencegah jerawat, cela, pigmentasi, kedutan dan tona kulit tidak sekata.

Thursday, June 13, 2013

Makanan sihat bagi mereka yang selsema

Gejala selsema sudah pasti membuatkan anda berasa tidak selesa dan tidak senang duduk. Sama ada disebabkan cuaca yang tidak menentu ataupun virus yang menjangkit, gejala selsema sudah tentu akan mengganggu aktiviti harian anda.




Selain mengamalkan kesemua petua ini, jenis pemakanan yang anda ambil juga perlu dititikberatkan. Berikut antara 10 jenis makanan yang boleh anda ambil ketika gejala selsema menyerang anda:



1. Ais krim batang

Aiskrim boleh melegakan sakit, rasa gatal, bengkak, atau kering pada tekak. Ia juga membantu mengekalkan anda terhidrat, yang menganggu anda apabila berhadapan gejala selsema. Mendapatkan air yang secukupnya dapat membantu mengurangkan masalah hidung tersumbat. Cari aiskrim batang yang diperbuat daripada 100% jus buah-buahan untuk memastikan anda mendapat nutrien yang penting dan bukannya air gula. Beberapa perisa seperti epal, anggur, atau strawberi boleh dicuba.



2. Sandwich Turki

Ayam belanda adalah pilihan terbaik, ia merupakan makanan yang mengandungi protein tanpa lemak. Sekalipun anda tidak menyukai rasanya, namun makanan ini membantu membekalkan tenaga dalam badan untuk melawan penyakit.



3. Jus Sayur-sayuran

Selain salad, segelas jus sayur-sayuran yang rendah natrium rendah akan membekalkan anda dengan imun-merangsang antioksida dan mengekalkan diri anda dari terus terhidrat.



4. Sup Ayam

Berkhasiat dan menghidratkan, terdapat juga beberapa bukti saintifik bahawa sup ayam boleh membantu untuk menyembuhkan dan mempunyai kesan anti-radang yang sederhana. Kajian telah mendapati bahawa sup ayam panas dapat meningkatkan keupayaan silium, rerambut kecil pada bahagian rongga hidung, untuk melindungi badan daripada bakteria dan virus.



5. Bawang putih

Untuk itu, bawang putih merupakan pilihan yang baik bagi menyediakan hidangan seperti sup. Ia mempunyai ciri-ciri antimikrob dan imun-merangsang serta boleh memberi kelegaan bagi masalah hidung tersumbat.



6. Halia

Sakit perut? Loya? Halia adalah yang sering digunakan untuk melegakan gejala-gejala ini. Beberapa kajian menunjukkan ia boleh membantu melawan keradangan.



7. Roti Bakar

Roti bakar antara makanan yang mudah apabila melawan penyakit. Tambahan pula roti bakar bersama dengan mi sup ayam boleh mengembalikan selera makan anda.



8. Pisang

Pisang merupakan makanan yang berkesan terhadap gejala selsema, loya, muntah dan cirit-birit. Pelbagaikan hidangan anda berserta dengan beras, sos epal dan roti bakar.



9. Teh Panas

Teh hijau membantu melawan penyakit antioksida. Bernafas dalam wap terutamanya berasaskan teh boleh membantu melegakan hidung tersumbat. Campurkan sesudu madu dan perahan limau untuk membantu melegakan sakit tekak. Jika kafein mengganggu anda, pilihlah bebas kafein atau versi herba.



10. Minuman Gantian Hidangan

Jika selera makan anda telah kembali, cuba minuman gantian untuk mendapatkan nutrien dan kalori yang betul. Cari minuman bebas laktosa dengan sekurang-kurangnya 6 gram protein dan rendah gula. Perisa seperti strawberi dan coklat memiliki vitamin, nutrien dan kalori yang lebih banyak.

Bawang putih baik untuk kesihatan

Pasti ramai yang tidak suka dengan bawang putih terutamanya golongan remaja kerana baunya yang kurang menyenangkan.




Namun tahukah anda bahawa bawang putih ini mempunyai pelbagai kebaikan dan khasiat untuk kesihatan kita?



Mengurangkan risiko angin ahmar

Bawang putih mampu penghasilan oksida nitrik pada dinding saluran darah yang membantu untuk mengembang dan mengawal tekanan darah dengan baik bagi mengelakkan risiko darah tinggi dan angin ahmar.



Mengurangkan risiko kanser

Kaya dengan anti oksidan seperti selenium, bawang putih mampu membantu mengurangkan radikal dalam darah, sekaligus mengurangkan risiko seseorang menghidap kanser.



Bertindak sebagai anti bakteria dan antivirus

Sejenis bahan iaitu allicin yang terkandung di dalam bawang putih ini bertindak sebagai antivirus dan antibakteria dalam memusnahkan beberapa mikrobakteria. Jadi, ianya amat baik untuk jangkitan perut, jangkitan influenza dan sebagainya.



Mengandungi banyak iodin

Bawang putih mempunyai kandungan iodin yang tinggi yang baik untuk pesakit hypertiroid.



Dapat tingkatkan sistem imunisasi

Kajian mendapati bahawa pengambilan bawang putih sebanyak dua hingga tiga ulas sehari selama tiga minggu akan meningkatkan aktiviti sel darah putih untuk melawan jangkitan dan tumor.

Kompenen kecergasan fizikal berasaskan kesihatan

Kesihatan menggambarkan keupayaan dan kesejahteraan hidup individu dan masyarakat. Konsep ditekankan oleh kesihatan ialah kesihatan keseluruhan iaitu mengikut WHO, suatu keadaan dimana individu dalam keadaan sempurna dari segi Mental,Sosial,Rohani,Jasmani dan bukan sahaja bebas daripada penyakit,kecacatan atau kecederaan.




Kompenan Kecergasan Fizikal



a) Daya Tahan Kardiovaskular

b) Daya Tahan Otot

c) Kekuatan Otot

d) Fleksibiliti/Kelenturan

e) Komposisi badan/kandungan lemak



Setiap kompenan ini berkait rapat dengan kesihatan serta mengurangkan risiko penyakit. Seseorang itu boleh dikatakan sihat jika terbabit baik dalam keenam-enam kompenan aspek ini.

Makanan berkhasiat untuk sahur

Begitu pantas masa berlalu dan bulan Ramadan bakal menjelang kurang daripada sebulan lagi.




Berpuasa adalah menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai daripada terbit fajar sehinggalah terbenam matahari.



Oleh itu, pemilihan makanan berkhasiat ketika bersahur amat penting kerana ia mampu memberi tenaga kepada anda untuk melakukan aktiviti seharian.



Anda disarankan mengambil sayur-sayuran ketika bersahur kerana ia dapat melambatkan proses penghadaman sekaligus melambatkan keinginan untuk makan dan juga baik untuk kesihatan perut.



Pengambilan makanan berkarbohidrat seperti roti daripada bijirin juga akan membuatkan anda lambat lapar. Kurangkan makan nasi sebaliknya lebihkan pengambilan lauk berasaskan daging dan ikan kerana sumber protein akan memberi tenaga ketika anda bekerja.



Selain daripada itu, anda juga boleh variasikan menu sahur anda dengan memakan kekacang seperti kacang dal atau minum air barli.



Sebelum waktu sahur berakhir, anda digalakkan mengambil buah tamar atau kurma kerana ia merupakan makanan penuh khasiat dan vitamin yang baik untuk kesihatan anda, malah ia merupakan sunnah Nabi ketika berpuasa.